Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

kHIR tOYO JAHAT

Nuffnang Ads

Sabtu, 2 Februari 2013

TUKAR TIUB PEMECAH BERITA


RAJA PENYAPU
KENA SAPU
 DUN N3 SUNGAI PANJANG 
Datuk Seri Mohamad Khir Toyo telah digugurkan sebagai calon 
untuk PRU13 ini.
Khir Toyo telah dilihat sebagai beban untuk
United Malays National Organisation dan Barisan Nasional.
Khir Toyo juga sedang berhadapan dengan kes rasuah.
Kerusi DUN N3 ini akan diambil oleh  Datuk Noriah Kasnor.
Calon wanita yang diharapkan akan dapat mengembalikan
keyakinan warga Selangor terhadap United Malays National Organisation.
DISERET KE MAHKAMAH
atas tuduhan
cuba menipu

LU HALAM JADAH


Sabtu, 2 Februari 2013

PRU13 : Dalam krisis air Selangor, Peter Chin hanya mementingkan keuntungan

IJOK, 2 Feb — Pergaduhan berkenaan bekalan air Selangor berterusan apabila Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid menggambarkan Menteri Kabinet Datuk Seri Peter Chin Fah Kui sebagai seorang ahli perniagaan yang hanya mementingkan keuntungan kerana menyalahkan polisi air murah Pakatan Rakyat (PR) sebagai punca krisis.

Dua hari lepas Menteri Tenaga,Teknologi Hijau dan Air menyalahkan polisi tersebut dan mengatakan penstrukturan semula air perlu dilakukan kerana mengganggap harga air murah adalah punca kepada pembaziran dan mengakibatkan berlaku krisis air yang menjejaskan isi rumah dan perniagaan di negeri terkaya Malaysia itu dan ibu negara Kuala Lumpur.

“Saya ingat Peter Chin kena belajar usaha untuk membantu rakyat,” kata Abdul Khalid (gambar) kepada The Malaysian Insider sebagai respon kenyataan menteri tersebut.

“Tapi beliau bercakap sebagai ahli perniagaan, sudah pastinya kalau saya jadi seperti beliau akan menaikkan harga air,” tambah beliau lagi.

Beliau juga mempertahankan langkah pemberian air murah yang itu dan mengatakan keuntungan tidak boleh dilakukan terhadap keperluan asas manusia.

“Air ini adalah hak asasi, maknanya air ini sepatutnya diberikan tanpa perlu membebankan rakyat.
“Oleh sebab itu kerajaan negeri memberikan air murah,” tegas beliau.

Apabila ditanya mengenai kenyataan media Chin yang mengatakan kerajaan pusat tidak akan menyekat pengambilalihan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) tetapi Selangor memerlukan persetujuan antara antara pembekal dan pembeli, Abdul Khalid mendakwa Chin tidak memahami permintaan kerajaan negeri.

“Saya rasa Peter Chin ini tidak faham dengan permintaan kerajaan negeri Selangor.
“Kerajaan negeri bukan meminta untuk membeli SYABAS, tetapi kami meminta untuk membeli saham pelabur atau pemilik ekuiti di dalamnya termasuk Peter Chin,” tegas beliau lagi.

Menurut Abdul Khalid lagi, persetujuan mengambilalih bukan terletak kepada pihak SYABAS tetapi sebaliknya adalah dibawah kerajaan pusat memandangkan mereka adalah pemegang saham utama yang terdiri daripada Puncak Niaga, Kumpulan Darul Ehsan (KDEB) dan Kementerian Kewangan.

“Dalam pegangan tersebut, Kementerian Kewangan merupakan pemegang Saham Emas iaitu yang terbesar.

“Oleh sebab itu, kerajaan negeri memohon kepada kerajaan pusat untuk pengambilalihan tersebut,” terang Abdul Khalid.

Rabu lalu, Abdul Khalid mengumumkan Selangor bercadang mengambil alih perkhidmatan air dari syarikat konsesi air di negeri itu dalam tempoh 14 hari dan menghantar surat bertulis kepada kementerian berhubung perkara tersebut.

Akan tetapi Chin dua hari lalu memberitahu kerajaan negeri boleh membeli syarikat konsesi air jika syarikat swasta yang memegang kontrak bekalan tersebut bersetuju sambil menambah kerajaan pusat tidak akan menghalang urusniaga tersebut.

“Bagi saya ini adalah tawaran komersil biasa yang memerlukan persetujuan daripada pembeli dan penjual,” kata Chin dalam satu sidang media di Putrajaya.

“Jika ada persetujuan, biarkan SPAN dan saya yang tahu,” tambah beliau merujuk kepada pengendali syarikat air, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.

Kemelut isu air di negeri Selangor berterusan selepas pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) menentang projek Langat 2 diumumkan oleh kerajaan pusat kerana menyifatkan ia berkos tinggi dan menyebabkan negeri tersebut terpaksa meningkatkan tarif air dan terpaksa memungkiri janji mereka untuk memberi air murah, polisi PR yang diperkenalkan selepas memenangi pilihan raya 2008.

Untuk melancarkan proses, Selangor memulakan langkah untuk mengambil alih pada 2009 dengan menawarkan untuk membeli Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) dan Konsortium ABASS pada harga RM5.7 bilion tetapi kemudiaannya telah ditolak.

Abdul Khalid berkata, kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Air di Sabak Bernam menyatakan Putrajaya tidak menghalang kerajaan negeri mengambil alih perkhidmatan air menyebabkan kerajaan negeri membuat keputusan tersebut.

Tahun lepas, Abdul Khalid dilaporkan telah meningkatkan tawaran lebih daripada RM9 bilion untuk mengambil alih semua aset dan liabiliti syarikat tersebut termasuk bon.

Awal bulan ini, ribuan pengguna di Lembah Klang terputus bekalan air berikutan kerosakan sistem pam tambahan di Rumah Pam Wangsa Maju dan Pudu Hulu Baru.

Gangguan air tersebut antara yang terburuk sejak PR mengambil alih negeri Selangor.
PR memerintah Selangor dan menguasai 10 daripada 11 kerusi Parlimen di Kuala Lumpur.

Friday, February 1, 2013

Nilai Ringgit Malaysia Jatuh


Nilai Ringgit Jatuh
A money changer counts Malaysia's ringgit notes in Kuala Lumpur on Jan 29, 2013. The Malaysian ringgit fell to a near five-month low, heading for its worst month in eight months as anxieties rose over an upcoming general election. -- PHOTO: REUTERS
Ringgit at five-month low on anxieties over upcoming general election
KUALA LUMPUR (REUTERS) - The Malaysian ringgit fell to a near five-month low, heading for its worst month in eight months as anxieties rose over an upcoming general election.
The ringgit hit 3.1140 per US dollar, its weakest since Sept 7 last year. It weakened past chart support at 3.0922, a 200-day moving average.
"The ringgit will be affected by election talk next month too," said a Malaysian bank dealer, adding the ringgit could see 3.1300. The polls must be called by end-April.
Datuk Seri Najib must dissolve Parliament by April 28 and is aiming to restore a two-thirds majority ceded in 2008. His approval rating dropped to the lowest level in 16 months in December, according to the Merdeka Centre for Opinion Research.
Hizbullah sasaran Israel di sempadan

1 Februari 2013
Peluru berpandu Syria
Peluru berpandu Syria yang digeruni tentera Israel.
BEIRUT - Pesawat Israel dipercayai membedil konvoi Hizbullah berhampiran sempadan Libya di Syria, semalam.

Televisyen rasmi Syria melaporkan, Israel mengebom sebuah pusat penyelidikan tentera di Jamraya.

Menurut seorang diplomat Barat, sasaran adalah sebuah trak sarat dengan senjata yang dalam perjalanan menuju dari Syria ke Libya.

“Dipercayai Israel cuba untuk memusnahkan pesawat anti-peluru berpandu dan roket jarak jauh yang diletakkan di kawasan itu," katanya.

Menurutnya, tindakan itu dilakukan bagi menyekat kebimbangan Israel terhadap ugutan Syria untuk menggunakan senjata kimia.

Sementara itu, Ketua Gabungan kebangsaan Syria, Moaz Al Khatib berkata, beliau bersedia berbincang dengan pegawai rejim Presiden Bashar Al Assad dengan syarat mereka membebaskan 160,000 tahanan.

“Saya bersedia berbincang secara langsung dengan wakil rejim Syria di Kaherah, Tunis atau Istanbul,” katanya melalui laman Facebook beliau.

