21 Julai 2013
Minta adik kakak semua undi ambo - Che Long
12 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
BESUT: Kempen
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut yang berbaki tiga hari lagi
menyaksikan calon PAS, Endot@Azlan Yusof atau lebih mesra dengan
panggilan Che Long semakin popular.
Nama
Che Long mula meniti dari ‘bibir ke bibir’ dan ‘mulut ke mulut’ di
kalangan rakyat khususnya kepada para pengundi di Dewan Undangan Negeri
(Dun) Kuala Besut
Tinjauan
Harakahdaily, ke suatu program Jom Bersama Che Long yang diadakan di
Markaz Unit Peti Undi (UPU) Kampung Baharu, kelmarin mendapat sambutan
menggalakkan daripada masyarakat setempat.
Antara
salebriti tanahair yang turut memeriahkan program tersebut adalah Abby
Abadi serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Mas, Rohani
Ibrahim.
“Ambo
mintalah kepada semua adik-kakak yang ada di sini dan yang boleh
mengundi minta undi ambo pada pilihan raya kali ini, insya Allah.
“Undilah
PAS, undi ambo untuk mempastikan kemenangan kepada PAS dengan
menjadikan 16:16 kerusi Dun antara BN dengan Pakatan Rakyat. Itu
sahajalah yang dapat saya katakan,” rayu Che Long ketika berucap pada
majlis tersebut.
Menurut
beliau, masa kempen berbaki yang tinggal beberapa hari lagi perlu
dimanfaatkan sepenuhnya untuk bertemu dengan para pengundi.
Katanya, demi perjuangan Islam perasaan letih dan malas yang ‘bersarang’ perlu diketepikan buat seketika ini.
“Maaf, ambo mempunyai jadual kempen yang padat sepanjang tempoh waktu berkempen ini.
“Rasa
letih, tak larat dan malas yang ada kena buang tepi dulu buat masa ini.
Demi untuk kemenangan dan perjuangan Islam,” jelasnya yang sering
menjadi ‘buruan’ pihak media
Harakahdaily.
Harakahdaily.
0 orang berkata:
Post a Comment