Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BN (BARANG NAIK ?) MENDADAK ? OK LA TUH !

Saturday, July 6, 2013

Harga Barang Keperluan Naik Mendadak di Pahang.. Terima Kasihlah BN..


PEngundi-pengundi yang telah menyokong hingga membolehkan UMNO/BN kekal berkuasa di Pahang sewajarnya mengucapkan terima kasih kepada UMNO/BN yang telah gagal mengawal perkara ini..

Macai-macai UMNO pula bolehlah menganggap perkara ini sebagai kejayaan transformasi Najib..

Kerana dalam hal ini Najib telah membuktikan kejayaannya men'transformasikan'kan rakyat dari miskin menjadi papa kedana..
Pelbagai barangan keperluan termasuk ayam, ikan serta pelbagai jenis sayuran mencatat peningkatan secara mendadak.

Perkembangan itu nyata meresahkan pengguna terutama masyarakat Islam yang bakal menyambut 1 Ramadan tidak lama lagi.


Justeru kerajaan diminta segera membantu bagi meringankan beban mereka.


Tinjauan krew di Pasar Besar Kuantan semalam mendapati harga pelbagai keperluan mencatat kenaikan yang ketara.


Harga ayam antara paling tinggi naik iaitu antara RM8.50 hingga RM9 sekilogram.


Daerah Raub dan Bentong mencatat rekod kenaikan harga ayam paling tinggi.


Sumber memaklumkan peningkatan itu disebabkan bekalan ayam yang berkurangan atas faktor cuaca.


Manakala ikan bawal menyaksikan peningkatan dari RM18 kepada RM22 sekilogram.


Paling ketara ikan kembung yang sebelum ini dijual pada harga RM12 sekilogram kini mencecah RM18 sekilogram.


Pelbagai jenis sayuran termasuk cili merah, kobis bulat dan pelbagai jenis sayuran hijau juga naik harga.


Cili merah yang dijual pada harga RM10 sekilogram sebelum ini naik hingga RM18 sekiloram membabitkan semua daerah di Pahang ~
TV3

Ahli-ahli UMNO Pahang dinasihatkan menunjukkan kad keahlian UMNO mereka sebelum setiap pembelian kerana dipercayai potongan harga istimewa buat mereka akan diberikan oleh para peniaga..

Video sila lihat di SINI

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.