Beliau berkata, syarat lain dikenakan sebelum perbincangan itu adalah Syria perlu membenarkan rakyat negara itu yang dibuang kerakyatannya memperbaharui pasport dan memberi taraf warganegara sah. - Reuters

KAKI DAN TANGAN BODEK DALAM UMNO

Rais: Pembangkang iri hati Najib

1 Februari 2013
Rais Yatim
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim
JELEBU - Segala kemajuan yang dikecapi rakyat dan negara hari ini, hasil kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menerusi gagasan 1Malaysia dan pelan transformasi telah menyebabkan pembangkang berasa iri hati.
  
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim  berkata, akibat perasaan itu pembangkang kini berusaha keras 'meracuni' pemikiran rakyat agar menukar kerajaan pada pilihan raya akan datang.
  
"Pembangkang sakit hati, mereka mahu tukar Datuk Seri Mohd Najib dan mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim naik, mahu naikkan orang-orang lain. Tapi jangan lupa kita punya Jelebu, kita punya Negeri Sembilan, kita sendiri tentukan bukan orang  lain.
  
"Kita perlu ingat, apa kerajaan telah buat. Bagi masyarakat Cina kerajaan telah peruntukkan lebih RM180 juta untuk sekolah-sekolah Cina untuk dibantu secara amnya atau khasnya," katanya ketika berucap pada majlis sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina peringkat Parlimen Jelebu, di dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yuk Hua, di sini hari ini.
  
Turut hadir pada majlis itu, Exco Bertindak Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam negeri Datuk Siow Chen Pin, Exco Bertindak Pertanian, Industri, Asas Tani, Pembangunan, Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Yunus Rahmat dan kira-kira 400 masyarakat Cina daerah Jelebu.

Rais yang juga Ahli Parlimen Jelebu berkata, pembangkang juga berasa tidak selesa dengan kejayaan Perdana Menteri membawa kemajuan dalam bidang ekonomi sehingga negara ini diyakini pelabur asing.
  
"(Negara jiran) Singapura pun lihat Malaysia semakin maju, dan mereka telah menanam modal di Iskandar Johor dan mereka telah membeli banyak rumah-rumah di kawasan tersebut," katanya.
  
Katanya, senario itu jelas menunjukkan rakyat negara tersebut mempunyai keyakinan tinggi terhadap ekonomi negara ini di bawah pimpinan perdana menteri.
  
Selain itu, Rais berkata menerusi gagasan 1Malaysia yang dicetuskan Najib juga, semua rakyat menikmati pelbagai bantuan kebajikan tanpa mengira kaum seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia dan Bantuan Awal Persekolahan.
  
Pada majlis itu, Rais turut menyampaikan sumbangan kepada beberapa badan bukan kerajaan dan masyarakat Cina daerah Jelebu membabitkan peruntukkan berjumlah RM130,000. - Bernama

PATUT LA UMNO MARAH, RUPANYA JAMBATANG UMNO PAS DAH RUNTUH !

 SEJAK BILA LAK UMNO JADI NGO ? BANGANG TUL LA MENTERI NI !
 
Zahid: Tindakan Pas lucut Nasha 'makan diri'

1 Februari 2013
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
BAGAN DATOH - Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyifatkan tindakan Pas memecat Nasharudin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama sebagai 'memakan diri'.
  
Beliau berkata selama ini parti itu membuat pelbagai tuduhan antaranya Barisan Nasional (BN) dan Umno tidak boleh menerima teguran atau tidak membenarkan anggota bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) atau pihak lain dalam membuat kebajikan serta program kemanusiaan.
  
"Jelas daripada apa yang dilakukan kepada Nasharuddin, (Datuk Dr) Hasan Ali dan ramai pemimpin Pas yang lain memperlihatkan parti itu 'menepuk air di dulang terkena ke muka sendiri'," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan awal persekolahan di Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang Darat di sini hari ini.
  
Menyentuh pendirian Pas yang dilihat mengikut 'citarasa musim', beliau berkata Pas perlu lebih rasional dalam menentukan hala tuju kepimpinan dalam partinya jika mereka mahu dihormati.
  
Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan menyeru mereka yang telah 'terlanjur' menyokong Pas secara membuta-tuli supaya membuka mata dan hati melihat apa yang dilakukan parti itu.
 
