Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PARLIMEN ULU SELANGOR, BN TUMBANG !

Najib ulangi nasihat jangan sabotaj jentera BN

28 April 2013
Najib
Najib bersalaman dengan masyarakat setempat pada Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Sungai Terentang di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina San Yuk, Rawang hari ini. - Foto Bernama
 
RAWANG - Ketika kempen pilihan raya masuk minggu kedua, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan jentera Barisan Nasional (BN) supaya masalah dalaman parti seperti sabotaj mesti dibendung bagi memastikan BN mencapai kemenangan cemerlang pada pilihan raya umum ke-13.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata, beliau melihat momentum rakyat kepada BN adalah baik dan kedudukan parti itu semakin meningkat termasuk berjaya memulihkan sokongan rakyat kepada BN di banyak tempat.

"Cuma saya ingatkan masalah dalaman mesti kita bendung, jika tidak, ia boleh menggugat pencapaian kita.

"Saya dah kata bahawa kemenangan dua pertiga itu masih boleh dicapai dengan syarat tidak ada unsur dalaman yang boleh merosakkan pencapaian kita.

"(Masalah dalaman) Maknanya sabotaj atau mereka tidak bekerja dan sebagainya. Jika kita bersatu hati dan bekerja bersungguh-sungguh, tidak ada sebab BN tidak boleh menang dengan cemerlang kali ini," katanya kepada pemberita selepas berjumpa warga Kampung Baru Sungai Terentang di sini hari ini.

Najib berkata beliau melihat sokongan rakyat di Semenanjung iaitu di sesetengah tempat adalah baik manakala di sesetengah tempat lain pula BN perlu berusaha lagi untuk meraih sokongan rakyat.

"Setengah tempat yang kita tak fikir kita boleh buat kemaraan, kita dapat (sokongan), setengah tempat, masih memerlukan usaha berterusan.

"Jadi, masih ada masa seminggu lagi dan kita akan 'step up' usaha kita dan 'engagement' dan menyelesaikan beberapa perkara yang mungkin berkisar kepada isu-isu tempatan," katanya.

Di negeri-negeri yang ditadbir pembangkang pula, perdana menteri berkata beliau melihat gelombang biru kecuali di Kelantan adalah gelombang merah, merupakan satu fenomena yang kuat bagi BN mencapai kejayaan dan mengembalikan negeri-negeri itu ke tangan BN.

"Walaupun kita tahu bukan mudah untuk menukar kerajaan di peringkat negeri, tetapi jentera kita bersemangat dan kita akan lakukan usaha yang terbaik untuk mencapai objektif itu," katanya. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.