Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Zahid: Kuasa asing mahu sekat BN kekal di Johor

 

18 April 2013
Ahmad Zahid Hamidi
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
JOHOR BAHRU -  Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, terdapat unsur campur tangan dari negara luar untuk menggagalkan pembentukan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Johor.
 
Tanpa menyebut sebarang nama, Zahid berkata pihak berkenaan didapati cukup berazam memastikan pembangkang di Johor menang dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan dilangsungkan pada 5 Mei nanti.
 
"Sehubungan itu, amat penting kita pastikan kemenangan dengan majoriti dua pertiga untuk buktikan kita menolak campur tangan asing terhadap politik Johor dan Malaysia.
 
"Sebab negara ini adalah acuan kita, dan kita sama sekali tidak mahu campur tangan asing dalam politik negara ini," katanya ketika berucap semasa pertemuan dengan jentera BN Parlimen Kulai di sini hari.
 
Katanya pembangkang kini mula tertumpu ke Johor kerana ingin menjadikannya sebagai tapak baharu untuk memperluaskan kuasa mereka dengan meletakkan pemimpin besar mereka.

Ahmad Zahid berkata ia juga antara usaha pembangkang yang mahu melihat 'hang government' sekiranya mereka tidak mampu menumbangkan kerajaan BN di peringkat nasional supaya kerajaan tidak boleh dibentuk.
 
Menurutnya jika kerajaan BN gagal mendapat majoriti dua pertiga, ia akan menyukarkan kerajaan untuk membuat sebarang keputusan dalam pentadbiran negara.
 
"Kalau tidak dapat dua pertiga bagaimana nak tadbir negara. Kita tidak dapat pinda perlembagaan negara, kena berunding (dengan pembangkang) yang tentu melibatkan pelbagai syarat," katanya.
 
Dalam sidang media di majlis berasingan, Ahmad Zahid berkata kerajaan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana indidividu dari luar yang cuba mencampuri urusan politik negara.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Konsul Besar Singapura di Johor Bahru semalam bahawa kereta berdaftar Singapura yang memasuki Johor dengan memasang logo menyokong kempen sebuah parti politik di Malaysia merupakan tindakan individu yang kewarganegaraan mereka tidak jelas. - Bernama


0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.