Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LEBIH SEJUTA AHLI PAS PERTAHAN ZAKIR NAIK

Hanya umat Islam munafik setuju halau Zakir Naik - Nik Abduh

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Anggota Jawatankuasa (AJK) Pusat PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyifatkan hanya umat Islam yang munafik sahaja yang bersetuju menghalau pendakwah Islam tersohor Dr Zakir Naik dari Malaysia

SILA AMBIL TINDAKAN KEPADA YANG TEGANGKAN ISU ZAKIR NAIK.

-Pak Karamu-

Abdul Hadi: Persaudaraan Islam atasi warga negara

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Presiden PAS Abdul Hadi Awang tampil membela Dr Zakir Naik yang berdepan kritikan susulan kenyataan dibuatnya terhadap kaum Cina dan penganut Hindu negara ini dalam syarahan di Kelantan, minggu lalu.

"...betapa kewajipan kepada penganut Islam mempertahankan agamanya dan melindungi pendakwahnya apabila diancam," katanya dalam suatu kenyataan hari ini.

Kata Abdul Hadi, hak pendakwah terkenal itu sebagai saudara Islam mengatasi hak warga negara dan negara.

“Jangan merempuh apabila lampu merah menyala, kerana hak persaudaraan Islam itu mengatasi warganegara dan merentasi sempadan negara dan bangsa.
"Inilah hakikatnya, bukannya menghasut,” katanya.

Khamis lepas, Zakir Naik ketika mengulas pertuduhannya di India, berkata rakyat Malaysia beragama Hindu lebih menyokong kerajaan India berbanding Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Zakir juga telah membuat beberapa kenyataan mengenai orang Cina Malaysia memanggilnya sebagai "tetamu lama" .

Zakir mendakwa kenyataannya mengenai rakyat Hindu Malaysia telah dipetik secara salah. 
Bagaimanapun, pendakwah itu belum memberi maklum balas mengenai kenyataannya mengenai rakyat Malaysia Cina.

Menurut Abdul Hadi lagi, PAS sangat menghargai ketegasan Dr Mahathir Mohamad dalam isu Zakir Naik dan memberi jaminan bahawa pendirian perdana menteri itu disokong oleh sejuta ahli PAS yang tidak akan mengizinkan Zakir Naik dibiarkan begitu sahaja. 

"Percayalah bahawa ini bukan keputusan peripadi seorang perdana menteri, kerana lebih sejuta ahli PAS tidak mengizinkan Dr Zakir Naik dibiarkan sahaja," katanya. 

Malah, jelasnya, Islam bahkan mewajibkan sesebuah negara melindungi seorang bukan Islam yang dizalimi di negaranya, dan jika tidak mahu diizinkan tinggal di negara sendiri, orang itu wajib diletakkan pula di tempat lain yang aman. 

Abdul Hadi juga menempelak umat Islam sendiri yang menurutnya, bising berdengung seperti ‘botol yang sedikit air’, sedangkan mereka tidak mendalami agama sendiri. 

"Janganlah pula orang Islam yang tidak mendalami agamanya sendiri, bercakap laksana botol yang sedikit air di dalamnya, maka kuat bunyi yang berdengung sahaja, kalau isinya banyak maka dengungannya tidaklah bising.

"Saya tegaskan bahawa isu Dr. Zakir Naik jangan sampai melanggar lampu isyarat berwarna merah. 

"Hanya orang Islam yang munafik sahaja atau imannya berpenyakit atau hilangnya kemanisan iman di dalam diri, sehingga menjadi laksana orang yang tidak kenal lampu isyarat merah dan hijau," katanya lagi.

3 orang berkata:

Anonymous said...

aik? ahli pas sejuta jer ke? bukan ke haritu bagitau dah ada 1.5juta!? dicampur ahli umno yg 3.5 juta tu lagi la banyak. 1.5 juta campur 3.5 juta dah ada 5juta. jom pakat2 derma sorang sepluh hengget kat zakir naik.

Anonymous said...

Nyalak cai nyalak...

Anonymous said...

PM ke 7 sedaya upaya mahu 'hijack' sokongan orang Melayu pada Penyatuan Ummah pada 14.9.2019 nanti. Awas mainan rasis dari PM ke 7 manusia munafik lidah bercabang pakar permainan sentimen kaum sedang mengalunkan okestra lagu perkauman bagi mrncipta krisis di Malaysia.

PENYATUAN UMMAH PERLU DUDUK DAN JANGAN LARI.. TAMBAH POP CORN DAN TEPUK WAYANG RASIS CIPTAAN PM KE 7 SESAMA SENDIRI DALAM PH...

Kem Panji Kunyit mana melingkup dulu Penyatuan Ummah hanya tepuk sambil makan pop corn.

Dengan penyatuan ummah UMNO dan PAS, untuk PH menang sekali lagi dalam pilihanraya umum dan untuk DAP terus mengekalkan kuasa di Putrajaya, mereka kini memerlukan lebih banyak sokongan daripada orang-orang Melayu iaitu sekurang-kurangnya 30%...

Walaubagaimanapun kini sokongan Melayu kepada Pakatan semakin terhakis...

Pakatan tahu jika keadaan ini berterusan, PH berhadapan dengan risiko kekalahan pada PRU-15 akan datang...

Dr. Mahathir memerlukan satu target dan isu untuk menarik kembali perhatian dan sokongan orang-orang Melayu...

Lantas Dr. Mahathir dengan tiba-tiba dan tidak semena-mena telah menyerang Dong Zong...

Apa yang Dr. Mahathir buat ini tentunya sudah dirancang dan disengajakan untuk menarik sokongan Melayu kepada Bersatu dan Pakatan..

Dr. Mahathir memang pakar mencipta krisis untuk kepentingan dirinya...

Setiap kali sokongan orang-orang Melayu dan Islam kepadanya jatuh seperti yang berlaku pada tahun 1990an, Dr. Mahathir akan memainkan retorik anti-Cina dan anti-Yahudi untuk menunjukkan yang dia adalah pejuang Melayu dan Islam, walaupun dia sebenarnya mempunyai hubungan rapat dengan kroni-kroninya iaitu taikun-taikun Cina dan juga dengan pihak Yahudi dan Israel.

Contohnya, pada tahun 1990an apabila sokongan orang-orang Melayu dan Islam kepadanya merosot akibat kebangkitan PAS, Dr. Mahathir telah melaungkan seruan anti-Yahudi dan anti-Israel untuk menarik perhatian dan sokongan orang-orang Melayu dan Islam...Sedangkan Tun pernah menulis surat kepada 3 PM Isreal

Awasi game rasis dendangan PM ke 7 krisis dalaman PH

PM ke 7 Tun Mahathir di belakang tabir, pada tahun 1994, Dr. Mahathir telah mengadakan pertemuan sulit dengan Perdana Menteri Israel Yitzhak Rabin dan Menteri Luar Israel Shimon Peres di Perancis...

Di hadapan rakyat Malaysia, Dr. Mahathir telah menafikannya walaupun pertemuan ini telah dilaporkan oleh TV Israel dan institusi berita antarabangsa AFP...

Dia cuba menunjukkan yang dia kononnya seorang pejuang Islam anti-Israel dan anti-Yahudi di mata rakyat Malaysia...

Tetapi sebaliknya, pada tahun yang sama, pentadbiran Dr. Mahathir telah menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel ke Malaysia...

Inilah perangai munafik Dr. Mahathir!!!

Untuk menunjukkan PM ke 7 kononnya adalah seorang pejuang nasionalis Melayu pula, Dr. Mahathir kerap menyerang dengan retorik anti-Cina...

Awas game rasis dari PM Lidah Bercabang sang fitnah sesama sendiri sedang berantakan..

Penyatuan Ummah hanya perlu makan popcorn dan tepuk...

#1492019PenyatuanUmah

#popcorntambahdantepuk

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.