Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UTUSAN KENA BAYAR NIZAR RM 250,000


Khamis, 4 Julai 2013

Fitnah WWW 1: Utusan diarah bayar RM250,000 kepada Nizar

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Utusan Melayu (M) Bhd.membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 kepada Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berhubung fitnah terhadapnya berkenaan isu pembidaan plat WWW1 yang berharga RM520,000.

Hakim, Datuk Rosnaini Saub turut mengarahkan ahkbar pro Umno itu membayar kos guaman sebanyak RM30,000.

Peguam Mohammad Nizar, Zamri Ibrahim berkata, plaintif iaitu pihaknya telah berjaya membuktikan wujudnya elemen-eleman asas fitnah didalam laporan berita bertarikh 21 Mei 2012 dan ianya terbukti merujuk kepada plaintif.

Beliau yang mewakili plaintif bersama seorang lagi peguam, Mohd Fitri Asmuni berkata, mahkamah tidak bersetuju dengan defendan (Utusan Melayu (M) Bhd.) yang merujuk kepada alasan penghakiman di dalam saman fitnah Nizar terhadap TV3 kerana ianya melibatkan pihak yang berbeza serta diputuskan oleh Mahkamah Tinggi yang bidang kuasanya setara dengan mahkamah ini.

Zamri berkata, defendan gagal dalam pembelaan justifikasinya apabila mahkamah memutuskan defendan tidak melaporkan berita, sebaliknya memutar belitkan kenyataan plaintif kononnya plaintif membuat komen terhdap Sultan Johor sedangkan plaintif tidak berbuat demikian.

Tambah beliau, defendan juga gagal dalam ulasan saksama apabila perkara yang dilaporkan adalah bukan merupakan komen tetapi suatu pernyataan dan defendan tidak bergantung kepada komen yang adil dan saksama.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.