Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Usah cabar polis: KPN
Wartawan Sinar Harian
18 April 2013
Usah cabar polis: KPN
Ismail (kanan) bersalaman dengan pegawai kanan polis sempena lawatan kerja ke IPK Pahang.
 
KUANTAN - Pihak polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang dilihat sengaja atau cuba mencetuskan kekecohan semasa hari penamaan calon Sabtu ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

“Mereka yang berkenaan jangan nak cari pasal, sengaja hendak buat kacau. Bagi masyarakat takut nak buat apa? Apa tujuan sebenarnya?

“Jangan sengaja mencabar pihak polis. Polis bertanggungjawab menjaga keamanan dan ketenteraman awam, mencabar dan melawan polis adalah satu kesalahan di sisi perundangan negara,” katanya kepada pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini semalam.

Turut hadir Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani bersama ketua-ketua polis daerah, jabatan dan pegawai sempena lawatan kerjanya itu.

Ismail meminta pihak yang merancang untuk mencetuskan kekecohan agar  melupakan rancangan mereka kerana ia tidak memberi manfaat kepada sesiapa.

Beliau berkata polis akan bertindak berlandaskan perundangan negara selain  bersikap tegas dan adil kepada semua pihak tanpa memihak kepada sesiapa yang melakukan kesalahan.

“Saya yakin sekiranya semua orang bertanggungjawab, pasti pergaduhan atau sebarang kejadian tidak diingini tidak akan berlaku,” katanya.

Jelasnya, sejak pembubaran Parlimen, memang terdapat insiden yang tidak sepatutnya berlaku dan terdapat pergaduhan kecil, namun setakat ini keadaan masih terkawal dan kes berkenaan dalam siasatan.

“Kita juga sudah kenal pasti individu terbabit dan ada juga yang telah ditangkap serta didakwa di mahkamah. Tindakan segera diambil bagi membendung kes itu daripada berlarutan,” katanya.

Ismail turut mengingatkan penyokong parti dan calon yang bertanding agar akur dengan nasihat polis khususnya pada hari penamaan calon,  sepanjang tempoh berkempen dan hari pengundian pada 5 Mei.

Menurutnya, lebih 100,000 anggota polis akan ditempatkan di pusat penamaan calon bagi memastikan proses tersebut berjalan lancar tanpa sebarang kekecohan.

Ismail berkata, pihak polis bersedia menghadapi sebarang kemungkinan terutama di kawasan panas yang dikenal pasti.

“Pihak polis sudah bersedia untuk bertugas sepanjang PRU13 ini dan pada hari penamaan calon, semua ketua polis negeri dan
daerah diarahkan meningkatkan kawalan keselamatan.
“Kita mahu proses itu berjalan lancar, tiada kekecohan dan semua pihak berasa selamat,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.