Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TERSILAP CAKAP KOT

Ismail Sabri bukan rasis

  • Dr Suleiman Mohamad Dr Suleiman Mohamad
1 / 1
SHAH ALAM - Majlis Pemikir Muda (Pemikir) mempertahankan sekeras-kerasnya kenyataan Menteri Pertanian Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri yang menyelar golongan pemborong dan peniaga   tamak dengan tidak menurunkan pelbagai harga keperluan dan barangan walaupun kadar harga petrol  sudah turun.

Pengerusinya,  Datuk Seri Dr Suleiman Mohamed mendakwa, selama ini kuasa pemborong dan peniaga berada dalam tangan bangsa Cina dan apa yang dibuat oleh Ismail Sabri sangat tepat memandangkan  beliau tujukan perkara itu terus kepada pihak bertanggungjawab.

Katanya, isu pedagang dan pembekal  barang keperluan yang memang kebanyakannya  dimonopoli  kaum Cina mesti diselesaikan dengan tegas dan cepat kerana rakyat tidak mendapat manfaat daripada penurunan harga barangan serta keperluan.

“Dalam hal ini tidak ada unsur perkauman. Ini adalah isu pedagang dan pembekal. Dan memang kebanyakannya adalah bangsa Cina. Adakah usaha mendesak  pembekal Cina menurunkan  harga barangan mereka itu dianggap perkauman?

“Ini usaha yang memang perlu dibuat oleh seorang pemimpin yang meletakkan kepentingan rakyat dan pengguna melebihi kepentingan peribadi. Ismail Sabri pastinya tahu risiko yang bakal diambil tetapi beliau lakukan itu demi kepentingan semua rakyat.

“Jika pemborong atau peniaga ini akur untuk menurunkan harga barangan mereka, pastinya semua pengguna termasuk yang berbangsa Cina , India dan lain-lain kaum akan menikmati kebaikannya, “ katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Ismail Sabri dilaporkan membuat kenyataan berkaitan boikot peniaga Cina yang menjadi viral di laman sosial.

Beliau berkata, kenyataan yang dibuat sebenarnya bertujuan meminta rakyat menggunakan kuasa dan hak mereka sebagai pengguna bagi menekan peniaga yang mengaut keuntungan berlebihan.

ARTIKEL BERKAITAN: [ Ismail Sabri perjelas isu boikot peniaga]

Sementara itu, Dr Suleiman menambah, Pemikir Muda tetap berdiri teguh di belakang Ismail Sabri dalam hal ini.

“Tindakannya bukan membuta tuli. Dia berani menyatakan kebenaran.

“Ini kerana usaha dan  teguran keras yang beliau lakukan adalah untuk manfaat semua rakyat, tidak mengira bangsa, agama dan kedudukan,” katanya lagi.

YANG BUKAN KEKAS PEMUDA UMNO TAK MARAH KEW ?

Boikot: Bekas Pemuda Umno kesal kenyataan MCA

  • Bekas Pergerakan Pemuda Umno Malaysia membuat sidang media berkenaan isu harga barangan yang dikeluarkan oleh Ismail Sabri telah dipolemikkan dengan hangat di media sosial baru-baru ini. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI Bekas Pergerakan Pemuda Umno Malaysia membuat sidang media berkenaan isu harga barangan yang dikeluarkan oleh Ismail Sabri telah dipolemikkan dengan hangat di media sosial baru-baru ini. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI
1 / 1
KUALA LUMPUR - Bekas-bekas Pemuda Umno hari ini menyatakan solidariti mereka kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai isu boikot kepada para peniaga yang enggan menurunkan harga.

Bercakap pada sidang media, jurucakap kumpulan itu, Datuk Zulkifli Alwi berkata, mereka terpanggil untuk memberikan sokongan kepada Ismail Sabri  kerana yakin pemimpin itu memperjuangkan sesuatu yang benar.

"Ismail Sabri adalah seorang rakan akrab yang telah lama berjuang bersama-sama demi agama, bangsa dan negara.

"Kenyataan beliau bertujuan membela nasib rakyat terbanyak dalam soal harga barangan yang seharusnya diturunkan sejajar dengan pengurangan harga minyak.

"Bayangkan kalau harga barangan diturunkan, bukankah masyarakat Cina juga akan menikmati kadar pengurangan barangan tersebut lagi-lagi dah nak raya Cina ini.

"Sehubungan itu, kami bukan sahaja sangat kesal tetapi berasa amat marah terhadap kenyataan berbaur kecaman yang dilemparkan terhadap beliau oleh pelbagai pihak, khususnya para pemimpin parti MCA termasuk ketua Pergerakan Pemudanya," katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, mereka sangat kesal dengan tindakan MCA yang tergamak untuk 'bersama' parti pembangkang dalam menyuarakan isu ini.

"Kami sama sekali tidak dapat menerima apabila MCA tergamak senada dan seirama dengan parti pembangkang yang adalah jelas dan nyata seteru politik kepada Umno dan BN.

