06 Julai, 2013
Tentera Mesir Rakus.. Saksikanlah!!
RAFAH - PALESTIN - Penderitaan dialami rakyat Palestin di Gaza ekoran
kepungan Rejim Zionis dengan bantuan sekutunya Rejim Mubarak seperti
akan kembali berulang.
Selepas penggulingan Presiden Mohamed Mursi kelmarin, tentera Mesir
mengarahkan beberapa jentolak memulakan kerja-kerja pemusnahan
merobohkan terowong yang menghubungkan laluan antara Mesir dan Genting
Gaza.
Media RNN melaporkan, kerja-kerja pemusnahan itu dikawal ketat tentera
Mesir lengkap dengan senjata senapang automatik dan kenderaan tentera
sebagai perisai.Saksi berkata, jentolak itu kelihatan sejak beberapa
hari lalu namun hanya memulakan kerja pemusnahan sejurus rampasan kuasa
berlaku.
Sumber Mesir pula melaporkan, kelibat tentera itu mula dilihat sejak
kelmarin di kawasan berkenaan.“Laluan yang digunakan untuk membawa masuk
pelbagai bekalan dan barang ke Genting Gaza mula ditutup beberapa hari
sebelum rusuhan di Mesir,” katanya.Sementara itu, Kementerian Kesihatan
di Gaza mulai bimbang apabila bekalan bahan bakar untuk penjanaan
elektrik dan ambulans semakin berkurangan.
“Kami khuatir penutupan ini bakal berpanjangan kerana kemasukan bekalan
bahan bakar sukar didapati kerana Israel sentiasa mencatu kemasukan
bahan bakar tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.Pasukan Keselamatan
Palestin pula dikatakan meningkatkan kawalan di kawasan terowong
berkenaan bagi menggelakkan kekecohan di Mesir merebak ke negara itu.
Terowong antara Mesir dan Gaza itu merupakan laluan utama kepada
penduduk 1.8 juta penduduk Gaza sejak pengepungan Israel pada 2006.Mursi
sejak awal kempen pencalonan presiden lagi menunjukkan sikapnya yang
jelas terhadap isu Palestin, kesetiaannya yang tak berbelah bagi bersama
perjuangan rakyat Palestin di dalam menuntut hak permastautinan dan
pembebasan Masjidil Aqsa.
Walaupun Mursi menggalas beban dan tanggungjawab berat memperbaiki sistem lama yang ditinggalkan dan kerja memantapkan kedudukan sosioekonomi rakyatnya, namun bantuan dan sokongan kepada Gaza mula ditunjukkan melalui pembukaan sempadan Rafah dan bantuan lain.
Pendirian Mursi membuka ruang kepada dunia luar untuk memasuki tembok penjara terbesar dunia itu. Malangnya, satu-satunya laluan yang ada kini dimusnahkan jentolak tentera Mesir. ~sinar harian

0 orang berkata:
Post a Comment