07 Julai, 2013
Misteri Kehilangan Morsi
SELEPAS tiga hari ditahan, banyak persoalan belum terjawab. Pertamanya,
di manakah Presiden Mohamed Mursi ketika ini? Apakah nasib beliau masih
hidup dan selamat di dalam jagaan tentera atau teruk dibelasah?
Bagaimanakah pula nasib isterinya, Dr Najlaa dan
anaknya yang diketahui terputus hubungan sejak penahanan komando tentera
di rumah Pengawal Keselamatan Republik Khamis lalu atau Mursi menerima
nasib sama seperti bekas pengasas pemimpin Ikhwanul Muslimin, Sheikh
Hassan al Banna iaitu dibunuh atau dibicarakan untuk mendapat keadilan
seperti Hosni Mubarak.
Pendakwaan atas kesalahan apa yang Mursi
telah lalukan?Segala persoalan ini belum terjawab dan membawa kepada
banyak pertumpahan darah di Dataran Raba’ah dan kawasan sekitar
Tahrir.Sejak penggulingan Mursi, lebih 30 nyawa melayang termasuk tiga
daripadanya ditembak tentera manakala lebih 300 cedera akibat dirempuh
anggota keselamatan dan kumpulan anti Mursi di seluruh Mesir hingga
menyebabkan bandar Port Said, Suez dan Ismalia darurat.
Dua hari selepas
mengangkat sumpah sebagai Presiden sementara Mesir, Adly Mansour
mengumumkan pembubaran Parlimen dan menggantung Perlembagaan hingga
tarikh pilihan raya ditetapkan.Apa berlaku seterusnya?Ketika Mursi
memenangi Pilihan Raya Presiden 30 Jun lalu, beliau meraih 5.7 juta undi
dalam pusingan pertama dan 13.2 juta dalam pusingan kedua, sekali gus
menyaksikan gerakan Ikhwanul Muslimin melalui parti sayap PartiKebebasan
dan Keadilan (FJP) memperoleh lebih 10 juta undi ketika Pilihan Raya
Parlimen.Pilihan raya itu dilakukan penuh cabaran demi mendapat
demokrasi tanpa pertumpahan darah atau pemimpinnya ditangkap lalu
disumbatkan ke dalam penjara atau lebih senang, dibunuh sahaja.
Parlimen
Mesir diterajui Mursi kini dikhianati! Pemimpin kanan, Jeneral Abdel
Fattah al-Sisi yang dilantik oleh beliau akhirnya merampas kuasa.Beliau
menuduh Mursi melakukan hasutan keganasan, perang saudara, gagal
menangani masalah ekonomi dan tidak menunaikan janji pilihan raya serta
hanya melantik ahli Ikhwanul Muslimin untuk menduduki jawatan
kanan.Kejatuhan Mohamed Mursi dilihat sebagai kejatuhan kerajaan Islam
dan matinya demokrasi di Mesir.
Kejatuhan beliau turut memusnahkan
pergerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir yang telah kukuh sehingga ke tahap
ini selama lebih 80 tahun.Ini adalah kerana Mursi merupakan Presiden
pertama negara itu dipilih rakyat secara demokrasi dan sedang berusaha
membina kerajaan berasaskan Islam di Mesir, selepas kejatuhan Hosni
dalam kebangkitan rakyat pada 2011.Tetapi apakah nasib Mesir selepas
ini, Presiden sementara mula membuat barisan Kabinet yang mempunyai
hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel. Dari Panglima Tetera,
Jeneral Abdel Fattah al-Sisi hingga Penasihat Keselamatan Negara,
Mohamed Raafat Shehata dan Menteri Risikan Ahmed Farid, semuanya
mempunyai kaitan dengan Israel. Malah tidak mustahil, sekiranya bekas
Presiden Mohamed El Baradei diangkat semula sebagai Presiden.