"Bagi mana-mana golongan yang berada atas pagar dan penyokongnya, inilah masanya untuk membuat keputusan tinggalkan parti yang tidak boleh membantu mereka, parti yang tidak ada pendirian, parti yang menggunakan agama untuk kepentingan politik...tinggalkanlah," katanya.
  
Mengulas mengenai dakwaan pembangkang bahawa pemergian Nasharuddin ke Gaza baru-baru ini diperalatkan oleh BN, Ahmad Zahid berkata mereka sepatutnya membezakan antara soal kemanusiaan dan kepartian.
  
"Siapa peralatkan siapa. Ini soal kemanusiaan, ini bukan soal parti, cuba bezakan Nasharuddin sebagai pemimpin NGO kerana itu soal kemanusiaan. Saya harap Pas bukalah mata, bukalah hati dan fikiran supaya soal kemanusiaan ini dapat dibezakan dengan kepartian," katanya.  - Bernama

BOIKOT KTM ?

KTMB Jadi Alat Propaganda BN, Tidak Layan PR Sewa Ruang Iklan


Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang merupakan sebuah syarikat pengangkutan awam tidak wajar dijadikan alat propaganda Umno-BN dengan hanya menempatkan iklan mempromosikan gagasan itu pada gerabak keretapi.


Artikel Penuh

Nuffnang Ads

Terkini! MyKad Yang Ada Tarikh Luput Dikesan!

February 1, 2013

http://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/540761_564116810298156_245239437_n.jpg

konfem dapat mengundi PRU 13 nanti kan?

ABU!

Friday, February 1

Afdlin Shauki bikin GEMPAQ pulak dah... [Saksikan]

Jangan terkejut, Afdlin Shauki ni pro punya. Walaupun dia masih ahli Umno tapi demi sebuah majlis yang meraikan persaudaraan sesama Islam neh terutama dengan Palestin, bab politik boleh tolak tepi punya... Syabas Afdlin...

Anwar sambut kunjungan delegasi pemimpin Hamas

KUALA LUMPUR: Kunjungan delegasi Hamas ke ibu pejabat KEADILAN pagi tadi disambut meriah pimpinan KEADILAN.

Hubungan persaudaraan yang erat jelas terpancar apabila ketua delegasi iaitu Ahli Biro Politik Hamas, Dr Waled Alamoudi memeluk Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media sempena kunjungan tersebut.

Waled turut menyarungkan mafla bercorak bendera Palestin kepada pimpinan KEADILAN. Sebuah kek berbentuk masjid turut dipotong dan dijamu kepada wartawan yang hadir.

Aqsa Syarif yang diwakili Pengerusi, Dr Hafizi Mohd Nor dan duta yang juga pengarah dan pelakon popular, Afdlin Shauki turut bersama dalam pertemuan itu.

Dalam sidang media itu, NGO yang aktif memperjuang hak rakyat Palestin itu turut menyampaikan sumbangan rakyat Malaysia berjumlah AS$700,000 (RM2.175 juta) bagi membina semula Masjid Nour Al Hamidi di Gaza yang musnah dibom tentera Israel.

Selain Waled, wakil Hamas yang hadir ialah bekas Menteri Hal Ehwal Sosial Gaza, Ahmad Al-Kurd, Dr Nazim Syeikh Ahmad Yassin (saudara kepada pengasas Hamas, Syeikh Ahmad Yassin) dan Abd Nabi Al-Rantissi (saudara kepada pengasas bersama Hamas, Abdel Aziz al-Rantissi).

Antara pimpinan KEADILAN yang hadir pula adalah Presiden, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua serta Ketua Biro Antarabangsa, Yusmadi Yusof. ~ KD

Mahadhir juga kena tutup mulut


Friday, February 1, 2013

Mahathir Belasah Ibrahim Ali - Posted by Addin Deen


KUALA LUMPUR, 1 Feb — Datuk Ibrahim Ali boleh jadi menyokong Umno akan tetapi beliau bukanlah jurucakap parti tersebut, kata penaung Perkasa Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usaha untuk meredakan ketegangan agama menjelang Pilihan Raya 2013.

Ibrahim yang lantang itu adalah pengasas Perkasa dan presiden yang tercetus akibat ancaman pembakaran bible, terbaru dalam kontroversi “Allah”.

