Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Ini semua penyakit lama


PAS, PKR bertembung di Sungai Acheh
 
PAS akan bertembung dengan rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat - PKR - dalam pertandingan tiga penjuru di kerusi DUN Sungai Acheh dengan meletakkan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah (di bawah) sebagai calonnya di situ.

penang pas announce candidate 100413 02 yusni mat piahKeputusan itu dibuat selepas Pengerusi PKR negeri itu, Datuk Mansor Othman malam tadi mengumumkan Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, sebagai calon parti itu di kerusi berkenaan yang terletak dalam kawasan pilihan raya Tebal Nibong.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Salleh Man membuat pengumuman tersebut di Pongsu Seribu -  kubu kuat parti itu di Tasek Gelugor pada kira-kira jam 10 malam ini.

Beliau berkata, pihaknya yakin calon-calon parti itu boleh menyapu bersih semua kerusi dalam pertandingan dengan Umno.

Menurut Salleh, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat yang panjang dengan kepimpinan PAS di Kuala Lumpur, semalam.

"Keputusan kami adalah muktamad," katanya, sambil menambah bahawa kepimpinan pusat juga telah memutuskan senarai calon untuk seluruh negara.

Salleh lagi mengumumkan parti itu akan bertanding dua kerusi Parlimen dan lima kerusi DUN di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum ke-13, yang ditetapkan pada 5 Mei.

Calon bagi dua kerusi parlimen ialah setiausaha Pemuda PAS negeri, Afnan Hamimi Taib Azamudden di kerusi Kepala Batas, dan bekas presiden Dewan Perniagaan Melayu, Datuk Abdul Rahman Maidin di Tasek Gelugor.

Calon-calon bagi empat lagi kerusi DUN termasuk Roshidi Hussein (Penaga), Arshad Md Salleh (Permatang Berangan), Asnah Hashim (Bayan Lepas) dan Zahadi Mohamad (Sungai Dua).

Setiap calon, tampil memberi ucapan ringkas selepas nama mereka diumumkan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.