Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TA'AWUN DENGAN SIAPA SAHAJA ASALKAN TIDAK MENENTANG ISLAM DAN MENYOKONG PESTA ARAK

PAS boleh bekerjasama dengan sesiapa juga asalkan tidak menentang dasar yang dibawanya seperti penentangan Ketua Pakatan Harapan dan parti-parti yang terdapat didalamnya..

PAS bukan macam parti Pakatan Harapan yang siang malam mimpi nak buru Putra Jaya. itu bangang punya parti. Mereka  asik nak mengisi tembolok je macam ayam !!!

 -PAK KARAMU-

 

 Politik Islam bukan sekadar kejar PRU...

AddThis Sharing Buttons

Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang
(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, perjalanan politik Islam bukanlah sekadar PRU untuk berkuasa dan mendapat kuasa dengan apa sahaja caranya, tetapi ia termasuk berdakwah dan mendidik masyarakat.

Oleh itu katanya, kerjasama bukan semestinya sebelum pilihan raya, sedang pilihan raya, atau selepas keputusan pilihan raya bagi menentukan Islam tetap memimpin masyarakat majmuk berdasarkan dan berkonsepkan Islam yang wajib dipertahankan oleh Pas.

Menurutnya, disebabkan itu, Pas wajib menolak kalangan yang nyata menentang Islam dan Pas bekerjasama dengan siapa sahaja yang tidak menolak Islam.

“Dalam perjalanan politik Islam, ia mewajibkan kepimpinan yang bercirikan Islam tanpa menentukan siapa yang menjadi perdana menteri, kerana perjuangan kita bukan mengangkat orangnya, tetapi dasar dan matlamatnya untuk mencapai keredaan ALLAH dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

“ALLAH lebih mengenali siapa orangnya sama ada ikhlas atau tidak, termasuk beriman dan budimannya, kerana orangnya boleh berubah dan hanyut,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook rasminya, hari ini.

Jelas beliau lagi, dalam perjalanan itu, menegakkan rahmat Allah dan adil terhadap semua tanpa mengira agama dan kaum yang hanya boleh dilaksanakan oleh Islam dan kepimpinannya yang beriman, budiman dan berilmu.

Kerana itu, Pas memilih pendekatan budaya politik matang dan sejahtera (BPMS), yang mengeluarkan Pas daripada budaya politik fitnah, maki hamun dan bermusuhan yang sedang melanda semua pihak dan ia sedikit sebanyak mempengaruhi ahli Pas yang wajib dibebaskan daripadanya.

“Kini Pas bebas menentukan di mana dan berapa jumlah kerusi yang hendak dipertandingkan bersama gagasannya, tanpa terikat dan diarahkan oleh pihak lain. Pas terus bersabar dan boleh menerima kekalahan dengan reda, bukan sahaja kemenangan tanpa berfikir untuk mengisi kemenangan.

“Wawasan Pas sangat luas, bukannya dunia yang sempit, tetapi terus beristiqamah bersama Islam, daripada dunia yang luas sehingga akhirat yang kekal,” katanya.

Jelas Abdul Hadi, muamalat politik Islam adalah berkonsepkan kepimpinan Islam yang wajib dipertahankan, demi menegakkan konsep rahmat kepada seluruh alam dan adil terhadap semua.

Maka, lebuh raya hubungan dengan semua pihak sangat luas, namun politik damai hendaklah diutamakan.

Pas katanya, tidak hanyut dan dihanyutkan sekali-kali oleh sesiapa sahaja yang mahu memaksa, menipu atau melakukan provokasi untuk mengheret Pas sehingga terkeluar daripada landasan prinsip, konsep Islam dan strategi kebijaksanaan dalam perjalanannya.

“Majlis Syura Ulama, Dewan Harian, AJK Pas Pusat menentukan keputusan secara jama’ie (kolektif) dan Muktamar yang melibatkan akar umbi bagi membuat keputusan yang besar, supaya Pas bukan parti milik seorang atau kumpulan tertentu sehingga terkeluar daripada konsep dan adab berjemaah.

“Pas berpengalaman secara bersendirian, kerajaan campuran dan bekerjasama dengan semua pihak dengan berbagai-bagai pendekatan, bukan sekadar satu, dua, tiga dan empat pendekatan, bahkan lebih daripadanya. Kini, diperkenalkan pendekatan Ta’awun dan pendekatannya terus menjadi pembangkang yang menasihatkan,” katanya.

6 orang berkata:

Anonymous said...

Nasib baik PH bukan penganjur pesta arak... Yg anjurkan pesta arak ialah sykt beer
Malaysia.

An Anonymous said...

Siapa kata PH penganjur pesta arak hahh?..

PH cuma bersekongkol dgn para penganjur pesta arak.. lepas tu mat sabu masih ada hati nak mintak PAS bg peluang kpd ahli2nya menyokong PH.. dia ingat ahli2 PAS bangang macam ahli2 PAN ke?..

phuiiiiii.. kahakkkkkk ptuiiii!

Anonymous said...

Nasib baik Amanah tak menyokong pesta arak yg dianjurkan Syarikat mybeer Malaysia.

Anonymous said...

Oh..pasai tu la hadi baik dgn UMNOBN, depa tak sokong pesta arak dan langsung tak tau pasai benda tu.

An Anonymous said...

Pas berbaik dengan umno dlm hal2 demi islam dan rakyat. Adapun bab umno sokong pesta arak itu pas tetap menentang pesta arak sebagaimana pas menentang kafir harbi yg menggelarkan SYAITON kpd Dr Zakir Naik.. PAN tak kesah pun DAP nak maki hamun ilmuan islam; asalkan dapat undi cina tak gitu??

An Anonymous said...

Betul.. cuma menyokong sebuah parti yg bersekongkol dgn penganjur pesta arak je pun.. nasib baik pas tak sokong kerajaan ala junta tentera myanmar di negeri utara..

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.