Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Rumah Aishah diceroboh!!

Aishah_Jempol 
Rumah calon PAS Parlimen Jempol, Wan Aishah Wan Ariffin, 48,  yang terletak di Ampang, Selangor telah diceroboh baru-baru ini disyaki kerana perbuatan khianat.

Mohd Taufek Abdul Ghani, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan berkata, pihaknya telah meningkatkan tahap keselamatan di rumah Aishah termasuk menyediakan beberapa pengiring mengawasinya. Bagaimana pencerobohan berlaku tak dinyatakan.

Beliau juga berkata, Aishah berada dalam keadaan baik dan ia tidak menjejaskannya untuk berkempen menghadapi pilihanraya.
“Saya baru berjumpa dengannya semalam (Khamis) dan beliau nampak yakin… cuma beliau bimbangkan keselamatan anak-anaknya. Saya yakin pihak polis dan anggota unit amal akan membantu,” kata Mohd Taufek. – mStar Online
Malam Khamis lalu, seorang penceramah dalam ucapannya di Bagan Serai mendakwa rumah seorang calon PAS yang diumumkan bertanding di Negeri Sembilan telah dicerobohi apabila ada pihak yang berniat untuk memasang kamera pengintip.

Tanpa menyebut nama calon dimaksudkan, penceramah berkenaan berkata pemilik kediaman mendapati terdapat kesan, dipercayai percubaan memasang kamera secara tersembunyi di bahagian bumbung bilik air rumahnya.

Percubaan itu gagal kerana hujan lebat pada hari kejadian.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.