Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JAHATNYA SEKULAR

Malaysia perlu tolak kerajaan tentera Mesir
Mohd Azmi Abdul Hamid Mohd Azmi Abdul Hamid
MAJLIS Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menegaskan kerajaan Malaysia perlu menolak kerajaan tentera Mesir yang melakukan rampasan kuasa dan mengkhianati hasrat majoriti rakyat Mesir yang telah memileh Mohamed Morsi sebagai presiden Mesir secara demokratik dalam pilihan raya yang sah pada 2012 yang lalu.

51 % rakyat Mesir yang memilih Morsi untuk menjawat kerusi Presiden  Mesir tidak boleh diketepikan dengan mendakwa rakyat menolak beliau atas alasan demonstrasi yang diadakan yang tidak mewakili 3 % pun dari rakyat Mesir .

Dengan hanya beberapa ribu yang menunjuk perasaan anti Morsi berbanding jutaan yang menyatakan sokongan kepada Morsi tidak melayakkan beliau dijatuhkan oleh tentera dengan cara rampasan kuasa.

Jika Kerajaan Malaysia menerimanya bermakna Malaysia menolak demokrasi yang mengesahkan kehendak rakyat majoriti dalam sistem demokrasi.

Rampasan kuasa oleh tentera adalah pembunuh demokrasi dan akibatnya Mesir kini kembali kepada zaman regim tentera yang akan mengguna kuasa untuk mensasar aktivis Islam Ikhwan Muslimin di seluruh Mesir seperti era tiga Presiden diktator sebelumnya iaitu Jamal Abdul Naseer, Anwar Sadat dan Hosni Mubarak.

Alasan Ketua Angkatan Tentera Mesir , Abdel Fattah Al Sisi bahawa Morsi tidak patuh kepada kehendak rakyat hanyalah rekaan untuk merampas kuasa, sedangkan seluruh rakyat tahu suara yang menentang Morsi pada hakikatnya adalah suara minoriti.

Dengan mengiktiraf presiden interim yang menjadi  boneka kepada  tentera Mesir iaitu Ketua Hakim Adly Mansour, jelas membuktikan bahawa  kudeta yang dilancarkan adalah konspirasi antara tentera dan institusi kehakiman Mesir.

Bukan sahaja tindakan tentera dan Kehakiman melanggar prinsip demokrasi yang kononnya diberi kepada rakyat selepas revolusi yang digelar Arab Spring 2011, malah ia adalah penghinaan kepada seluruh harapan dunia bahawa Mesir akan memberi hak kepada rakyat untuk menentukan pemerintahan sivil melalui pilihanraya yang bersih dan adil.

Malaysia perlu menyatakan pendiriannya untuk mewakili rakyat bahawa perampasan kuasa oleh tentera tidak boleh diterima sama sekali.

Dengan yang demikian, hubungan diplomatik dengan Mesir hendaklah digantung untuk sementara waktu.

Malaysia harus mencontohi Turki yang mengambil sikap yang tepat untuk tidak mengkhianati kehendak rakyat majoriti Mesir dan menyatakan penolakkan terhadap regim tentera yang mengambil alih kuasa secara tidak sah.

Mapim menegaskan tindakan tentera yang menahan Morsi dan mula menangkap pemimpin Ikhwan Muslimin adalah satu tindakan yang zalim dan ia adalah  pengulangan pendekatan regim diktator yang sebelum ini yang memusuhi gerakan tersebut.

Tindakan ini mesti dihentikan dan dunia tidak boleh mendiamkan diri jika mahu mengelak Mesir berada dalam keadaan perang sivil yang merbahaya.

Masyarakat dunia perlu menerima Ikhwan Muslimin adalah gerakan  yang terbesar, mempunyai dokongan massa yang luas, jaringan rakyat yang tidak ada tolak bandingnya dan telah memilih proses demokrasi secara aman untuk memimpin Mesir.

Malah ia mendapat majoriti kerusi di Parlimen pada pilihan raya Parlimen Mesir secara sah.

Namun oleh kerana ia mempunyai agenda Islam yang jelas dan kritikal terhadap hegemoni Barat, ada pemimpin Arab yang tidak senang dengan Ikhwan Muslimin menerajui kuasa di Mesir.

Sebab itu Saudi , Syria , Iraq , Qatar dan UAE  menyambut baik rampasan kuasa oleh tentera dan perlantikan kerajaan interim untuk menyekat sokongan rakyat terhadap Ikhwan Muslimin . Setakat ini hanya Turki , Tunisia dan Iran yang mengutuk dan menolak kudeta tersebut.

Mapim menegaskan Malaysia perlu membuat pendirian yang jelas untuk menuntut agar penindasan terhadap kelompok Islam dihentikan dan pilihan rakyat yang dibuat secara sah melalui pilihan raya Presiden 2012 hendaklah dikembalikan iaitu meletak semula Dr.

Mohamed Morsi sebagai Presiden yang dipilih dalam pilihan raya secara demokratik yang pertama dalam sejarah Mesir.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden Mapim

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.