Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Muhiden anak lelaki yasin pembohong !

Pas: Dr Ramli Kari sah calon Dun Senggarang
Wartawan Sinar Harian
21 April 2013
PRU13
SHAH ALAM - Pas menegaskan tiada seorang pun calonnya ditolak kertas pencalonan termasuk Dr Ramli Kari yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Senggarang, Johor.

"Tidak, tidak. Kertas penamaan calon semua calon Pas diterima," kata Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, yang bertanding di Pulai, ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, hanya tiga penamaan calon yang melibatkan individu yang bertanding sebagai Bebas tidak diterima.

"Setakat semalam hanya tiga ditolak," kata beliau.

Dalam pada itu, Pas menerusi portalnya hari ini berkata pihaknya kesal kerana ada laporan yang mengatakan Dr Ramli telah dibatalkan pencalonan.

Kata laporan itu, tindakan Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyidin Yassin mengumumkan kemenangan tanpa bertanding calon BN di Senggarang semalam dikesali.

Laporan sebuah stesen TV swasta menyebut, "Barisan Nasional mencatat permulaan yang baik bagi menghadapi kempen Pilihan Raya Umum ke-13 apabila menang tanpa bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Senggarang, Johor.

"Calon BN bagi kerusi berkenaan Abd Aziz Ismail disahkan menang tanpa bertanding selepas borang pencalonan seorang lagi calon ditolak pegawai pengurus pilihan raya kawasan berkenaan."

Senggarang salah satu daripda tiga kerusi Dun dalam bahagian Parlimen Batu Pahat.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.