3/07/13
Kedudukan Saifuddin Nasution di pejabat MB Selangor masih kabur.
Kedudukan Datuk Saifuddin Nasution Ismail
sebagai perhubungan politik menteri besar Selangor masih lagi kabur buat
masa ini walaupun sebelum ini Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Datuk
Seri Anwar Ibrahim pernah mengumumkan pelantikan mengenai jawatan itu.
Ketua Umum PKR itu mengumumkan Saifuddin dilantik sebagai pegawai
perhubungan politik kepada menteri besar Selangor sewaktu menggulung
perbahasan Kongres Tahunan Nasional ke-9 PKR di Dewan Sivik MBPJ pada
hujung Mei lalu.
“Pengesahan berkenaan perlu dijawab sendiri oleh Tan Sri Khalid
Ibrahim," kata Saifuddin a."Jawatan jurucakap politik itu masih belum
diwujudkan di negeri Selangor,” tambah beliau.
Sementara itu, Pengerusi PKR Selangor Mohamed Azmin Ali pada awal bulan
lalu mendedahkan ada di kalangan anggota PKR Selangor yang kurang senang
dengan perlantikan Saifuddin ke jawatan berkenaan.
Azmin memberitahu pelantikan berkenaan seolah-olah meminggirkan pemimpin PKR Selangor yang lain.
Sinar Harian turut melaporkan ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamarudin
pada Jun lalu belum menerima maklumat rasmi berhubung pelantikan
Saifudin ke jawatan tersebut.
Zuraida memberitahu PKR mengalu-alukan pelantikan tersebut jika benar ia
dibuat demi kepentingan urusan pentadbiran kerajaan negeri.
Awal bulan lalu, Abdul Khalid memberitahu tugas Saifuddin di pejabat
menteri besar Selangor akan diumumkan pada minggu berikutnya namun
sehingga kini pelantikan berkenaan masih kabur.
Abdul Khalid membayangkan antara tugas jurucakap berkenaan adalah
membantu penglibatan kerajaan negeri dalam pembangunan desa dan luar
bandar.
Menteri besar itu turut memberitahu pelantikan Saifuddin bukan lagi
ura-ura. Beliau bercakap selepas mempengerusikan mesyuarat Exco pertama
kerajaan negeri selepas Pilihan Raya 2013 di bangunan Setiausaha
Kerajaan negeri (SUK) di Shah Alam, Selangor pada Jun tahun ini.
Pada Pilihan Raya 2013, Saifuddin yang bertanding mewakili PKR untuk
kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu tewas kepada calon Barisan Nasional
(BN) Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir dengan majoriti 1,871 undi. -TMI
0 orang berkata:
Post a Comment