Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SERTAILAH PAS KERANA DASARNYA

Isnin, 8 April 2013

Lagi Bekas Pegawai Kanan Polis Sertai Pas


BATU GAJAH: PAS mendapat satu lagi ahli daripada bekas pegawai tinggi kerajaan, kali ini Bekas Pegawai Risik PDRM Pulau Pinang, Syed Hassan Syed Ali menyertai  PAS semalam.

Borang keahliannya diserahkan kepada AJK PAS Pusat, Datuk Seri Ir Nizar Jamaludddin dalam satu majlis Minum Petang di Markas PAS Batu 1, Batu Gajah, dekat sini.

Beliau yang berkhidmat lebih 30 tahun dalam PDRM adalah tokoh yang disanjungi oleh masyarakat kawasan “kubu kuat Umno” itu dan kemasukannya ke dalam PAS sekaligus akan memberi kesan kepada Umno di situ.

Katanya, kemasukannya ke dalam PAS adalah atas kesedaran sendiri setelah melihat dasar perjuangannya.

“Hari ini 7 April genap umur saya 57 tahun dan secara rasminya saya mengisytiharkan menyertai perjuangan PAS,” katanya dalam ucapan ringkasnya dan disambut dengan laungan takbir para hadirin.

Dalam pada itu, Nizar dalam ucapannya berkata, kemasukan Syed Hassan ke dalam PAS membuktikan perjuangan PAS ketika ini diterima baik oleh masyarakat.

Kata beliau, sejak akhir-akhir ini PAS telah menerima kemasukan daripada pelbagai golongan termasuklah dari kalangan artis dan bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan.

“Saya harap masyarakat dapat buat perubahan besar besaran kali ini kerana ini adalah peluang yang Allah beri kepada kita.

“Kalau bekas pegawai risik pun sertai PAS, takkan JKKK masuk nak duduk dalam Umno lagi,” kata beliau.

Turut bersama menyerahkan borang keahlian PAS ialah 36 pemuda yang yakin PAS dan Pakatan Rakyat mampu membela nasib rakyat yang masih ramai lagi terpinggir khususnya di kawasan itu.

Hadir sama ialah Timbalan Pegerusi DAP Perak, V Sivakumar; Naib Pengerusi PKR Perak, Baldip Singh; dan Bekas Setiausaha Umno Pekan, Abdul Kadir Saleh.Hrkh

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.