Semua teka
teki itu belum terjawab.Dibunuh kejam seperti Sheikh Hasan Al
Banna?Gerakan Islam Ikhwanul Muslimin adalah cabang dalam senario
politik Mesir lebih daripada 80 tahun lamanya. Ia dipelopori dan
ditubuhkan oleh Sheikh Hassan al Banna pada tahun 1928.Sheikh Hassan dan
pengikut pada asalnya bersatu untuk menggulingkan penaklukan dan
pengawalan British di Mesir serta membersihkan negara tersebut dari apa
yang mereka nampak sebagai kerosakan akibat dari pengaruh Barat.
Pada
awal penubuhannya, gerakan Ikhwanul Muslimin hanya menumpukan kepada isu
keagamaan, pendidikan dan khidmat sosial kepada masyarakat, tetapi
melihat kepada penyertaan keahlian semakin bertambah, ia beralih ke dalam
sfera politik dengan melakukan protes terhadap kerajaan.Pada era 1940,
sayap bersenjata Ikhwanul Muslimin dipersalahkan kerana melakukan
perbuatan ganas, termasuk pembunuhan Perdana Menteri Mesir, Mahmud Fahmi
al-Nuqrashi pada 1948, sejurus dia mengarahkan pembubaran gerakan
Ikhwanul Muslimin.Al-Banna sendiri dibunuh tidak beberapa lama kemudian.
Penyokongnya mendakwa pembunuhan beliau diarahkan oleh kerajaan.Gerakan
ini kemudiannya bergerak secara senyap pada era 1950 selama berdekad
di mana pemerintah Mesir terus menjalankan operasi pembersihan anggota
gerakan mengakibatkan ramai ahli berpindah ke negara lain dan ada di
antara mereka dipenjarakan.
Selama 30 tahun kemudian Ikwanul Muslimin
kembali berkembang seiring dengan perkembangan dalam minat mendalami
agama Islam sama seperti yang berlaku ketika ini di Mesir dan mereka
juga sedang giat memperkukuhkan sinar Islam di negara itu.Atau dipenjara
seumur hidup seperti Hosni Mubarak?Di sebalik penahanan Mursi dan
segala tuduhan tidak berasas itu, mungkinkan Mursi dipenjarakan seumur
hidup sama seperti pemimpin diktator Hosni.Bekas Presiden itu dijatuhi
hukuman penjara seumur hidup kerana peranannya dalam pembunuhan penunjuk
perasaan semasa kebangkitan rakyat pada 2011.Keputusan tersebut sekali
gus menyaksikan nasib memalukan menimpa pemimpin kuku besi yang pernah
mentadbir Mesir selama hampir tiga dekad.Hukuman berat ke atas bekas
pemimpin Mesir berkenaan antara lain, bertujuan meredakan ketegangan
menjelang pilihan raya Presiden ketika itu.
Hosni merupakan pemimpin
Arab pertama dibicarakan di negara sendiri.Ketika keputusan dibacakan,
Hosni tidak menunjukkan sebarang reaksi manakala dua anak lelakinya
kelihatan gementar.Hakim Ahmed Rifaat menyifatkan era pemerintahan
Mubarak sebagai “30 tahun yang penuh dengan kegelapan.”Menurutnya,
Mubarak langsung tidak bertindak menghentikan pembunuhan orang awam
semasa kebangkitan rakyat selama 18 hari dua tahun lalu.Lebih 850
penunjuk perasaan dibunuh dengan kebanyakan mereka ditembak mati dan
beberapa bandar utama lain melancarkan gelombang kebangkitan rakyat dan
peristiwa itu sama seperti apa yang dialami rakyat Mesir sejak 30 Jun
lalu.Kesimpulannya, sehingga kini tiada siapa tahu di manakah Mursi
berada dan media juga disekat dari membuat liputan. Nasib isterinya
hanya diketahui lewat kelmarin apabila menyatakan tetap berdiri teguh di
belakang suaminya untuk menuntut keadilan dan pembebasan. ~sinar harian
0 orang berkata:
Post a Comment