Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KAKI DAN TANGAN BODEK DALAM UMNO

Rais: Pembangkang iri hati Najib

1 Februari 2013
Rais Yatim
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim
JELEBU - Segala kemajuan yang dikecapi rakyat dan negara hari ini, hasil kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menerusi gagasan 1Malaysia dan pelan transformasi telah menyebabkan pembangkang berasa iri hati.
  
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim  berkata, akibat perasaan itu pembangkang kini berusaha keras 'meracuni' pemikiran rakyat agar menukar kerajaan pada pilihan raya akan datang.
  
"Pembangkang sakit hati, mereka mahu tukar Datuk Seri Mohd Najib dan mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim naik, mahu naikkan orang-orang lain. Tapi jangan lupa kita punya Jelebu, kita punya Negeri Sembilan, kita sendiri tentukan bukan orang  lain.
  
"Kita perlu ingat, apa kerajaan telah buat. Bagi masyarakat Cina kerajaan telah peruntukkan lebih RM180 juta untuk sekolah-sekolah Cina untuk dibantu secara amnya atau khasnya," katanya ketika berucap pada majlis sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina peringkat Parlimen Jelebu, di dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yuk Hua, di sini hari ini.
  
Turut hadir pada majlis itu, Exco Bertindak Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam negeri Datuk Siow Chen Pin, Exco Bertindak Pertanian, Industri, Asas Tani, Pembangunan, Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Yunus Rahmat dan kira-kira 400 masyarakat Cina daerah Jelebu.

Rais yang juga Ahli Parlimen Jelebu berkata, pembangkang juga berasa tidak selesa dengan kejayaan Perdana Menteri membawa kemajuan dalam bidang ekonomi sehingga negara ini diyakini pelabur asing.
  
"(Negara jiran) Singapura pun lihat Malaysia semakin maju, dan mereka telah menanam modal di Iskandar Johor dan mereka telah membeli banyak rumah-rumah di kawasan tersebut," katanya.
  
Katanya, senario itu jelas menunjukkan rakyat negara tersebut mempunyai keyakinan tinggi terhadap ekonomi negara ini di bawah pimpinan perdana menteri.
  
Selain itu, Rais berkata menerusi gagasan 1Malaysia yang dicetuskan Najib juga, semua rakyat menikmati pelbagai bantuan kebajikan tanpa mengira kaum seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia dan Bantuan Awal Persekolahan.
  
Pada majlis itu, Rais turut menyampaikan sumbangan kepada beberapa badan bukan kerajaan dan masyarakat Cina daerah Jelebu membabitkan peruntukkan berjumlah RM130,000. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.