Tuesday, April 23, 2013
7 ahli Umno bertanding bebas di Perak
IPOH:
Tindakan lebih 60 orang ahli Umno bertanding atas tiket bebas dalam
Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) ini membuktikan kemelut dalaman parti itu
dalam keadaan sangat kritikal.
Ketua
Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin berkata, setakat maklumat
yang diterima, 7 daripada 15 calon bebas yang bertanding di negeri Perak
adalah dari kalangan ahli dan pemimpin Umno.
Menurutnya, maklumat yang diterima itu mengesahkan keahlian ketujuh-tujuh calon itu termasuk nombor ahli dan cawangan mereka.
Kata beliau, 7 calon tersebut ialah Abdul
Latif Masud (Bagan Serai), Halidi Wahab (Gunong Semanggol), Zulkefli
Ibrahim (Changkat Jering), Jahiddin Isa (Bukit Chandan), Ahmad Nizam
Ibrahim (Pengkalan Bharu), Mior Azman Aminuddin (Sungai Rapat) dan Dato’
Kamilia Ibrahim (Kuala Kangsar).
“Tindakan
mereka (bertanding bebas) ini menggambarkan betapa Umno sedang berdepan
dengan kemelut dalaman yang sangat kritikal dan dasyat,” katanya dalam
sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini, hari ini.
Hadir
sama Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Salman Saleh, Dr Raja
Ahmad Iskandar Al-Hiss, Mohd Fitri Asmuni dan Safarizal Saleh.
Beliau
menjelaskan, tindakan tersebut disebabkan ramai ahli akar umbi yang
tidak bersetuju dengan calon-calon yang dipilih oleh Presiden Umno,
Datuk Sri Najib Tun Razak.
Tindakan
bertanding calon bebas itu katanya adalah satu cara untuk ahli
menunjukkan protes mereka terhadap pucuk pimpinan parti yang dilihat
tidak menghormati suara ahli parti.
“Ramai
pimpinan yang sudah lama menjalankan gerak kerja dan sudah dikenali
masyarakat namun pada saat-saat akhir nama mereka tidak dicalonkan.
“Tindakan
ini ternyata menggambarkan BN tidak menghormati usaha pimpinan kawasan
dan memilih calon yang dipilih atas dasar kroni,” jelasnya lagi.
Mengulas
lanjut, beliau menjelaskan, dalam konteks Perak terbukti Umno mempunyai
masalah besar untuk memberi keyakinan serta kesetian ahli kepada setiap
keputusan yang dibuat.
Ini
kerana katanya mungkin disebabkan golongan yang berkuasa di dalam parti
telah menggunakan kesempatan untuk menaikkan kroni mereka untuk
kepentingan tertentu.
“Kami yakin, rakyat dapat menilai apa yang sedang berlaku di dalam BN khusunya Umno yang bergolak ketika ini.
“PAS
Perak mengucapkan tahniah kepada calon-calon bebas dari kalangan ahli
Umno kerana berani membuat perkara drastik demi memperjuangkan suara
akar umbi,” jelasnya lagi.
0 orang berkata:
Post a Comment