Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

hamis, 4 April 2013

PRU13 : Daftar Pemilih Pilihanraya Umum ke13 (DPPR) -SPR perlu telus.

Sehubungan dengan pengumuman pembubaran Parlimen semalam 3hb april 2013, maka di jangka SPR akan umumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi dalam tempoh terdekat. Sehubungan dengan itu saya menggesa agar daftar pemilih yang akan di gunapakai untuk PRU13  perlu di umumkan juga.


Oleh kerana daftar pemilih induk (DPI) yang terakhir di gazetkan ialah untuk Suku keempat 2012, maka saya ingin menarik perhatian SPR kepada daftar pemilih pilihanraya yang akan di gunakan untuk PRU13 ialah seharusnya merupakan DPI SK4 2012. Sekiranya ada berlaku pembersihan ke atas DPI tersebut, hanyalah pemotongan disebabkan kematian dan SPR mesti bersifat telus dengan menyenaraikan senarai pemilih yang sudah meninggal dunia yang nama mereka akan dipotong akibat pembersihan ini.

SPR juga perlu mengeluarkan daftar pemilih pilihanraya ini (DPPR) bersekali dengan pegumuman tarikh penamaan calon dan bukannya pada hari penamaan calon seperti yang berlaku sebelum-sebelum ini.

Pihak Pakatan Rakyat juga ingin memberi isyarat supaya SPR tidak sewenang-wenangnya mengalihkan tempat mengundi buat pemilih seperti yang sudah-sudah.

Daftar pemilih yang akan digunapakai PRU13 ini merupakan antara faktor yang akan menjadi kayu ukur ketulusan dan juga integriti SPR. Rakyat sedang memerhati.



Hajah Fuziah Salleh
Naib Presiden PKR

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.