Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HUDUD UNTUK ORANG ISLAM SAHAJA

Tidak timbul orang bukan beragama islam takut kerana orang bukan islam tidak terlibat dengan hudud ini, hudud sepatutnya sudah lama diterapkan dalam mahkamah syari'ah kerana mahkamah ibi adalah mutlak bagi umat islam, YANG TAKUT DENGAN HUDUD INI ADALAH ORANG UMNO SAJA ATAU PKR yang masih ada berbau UMNO -Pak Karamu
 
Pas tetap laksana hudud
Wartawan Sinar Harian
25 April 2013
Nik Abdul Aziz Nik Mat
Nik Abdul Aziz Nik Mat

KOTA BHARU- Pas tetap akan melaksanakan hukum hudud sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei ini walaupun ditentang parti komponennya, DAP.
Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, bagaimanapun hudud hanya akan dilaksanakan untuk orang Islam tanpa melibatkan golongan bukan Islam.

“Hudud ini dalam agama Islam, juzud daripada Islam, sokong atau tidak ia adalah asam garam daripada al-Quran sendiri.

“Tentang hudud kita laksanakan pada orang Islam sahaja dan ia akan diluluskan oleh satu badan dipanggil kehakiman, bukan orang politik,” katanya kepada media selepas merasmikan projek pembangunan bercampur Taman Iman Jaya, Wakaf Che Yeh di sini, semalam.

Menurutnya, kelulusan daripada badan kehakiman pula bergantung kepada syarat tertentu sebelum ia benar-benar dapat dilaksanakan.

“Jika tak cukup syarat, maka turun hudud kepada takzim, cukup syarat dia baru guna hudud, itulah sudah direkod sudah ditulis bertahun-tahun dulu,” katanya mengulas kenyataan Timbalannya, Datuk Haron Din yang menyifatkan persetujuan DAP menggunakan logo Pas bermakna parti itu (DAP) bersetuju dengan dasar Pas.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.