Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Reda setelah laungan azan



21 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Reda setelah laungan azan
Baharuddin (kanan) bersama penduduk setempat melaungkan azan ketika kebakaran berlaku.
 
BANGGOL KEMUNTING – Ketika pasukan bomba dan penyelamat bertungkus lumus memadamkan kebakaran, Pengarah Dun Bukit Panau, Baharuddin Yusoff mengambil langkah ikhtiar, dengan mengajak beberapa orang penduduk setempat, melaungkan azan bagi meredakan keadaan cemas ketika berlaku kebakaran kelmarin.

Laungan kuat dan sayu itu, merentasi pucuk api yang sedang gagah memamah rumah-rumah separuh kekal di sini. Langkah tersebut sedikit sebanyak membantu meredakan keadaan kelam kabut ketika itu.

“Itulah ikhtiar kami dalam saat-saat cemas begini. Alhamdulillah, laungan azan tersebut meredakan keadaan seketika. Syukur, tidak ada kemalangan jiwa terjadi di dalam kebakaran itu,” katanya pada Sinar Harian.

Menurutnya, beliau mencadangkan agar kesemua mangsa tinggal di bangunan Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-Sekolah (MAKDIS), kerana di situ penginapannya diberikan secara percuma.

Katanya, selain itu, di MAKDIS juga terdapat sebuah asrama anak-anak yatim yang boleh menempatkan 20 keluarga sekali gus, dengan menyediakan peralatan yang cukup dan selesa, seperti tandas, dewan, dapur dan bilik.

Di dalam kejadian kelmarin, sebanyak 13 buah rumah musnah terbakar menyebabkan penghuninya tinggal sehelai sepinggang.

Baharuddin juga menasihati mangsa supaya banyak bersabar kerana kesusahan mangsa juga ikut sama dirasai seluruh warga Tanah Merah.

“Ini semua ujian ALLAH. ALLAH nak uji kesabaran kita dalam hadapi dugaan seperti ini. Saya harap, teruskanlah hidup seperti biasa dan kesusahan mangsa tetap terbela,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, beliau sedang berbincang dengan pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, bagi menyediakan tempat tinggal mangsa, sekiranya ada tapak yang sesuai.

“Kita tidak akan biarkan nasib mangsa tidak menentu. Kita akan usahkan sebuah penempatan baru, sekiranya ada tapak yang sesuai. Nasib mangsa mesti dibela,” katanya.
sinar/-

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.