Ibrahim, ahli parlimen sayap kanan Melayu itu, mencetuskan kekecohan minggu lalu apabila beliau dilaporkan menggesa umat Islam agar membakar kitab suci penganut Kristian dalam bahasa Melayu jika menggunakan “Allah” sebagai tujukan kepada tuhan mereka.

“Allah” itu perkataan Arab yang ramai orang Islam di sini percaya hanya eksklusif kepada komuniti mereka.

“Adalah malang Ibrahim Ali perlu mencadangkan membakar bible yang baru dicetak,” tulis Dr Mahathir dalam blog chedet.cc malam tadi. “Itu boleh menjadi cara kita menjauhkan diri dari penerbitan yang tidak diingini. Ia tidak boleh dilakukan kepada Bible sepertimana ia tidak boleh dilakukan kepada Al-Quran.

“Tetapi apa yang Ibrahim katakan tidak mencerminkan pandangan Umno. Malangnya, beberapa ahli politik ingin menjadikannya begitu dalam usaha untuk mendapat keuntungan politik,” bekas perdana menteri itu menambah.

Dr Mahathir, yang masih mempunyai pengaruh besar dalam Umno, dengan cepat menegaskan parti tunjang pemerintah Barisan Nasional (BN) itu percaya “Allah” adalah eksklusif kepada Islam tetapi “ia tidak menyokong pembakaran bible berbahasa Melayu yang menggunakan perkataan ini”.

“Saya menganggap cubaan untuk mengaitkan sokongan Ibrahim kepada Umno bersamaan dengan apa yang beliau katakan adalah pendirian Umno sebagai nakal,” kata bekas presiden parti itu.

“Ibrahim bukan ahli Umno. Beliau boleh menyokong Umno tetapi beliau bukan seorang jurucakap Umno.”
Dr Mahathir di acara sebagai penaung Perkasa. Mahathir yang pada 2011 menasihatkan Umno supaya tidak bermusuh dengan Perkasa jika mahu memenangi kembali undi Melayu yang hilang pada Pilihan Raya 2008, dilihat menjauhkan diri dengan pendirian keras kumpulan tersebut.

“Walaupun kita boleh mempunyai perbezaan politik, kita tidak perlu mengambil jalan keluar dengan menggunakan perbezaan agama untuk memenangi pilihan raya. Ia adalah pedang bermata dua dan orang-orang yang hidup dengan pedang akan mati oleh pedang.

“Biarkan kontroversi ini diselesaikan secara tertutup oleh orang-orang yang bertanggungjawab. Jangan benarkan pelampau mengambil alih dan mengeksploitasi isu-isu agama,” katanya dan merayu kepada semua pihak untuk menghentikan “penyalahgunaan” mereka dalam isu sensitif ini.

Perdana menteri paling lama berkhidmat selama 22 tahun itu mengingatkan bahawa kontroversi “Allah” telah telah diselesaikan tahun lalu “melalui penerimaan bahawa Kristian Sabah dan Sarawak boleh terus untuk menggunakan perkataan Allah dalam bible bahasa Melayu mereka dan dalam pengajaran tetapi tidak boleh digunakan di seluruh negara”.

Pemimpin berumur 87 tahun itu memainkan peranan penting dalam potensi krisis keimanan daripada meletus apabila pertikaian kalimah “Allah” mula-mula timbul pada awal 1980an — sejurus selepas beliau mengambil alih jawatan perdana menteri.

Umat Islam dan pemimpin Kristian telah bertelagah dalam isu penggunaan kalimah “Allah” walaupun penghakiman Mahkamah Tinggi 2009 memutuskan umat Islam tidak mempunyai hak eksklusif kepada perkataan Arab itu.

Umat Islam adalah kumpulan agama terbesar di Malaysia sebanyak 60 peratus, manakala minoriti Kristian hanya di bawah 10 peratus daripada 28 juta rakyat Malaysia.

Perdebatan timbul semula bulan lalu selepas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang dalam perutusannya sempena Hari Natal mendesak kerajaan persekutuan agar menarik semula pengharaman terhadap penggunaan kalimah Allah dalam bible berbahasa Melayu.

Kumpulan gereja Sabah juga telah mendakwa kebebasan beragama Bumiputera Kristian diserang sambil menegaskan kebanyakan penganutnya datang daripada Malaysia Timur dan menggunakan bahasa Melayu.

Kumpulan penganut agama Buddha telah menggesa Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk campur tangan menyelesaikan pertikaian tentang penggunaan kalimah “Allah” daripada terus berlarutan.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga mengecewakan pemimpin gereja dengan khutbah Jumaat lepas, di mana ia memberi amaran kepada umat Islam di seluruh negara “musuh-musuh Islam” akan cuba untuk mengelirukan mereka supaya mempercayai semua agama berkongsi tuhan yang sama.

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib telah mendesak kerajaan agar tidak berlengah-lengah mengambil tindakan terhadap Ibrahim diatas gesaannya agar bible dibakar, dengan mengatakan jika tindakan terus ditangguh terhadap ahli politik veteran itu, memberikan kesan kepada imej kerajaan menjelang Pilihan Raya 2013. ~the malaysian insider

Mengapa SPR pulak buat kemen ?

Jangan politikkan tarikh bubar Dun, Parlimen
JAMILAH HAMZAH
1 Februari 2013
Wan Ahmad Wan Omar
$entry.content.caption.value
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan parti-parti politik supaya tidak menjadikan tarikh pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) sebagai isu politik ketika demam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin meningkat.

Kelmarin, Kerajaan Negeri Selangor dipetik berkata akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) selepas sambutan perayaan Cap Goh Meh.


Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya percaya yang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ada tarikhnya, yang sesuai untuk membubarkan Parlimen.


Menurutnya, di dalam sejarah politik negara, tidak pernah Parlimen terbubar dengan sendirinya.


Justeru, Wan Ahmad berkata, isu pembubaran Parlimen tidak boleh dijadikan isu politik untuk kepentingan parti.


"Memang Menteri Besar (Selangor) ada hak nak bubar, tapi mereka kena minta perkenan sultan dahulu.


"Jangan politikkan isu tarikh pembubaran Parlimen ini, saya yakin Perdana Menteri sudah ada tarikhnya sendiri," katanya kepada Sinar Harian Online.


Kelantan dan Pulau Pinang bercadang untuk membubarkan serentak dengan tarikh pembubaran Parlimen.


Selain Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, Pakatan Rakyat juga menerajui Kerajaan Negeri Kedah.


Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata, kerajaan negeri dan Pusat perlu bekerjasama dalam isu ini.


Katanya, jangan jadikan isu ini untuk menunjukkan kuasa kepada rakyat.


"Kedua-dua kerajaan mesti bekerjasama dan tunjukkan persamaan," katanya lagi.

Bubar Dun awal: PR belum buat pendirian muktamad
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
1 Februari 2013
PETALING JAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan perbincangan mengenai cadangan pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor lebih awal masih berterusan.

"Ada perbincangan, perbincangan berterusan, sekarang sedang diteruskan," kata Anwar menjawab pertanyaan pemberita.

Kelmarin, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri bercadang untuk membubarkan Dun selepas sambutan Cap Goh Meh bulan ini.
Namun katanya, cadangan itu tertakluk kepada perbincangan dengan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

"Kita merasakan rakyat yang memilih kita sudah bersedia (untuk pilihan raya) dan mereka tidak patut menunggu lama," kata Khalid yang turut memberitahu, ia juga tertakluk kepada tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mengumumkan atau memberi apa-apa indikator berhubung tarikh pilihan raya selepas Cap Goh Meh ini.

Namun Khalid tidak menolak akan mengadakan pilihan raya serentak dengan kerajaan Persekutuan.

Kelantan dan Pulau Pinang memutuskan akan mengadakan pilihan raya serentak dengan pusat.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pula berkata, beliau belum terfikir untuk membubarkan Dun bagi memboleh pilihan raya negeri diadakan secar berasingan.

Pembubaran katanya, bergantung kepada keadaan semasa di negeri dan ia terserah kepada beliau untuk menilainya sendiri.

Anwar: RCI kena panggil Pak Lah, Najib
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
1 Februari 2013
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
PETALING JAYA - Menafikan sekali lagi pembabitannya dalam "projek IC" di Sabah, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, siasatan sepatutnya turut melibatkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hal ini kerana katanya, pasukan khas yang ditubuhkan merupakan sebuah pasukan yang menjalankan kerja-kerja itu secara berterusan.

