Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JIKA BERSIH DAN ADIL, INI KALILAH !

Najib: SPR bekerja keras pastikan PRU13 bebas dan adil

3 April 2013
Datuk Seri Najib Tun Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak
 
KUALA LUMPUR -  Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang semakin hampir, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bekerja keras melaksanakan langkah-langkah bagi memastikan suara rakyat dapat dinilai secara adil.

Perdana Menteri merujuk tiga inisiatif yang dilaksanakan suruhanjaya itu bagi memastikan pilihan raya di negara ini berlangsung dengan bebas dan adil.

Inisiatif terbabit ialah memastikan daftar pemilih tepat dan terkini, undi pos bagi rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara serta penggunaan dakwat kekal.
Menerusi entri bertajuk 'Pilihan Raya Yang Bebas dan Adil' di laman blog 1Malaysia beliau, Najib berkata daftar pemilih yang tepat dan terkini bertujuan mencegah penipuan serta pengundi hantu.

"Beberapa kempen telah dilancarkan untuk menggalakkan pengundi menyemak nama mereka serta kad pengenalan masing-masing dalam daftar pemilih yang telah diwartakan," katanya.

Beliau berkata undi pos bagi rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara seperti Australia, United Kingdom, China dan Qatar pula memberikan mereka hak untuk mengundi.

"Rakyat Malaysia di negara ini yang mempunyai tugas-tugas tertentu dan dibenarkan oleh SPR juga boleh mengundi lebih awal," katanya.

Najib berkata langkah mewajibkan penggunaan dakwat kekal adalah bagi mengenal pasti mereka yang sudah mengundi.

"Kesemua inisiatif itu adalah sebahagian daripada perkara yang telah diambil kira oleh SPR bagi memastikan sistem demokrasi di negara ini dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

"Sebagai pemimpin politik juga, saya telah melaksanakan peranan apabila menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International baru-baru ini, dan saya juga akan memastikan setiap calon Barisan Nasional juga menandatangani ikrar yang sama," katanya.

Perdana Menteri berkata kini terpulang kepada rakyat untuk memastikan sama ada mereka sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum kali ini. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.