Mahathir mahu pengundi Selangor utamakan 'Dacing'
6 April 2013
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini
berkata pengundi di Selangor perlu mengutamakan Barisan Nasional (BN)
dan bukan calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi memastikan negeri itu tidak terus ditabdir oleh pakatan pembangkang.
Beliau berkata Selangor, selaku negeri terkaya di Malaysia, perlu
diambil semula oleh BN supaya rakyat negeri itu dapat menikmati kekayaan
dan bukan sekadar manifesto pakatan pembangkang memberi air percuma
pada pilihan raya umum lepas.
Beliau yakin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menunaikan
segala janji yang dibuat sekiranya BN berjaya merampas semula
pemerintahan kerajaan negeri Selangor pada PRU13 ini.
"Kita semua keluar mengundi BN, kita tak kira siapa jadi calon kita
undi dacing, jangan tengok muka orang...tengok dacing dan pangkah
dacing," katanya semasa berucap pada program 'Selamatkan Selangor'
anjuran Perkasa di sini hari ini.
Dr Mahathir, merangkap penaung badan bukan kerajaan (NGO) itu, berkata
pengundi harus ingat bukan calon yang hendak mendirikan kerajaan tetapi
parti yang mendirikan kerajaan.
Beliau turut berkata tidak ada ayat al-Quran yang mengatakan Mursyidul
Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat boleh menentukan pahala orang Umno yang
bersembahyang.
Akhbar semalam melaporkan Menteri Besar Kelantan itu mendakwa
sembahyang semua orang Umno tidak mendapat pahala kerana parti itu
menolak dasar Islam.
"Ini bukan Tok Guru dah, ini adalah orang yang utamakan kepentingan
diri, yang tamak, yang suka memecah-belah dan melemahkan orang Islam.
"Orang ini bukan mengikut ajaran Islam sebaliknya kita tahu Islam
menyuruh kita bersaudara ... orang Islam adalah bersaudara tapi Nik Aziz
kata orang Islam bukan Islam," katanya.
Beliau berkata perpecahan dalam kalangan orang Islam di negara ini
bukan kerana perbezaan fahaman agama tetapi keinginan pemimpin Pas
merebut kuasa di dunia ini.
Menyentuh mengenai perlunya perubahan dalam negara yang dilaungkan oleh
penasihat DAP, Lim Kit Siang, Dr Mahathir berkata pemimpin veteran itu
yang patut berubah dengan bersara daripada parti itu sebagaimana beliau
bersara daripada Umno.
Mengenai dakwaan pembangkang bahawa BN menggunakan beliau untuk meraih
undi pada PRU13 ini, Dr Mahathir berkata, beliau bertemu dengan rakyat
Selangor bagi mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka yang
membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment