Tuesday, April 2, 2013
GEMPAR!! Pak Hassnar Hilang Gagal Dikesan, SAMM Buat Laporan Polis
Kenyataan Terbuka
2 April 2013
Pak Hassnar Hilang Gagal Dikesan, SAMM Buat Laporan Polis
Hassnar
Ibrahim (bekas DO Sandakan) merupakan individu yang bertanggungjawab
mendedahkan perihal projek IC dan rusuhan di Sabah angkara Tun Mahathir,
telah hilang dan tidak dapat dikesan. Beliau bersama isterinya telah
menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur pada hari Ahad dan kemudian langsung
tidak dapat dihubungi lebih dari tempoh 24 jam.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melahirkan kebimbangan terhadap
keselamatan Hassnar dan isteri di atas situasi ini. Kedudukan Pak
Hassnar mungkin berbahaya kepada pihak tertentu kerana pendedahan
sensasi yang dilakukan khususnya memetik Tun Mahathir sebagai dalang
pemberian IC kepada warga asing di Sabah yang menjurus kepada berlakunya
pencerobohan Lahad Datu.
Satu laporan polis akan dibuat oleh SAMM di Balai Polis Jalan Pantai Baharu pada jam5.30 petang ini. Pengamal media adalah dijemput untuk membuat liputan.
Satu laporan polis akan dibuat oleh SAMM di Balai Polis Jalan Pantai Baharu pada jam5.30 petang ini. Pengamal media adalah dijemput untuk membuat liputan.
Edy Noor Reduan
Solidariti Anak Muda Malaysia
0 orang berkata:
Post a Comment