Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

QUWWATA ILLA BILLAH !


Selasa, 2 Julai 2013

'Laahaulawala quwataillah........'

Isu yang berbangkit hasil dari pilihanraya lalu belum reda. Sekarang timbul isu dalaman UMNO yang akan memulakan ulang tahun berperang sesama sendiri semasa pemilihan parti November ini. Setiap parti mempunyai masalah masing-masing dan tidak ada mana-mana parti boleh mengata dan mengkritik parti-parti lain. Masing-masing parti ada hal yang membosankan.
 
UMNO sudah menampakkan masalah yang terlalu rumit jika dipandang dari mana-mana sudut sekali pun. Ada yang memarahi saya kerana membuat komen tentang UMNO kerana saya bukan lagi ahli UMNO. Tetapi bukankah UMNO itu mengaku yang parti itu untuk semua kaum dan mempunyai slogan 1Malaysia bersamanya? 
 
Maka setiap rakyat ada hak untuk memberikan penilaian terhadap parti itu mengikut tanggapan masing-masing. Perhimpunan Agong yang mendatang sudah menampakkan keretakan dalam UMNO yang menunggu masa untuk berpecah. Jika dahulu ahli-ahlinya mempunyai segan silu untuk mengkritik pimpinan tetapi sekarang sudah ada unsur-unsur yang menunjukkan budaya segan silu itu sudah mula hilang  selepas pilihanraya yang lalu.
 
Wanita UMNO akan melihat pertandingan diantara Shahrizat Jalil yang sentiasa menjadi orang kesayangan Presiden UMNO pada hari ini. Azalina Othman Said akan menandingi beliau sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO. Azalina beranggapan yang Najib tidak memberi komitmen secukupnya dalam pembangunan Wanita sebagai sebab beliau akan menandingi Shahrizat yang telah terjurumus dalam isu National Feedlot Corporation (NFC).
 
Tetapi yang hendak melawan Shahrizat ini pun bukannya tidak ada isu dan isu yang masih didalam ingatan ramai ialah isu Pembangunan Pusat Sukan di Herdforshire England semasa beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan dahulu dan isu ini bukannya isu yang kecil. Tetapi apakan daya, seperti yang selalu saya sebut sejak beberapa tahun dahulu UMNO sudah ketiadaan pimpinan yang tidak mempunyai isu rasuah. Maka yang hendak membetulkan keadaan pun tidak betul, apatah lagi pimpinan yang hendak dibetulkan itu.
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.