Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HABIS LA ISLAM MESIR

Polis Mesir Perintahkan Penangkapan 300 Tokoh Ikhwanul Muslimin


Ahli Ikhwanul Muslimindan penyokong Mohamed Mursi membawa poster-poster wajah Mursi sebaik saja Presiden Mesir itu diigulingkan, di perkarangan Masjid Raba El-Adwyia Kaherah

Polis Mesir telah memerintahkan untuk menangkap 300 pemimpin dan anggota Ikhwanul Muslimin setelah pihak tentera menggulingkan pemerintahan Presiden Muhammad Mursi pada Rabu malam waktu tempatan. Demikian kata jejaring rasmi akhbar Al-Ahram pada Khamis.

Seorang pegawai kanan kementerian dalam negeri mengesahkan kepada AFP bahwa surat perintah penangkapan telah dikeluarkan untuk para anggota Ikhwanul Muslimin. Tetapi, pegawai berkenaan tidak memberikan keterangan lebih lanjut.

Para pegawai sebelumnya menyatakan bahwa pasukan keselamatan telah menangkap dua orang pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin yang rapat dengan Presiden Mursi.

Kedua-duanya adalah Saad al-Katatni yang mengetuai Partai Kebebasan dan Keadilan sekaligus cabang politik Ikhwanul Muslimin serta Rashad Bayoumi yang merupaan wakil ketua gerakan Islam itu.

Sementara laporan-laporan dari kota Mediterania, Alexandria, menyatakan sekurang-kurangnya nya 10 orang terkorban ketika lawan dan pendukung Mursi terlibat didalam pertempuran setelah tentera mengumumkan penggulingannya pada Rabu.

Media rasmi dan para pejabat menyatakan tembakan-tembakan berlaku di kota wilayah pantai yang popular itu. Pejabat berita negara MENA, yang mengutip seorang pejabat medis tempatan, melaporkan 50 orang mengalami kecederaan dalam insiden pertempuran tersebut.

Empat orang terkorban dalam pertempuran di kota utara Marsa Matrouh. Demikian kata gabernor negara bahagian itu. Sementara, Gaubernur Badr Tantawi menyatakan kepada Reuters melalui telefon dari kota Mediterania dekat perbatasan Libya bahwa sejumlah pendukung Mursi terkorban. -republika


Mesir: Puluhan penyokong Morsi terbunuh


MESIR: Puluhan rakyat Mesir dilaporkan terkorban diserang askar dan polis negara itu dalam himpunan dibeberapa buah bandar bagi mempertahan kepimpinan Presiden Morsi.

Insiden tersebut berlaku hanya beberapa jam selepas tentera Mesir mengumumkan rampasan kuasa sekaligus menggulingkan Morsi.

Web Ikhwanonline melaporkan di bandar Iskandariah, sekurang-kurangnya 10 terkorban manakala 200 orang cedera ketika ribuan penyokong Morsi berhimpun di Dataran Sidi Bisyr.

Di Asyut pula, dilaporkan dua orang penyokong Morsi terbunuh manakala 500 yang lain cedera selepas ditembak pasukan keselamatan di hadapan Masjid Omar Makram.

Sementara di Aswan, angka kematian tidak dapat dipastikan namun lebih 100 orang cedera dalam himpunan berhampiran dengan Masjid An-Nasr.

Di Matruh pula dilaporkan seramai 10 orang terkorban apabila polis melepaskan tembakan kepada peserta himpunan yang dihadiri ratusan ribu penyokong Mursi.

Sementara itu, beberapa web pro Morsi melaporkan ratusan waran tangkap dikeluarkan oleh pihak tentera bagi menangkap pemimpin dan anggota kumpulan gerakan Islam Ikhwan Muslimin.

Antara yang dilaporkan telah ditangkap termasuk Naib Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Dr.Rasyad Bayumi serta Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) sayap politik Ikhwan Muslimin, Dr.Muhammad Sa'ad Katatni.

Menteri Pertahanan, Jeneral Abdul Fatah al-Sisi dalam kenyataannya awal pagi tadi, Presiden Mesir Dr. Muhammad Morsi telah digulingkan oleh tentera Mesir selepas diberi tempoh selama 48 jam untuk memenuhi tuntutan rakyat.

Mereka telah mengumumkan perlantikan Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adly Mansour, sebagai ketua interim negara bagi menjalankan urusan negara bagi tempoh peralihan sehingga pilihan raya presiden yang baru.

Morsi tolak rampasan kuasa

Dalam perkembangan berkaitan, Morsi dalam kenyataannya terbaru sejurus pengumuman rampasan kuasa itu menolak tindakan tentera yang membuat rampasan kuasa.

Morsi berkata, beliau masih Presiden Mesir yang sah mengikut saluran demokrasi.

Beliau turut menyeru pasukan keselamatan dan rakyat agar masih berpegang dengan perlembagaan dan tidak patuh kepada rampasan kuasa oleh tentera.

“Bersabarlah kerana kemenangan itu akan tiba, dan Allah telah berfirman ‘adakah kamu rasa kamu akan masuk syurga selagi Allah tidak mengetahui mereka yang berjihad di kalangan kamu dan mereka yang bersabar.” kenyataan Morsi dipetik web ikhwanonline.com.
-HD

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.