"Sepatutnya tanya kepada Tun Abdullah dan Datuk Najib. Najib sebagai Perdana Menteri masih terus mengendalikan pasukan petugas itu di bawah perdana menteri sehinggalah mungkin sampai tahun lalu," kata Anwar.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa bertanggungjawab ke atas "projek IC" ini.

Anwar menambah, tindak tanduk Dr Mahathir yang turut mengaitkan beliau dalam "projek IC" sebenarnya tidak dapat menangkis siapa sebenarnya di sebalik projek terbabit.

"Soal Tun Dr Mahathir memang cara dia. Soalnya apakah dia boleh nafikan dia bertanggungjawab, dia yang mengasaskan pasukan petugas, dia yang melantik (bekas Setiausaha Politik Dr Mahathir, Tan Sri) Aziz Shamsuddin dan (bekas anggota Kabinet, Tan Sri) Megat Junid (Megat Ayub) dan semua laporan itu sampai kepada pengetahuan beliau. Ini yang patut dijawab terlebih dahulu," tegas Anwar lagi.

Beliau dalam pada itu turut membidas tindakan kerajaan Malaysia yang seolah-olah melindungi individu dikehendaki polis Filipina, Manuel Kringal Amalilio untuk pulang ke negaranya.

"Keadaan ini serius. Agak tidak baik untuk menjaga hubungan dua negara apabila kita kelihatan melindungi penjenayah," tegas beliau.

Amalilio dikehendaki polis Filipina kerana didakwa menipu lebih 15,000 orang membabitkan 12 bilion peso (RM895 juta) dan turut dikatakan sebagai anak saudara Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, namun dinafikan oleh polis Malaysia.

"Walaupun orang itu dipercayai ada kaitan keluarga dengan Musa Aman. Saya tahu ada kaitan saudara. Kalau ada kes sepatutnya pihak polis atau Kementerian Dalam Negeri ambil tahu kes itu dan apabila nampak ada asas, terus bagi kerjasama kepada kerajaan Filipina untuk meneruskan siasatan dan pendakwaan sekiranya perlu," ujar beliau lagi.
ends
Nuffnang Ads

Jumaat, 1 Februari 2013

BERITA SEDIH UNTUK KERAJANAG PERPADUANG


KESIAN 
HABIS RAJA RAJA MELAYU
DAN TUNGGAK AGAMA ISLAM

Nasharuddin 

Bukan Lagi Ahli PAS - Nik Aziz
BACHOK: Pengguguran keanggotaan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama adalah sama seperti beliau dipecat daripada parti, kata Mursyidul Am PAS,  Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Nik Aziz berkata, Nasharuddin tidak perlu menunggu surat daripada parti mengenai status keahliannya kerana pemecatan beliau daripada Majlis Syura secara automatik bermaksud dia bukan lagi ahli PAS.
"Adalah tidak penting sama ada dia menerima surat daripada Majlis Syura memaklumkan beliau sudah dipecat atau menunggu jawapan mengenai status keahliannya. Hakikatnya tetap teguh bahawa Lafaz Cerai telah dibuat dan beliau bukan lagi ahli parti," katanya kepada pemberita di sini, Khamis

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

woit...HANCUR LEBUR ...PUNAH RANAH... kah kah kah...

kah kah kah...CITANG CITANG  KERAJAANG PERPADUANG... kah  kah kah..

kah kah kah..SEKARANG SEMUANG SENYANG.. TAK CAKANG APANG APANG.... kah kah kah..

kah kah kah...DULUNG GILANG DAN  BERSATUNG BERSATUNG....kah kah kah..

kah kah kah..NAK RAMAI YB  ISLANG DALANG PARLIMANG...kang kang kang...
MALAM ESOK DI BENTA
NOTA
musnah semua cita cita
untuk menubuhkan kerajaan
perpaduan antara pas dan  gerombolan
idea menubuhkan kerajaan perpaduan ini
datang dari hassan ali - yang nak jadi mb selangor
rancangan ini disokong oleh harun din harun taib
hadi awang hanya  bersetuju
nasha menjadi orang tengah
pertemuan awal dengan dolah badawi
dilakukan di jalan belamy
malah khalid samad mengakui
yang dia juga turut serta
semua ini sejarah
tapi yakinlah 
idea bangang melayu bersatu
ini akan muncul lagi
NOTA
ini samalah saperti idea bangang
arab boleh bersatu lawan israel
kah kah kah

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.