Khamis, 11 April 2013
BONGKAR!!! BEKAS MENTERI BESAR MUHAMMAD HAJI MUHD TAIB PULA MASUK PAS!!!?
Selepas heboh Tajol Rosli dibayangi memasuki PAS tetapi
Nizar Jamaluddin membohongi rakyat Perak mengatakan Bekas Menteri Besar
Perak tetapi akhirnya pembohongan itu nyata apabila bukan Bekas Menteri
Besar Perak tetapi Bekas Menteri Besar Selangor Muhammad Muhd Taib.
Adakah
PAS menerima orang kuat UMNO ini memasuki PAS yang dikutuk diherdik
oleh orang-orang PAS dengan kes-kes rasuah sebelum ini?
Jika
Benar Muhammad Muhd Taib memasuki PAS, masa inilah yang sesuai untuk
memecah belahkan orang-orang PAS kepada 2 kumpulan yakni penyokong
Muhammad Muhd Taib dan Penyokong yang membencikan Muhammad Taib sebelum
ini.
Masa inilah yang paling sesuai untuk merosakkan PAS
dan imej pemimpin PAS yang dahulunya pelbagai tohmahan dicampakkan
kepada Muhammad Muhd Taib ini. Dikhabarkan jika berita ini benar,
Muhammad Muhd Taib akan membalas dendam dan menjadi duri dalam daging
PAS supaya berkeceramuklah PAS Selangor.
0 orang berkata:
Post a Comment