Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BERSIH CEKAP DAN AMANAH


Wednesday, July 10, 2013

NFC: Hutang RM163 Juta Akan Lesap?

Bertuah sungguh rakyat Malaysia
Kesalahan mencuri RM20 dijel berbulan-bulan tapi melesapkan ratusan juta terlepas santai!

Hutang NFC RM163 juta keluarga Shahrizat bakal lesap!
MC - Selasa, 09 Julai 2013 17:09

Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Parlimen hari ini menyatakan kejutan mereka mengenai khabar bahawa pentadbiran Najib Razak telah membuat persetujuan untuk sebuah syarikat usahasama Jepun-Malaysia mengambil alih projek ternakan National Feedlot Corporation (NFC) yang diselubungi kontroversi tanpa perlu bertanggungjawab diatas hutang yang syarikat induk NFC, NFCorp Sdn Bhd.

Menurut Rafizi Ramli dan Zuraida Ismail persetujuan ini bakal mengakibatkan kerajaan Malaysia kehilangan RM163 juta wang rakyat, iaitu baki pinjaman lunak sebanyak RM250 juta yang diberikan kepada pengurus-pengurus asal NFCorp, sebuah syarikat yang dikuasai keluarga bekas menteri Shahrizat Abdul Jalil.

"Ini lebih teruk dari 'bailout'," kata Rafizi (PKR-Pandan) di dalam sebuah persidangan media di bangunan Parlimen hari ini.

Rakan sejawatnya Zuraida (PKR-Ampang) menyatakan bahawa beliau telahpun membawa persoalan ini di dalam sidang Parlimen pagi tadi untuk mendapat lebih butiran mengenai perkara ini dan meminta penjelasan sama ada kerajaan telahpun setuju untuk Kirimitonas Agro Sdn Bhd mengambil alih projek NFC tetapi akan menuntut hutang NFCorp secara berasingan melalui proses mahkamah.

Kedua-dua ahli parlimen menyuarakan kebimbangan mereka bahawa jikalau kerajaan gagal menuntut hutang yang ditanggung oleh NFCorp yang kini tidak lagi beroperasi, rakyatlah yang terpaksa menanggung beban hutang ini.

"Kita boleh menganggap bahawa syarikat ini (NFCorp) tidak lagi berdaya dan mampu untuk membiayai hutang ini dan akan diisytiharkan muflis. Pada masa pinjaman itu diberikan oleh kerajaan, pemilik-pemilik syarikat ini tidak diwajibkan untuk memberi jaminan peribadi. Oleh itu, liabiliti mereka akan terhad kepada saham mereka di dalam syarikat ini," kata Rafizi.

"Siapakah yang akan membayar jikalau kerajaan gagal mendapatkan semula wang yang dipinjam? Rakyatlah yang terpaksa menanggung beban hutang lapuk ini," tambah beliau.

Pinjaman kerajaan digunakan untuk belanja peribadi
Syarikat yang dikuasai oleh keluarga Shahrizat telah diberikan hak untuk mengelolakan projek ternakan NFC. Ahli-ahli keluarganya dituduh menggunakan pinjaman lunak yang diberikan oleh kerajaan untuk projek ini bagi membiayai pembelanjaan aset yang tidak berkaitan seperti kondominium mewah - di mana beberapa daripada aset-aset itu dibeli atas nama-nama peribadi, hartanah kediaman dan komersial di Singapura, kereta-kereta mewah dan juga perlancongan ke luar negeri. Suami Shahrizat kemudiannya telah pun didakwa dengan tuduhan pecah amanah jenayah.

"Kalau kita tengok dari segi gaji sahaja, mereka membayarkan diri mereka sendiri sekurang-kurangnya RM200,000 sebulan ataupun RM2.4 juta setahun. Ini bermakna sekurang-kurangnya RM10 juta telahpun dibelanjakan untuk gaji mereka di dalam tempoh lima tahun," ujar Rafizi.

Perhitungan ini berdasarkan jawapan yang diberikan oleh Kementerian Kewangan pada Mei 2012 yang menyatakan bahawa jumlah sebanyak RM181 juta diberikan kepada NFCorp. Dengan menolak nilai aset-aset yang disita dan dirampas sehingga kini sebanyak RM18 juta, masih tertinggal baki sebanyak RM163 juta.

"Menteri memberitahu kami bahawa hanya aset bernilai RM18 juta telah disita dan dirampas. Keputusan untuk menawarkan projek ternakan NFC ini kepada pengelola baru tanpa memindahkan tanggungjawab hutang RM250 juta itu kepada mereka mengesahkan bahawa kerajaan akan menghadapi kesukaran untuk menuntut kembali baki pinjaman yang dianggar sebanyak RM163 juta," kata Rafizi.

Beliau juga menyatakan bahawa sebahagian daripada jumlah pinjaman itu telah digunakan oleh keluarga Shahrizat untuk pembiayaan nyah-aset seperti gaji, elaun pengangkutan dan pembiayaan-pembiayaan lain yang tidak dapat dituntut kembali.

"Berdasarkan keadaan semasa, saya berpendapat bahawa jumlah RM163 juta yang dibelanjakan oleh NFCorp boleh dianggap telah hilang dan tidak mampu dituntut kembali," tambah Rafizi.
 
Mountdwella

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.