Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
 
KUALA LUMPUR - Peristiwa penggulingan Presiden Mesir Dr Mohamed Morsi disifatkan sebagai satu pengajaran kepada masyarakat dan kerajaan Malaysia, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata detik hitam itu tercetus daripada sentimen kebencian dan perpecahan yang dibawa oleh kumpulan tertentu yang hanya mahu semata-mata untuk mengubah kepimpinan negara.

Katanya perubahan itulah telah menyebabkan ketegangan berlarutan sehingga ekonomi merundum dan rakyat terbunuh.

"Saya bersyukur kerana kerana atas kebijaksaan dan kepimpinan kita, serta kewarasan masyarakat dari pelbagai kaum dan agama di negara ini, kita tidak berdepan masalah seperti di Mesir," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Hishammuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rampasan kuasa oleh tentera Mesir terhadap presidennya semalam.