"Pada hemat kami sudah terang lagi bersuluh, wajah sebenar MCA dan para pemimpinnya  dalam konteks hubungan sesama parti komponen BN kini amat terserlah.

"Sebenarnya sekian ramai ahli-ahli Umno di akar umbi sangat terguris dengan tindak tanduk MCA yang kadangkala lebih chauvinist daripada parti-parti pembangkang," katanya.

NAK TENGOK APA SUDAHNYA, HANYA 48 JAM (DUA HARI)

Diberi 48 jam mohon maaf
  • Koo Ham (tiga, kiri) bercakap kepada pemberita pada sidang media di pejabat DAP Perak, semalam. Koo Ham (tiga, kiri) bercakap kepada pemberita pada sidang media di pejabat DAP Perak, semalam.
1 / 1
IPOH - Datuk Ngeh Koo Ham memberikan tempoh 48 jam kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memohon maaf dan menarik balik dakwaan bahawa beliau mempunyai syer dalam rangkaian kopitiam, Old Town White Coffee.

Ahli Parlimen Beruas itu berkata, tuduhan itu dibuat tanpa penelitian dan semakan dengan pihak berkaitan.

“Tidak pernah dalam seumur hidup saya, ada pegangan Old Town White Coffee. Semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) membuktikan saya tidak mempunyai apa-apa pegangan dalam syarikat itu.

“Apa yang pasti, ia dimiliki Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad, Amanah Raya Trustee Berhad, Maybank Nominees (tempatan) Sdn Bhd, RHB Capital Nominees (tempatan) Sdn Bhd, Citicorp Nominees (tempatan) Sdn Bhd, Hong Leong Assurance Berhad dan lain-lain lagi,” katanya pada sidang media di Wisma DAP negeri.

Ahad lalu, Ismail Sabri dalam status Facebooknya mempersoalkan sikap pengguna Melayu masih makan di kedai milik kaum Cina yang diragui status halal walaupun terdapat restoran Melayu lain.

NO MINTA MAAF BISNES

Saya tidak akan minta maaf

KUALA LUMPUR - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan tidak akan menarik semula atau meminta maaf berhubung kenyataannya kepada peniaga Cina yang tidak menurunkan semula harga barang walaupun harga minyak telah turun.

Katanya, kenyataan berkenaan merujuk kepada mereka yang tidak menurunkan harga barang, bukannya peniaga Cina secara keseluruhannya.

"Jika ada orang tanya saya hendak tarik semula atau mohon maaf, jawapannya saya tidak akan tarik balik.

"Saya bercakap mengikut kuasa pengguna, jadi tiada keperluan untuk saya tarik atau minta maaf atas kenyataan itu," katanya pada sidang media solidariti terhadap dirinya, di Riverside Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri memberi penjelasan di laman sosial Facebook miliknya berhubung status berkaitan boikot peniaga Cina yang kemudiannya menjadi viral di media sosial.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, beliau sedia memberikan kerjasama kepada pihak polis berhubung kenyataannya itu.

"Saya belum beri keterangan lagi. Polis hanya jalankan tanggungjawabnya, jadi saya akan beri kerjasama.

"Tarikhnya akan ditetapkan kemudian. Tunggu waktu yang sesuai dan saya akan beri kenyataan," katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, beliau tiada masalah dengan kepimpinan MCA sebaliknya parti itu membuat kenyataan yang menyerang dirinya.

"Saya tidak jawab pun kenyataan itu.

"Dalam BN, kita ada prinsip. Kalau ada masalah kita berbincang sesama sendiri. Bukan menyerang sebegini," katanya.

Baru-baru ini, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon yang sepakat dengan Ketua Dapsy Malaysia, Teo Kok Seong agar Ismail Sabri disingkir dari jawatannya selepas mengeluarkan kenyataan mengenai peniaga Cina.

BAIK SANGKA JE LA

4/02/15

Mesyuarat Pakatan ditetapkan 8 Februari dengan kehadiran Hadi, kata Mustafa Ali

Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat (PR) akan diadakan pada 8 Februari ini selepas kata sepakat dicapai dalam pertemuan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini.

Mustafa berkata, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka akan turut hadir dalam mesyuarat PR kali ini.

"Kita sudah mencapai kata sepakat untuk mengadakan mesyuarat ini selepas mesyuarat PAS Pusat yang diadakan pada paginya di pejabat agung PAS," kata Mustafa kepada The Malaysian Insider.


Mesyuarat PR akan diadakan di Kuala Lumpur pada jam 2.30 petang itu diadakan selepas gabungan PKR, DAP dan PAS itu sudah lama tidak bermesyuarat berikutan kemelut jawatan menteri besar Selangor.

Kali terakhir mesyuarat PR diadakan pada Oktober lepas, tetapi Hadi tidak menghadirinya.

Presiden PAS itu juga sudah lama tidak menghadiri mesyuarat PR sejak setahun lalu.

Mustafa menemui Anwar di Ibu Pejabat PKR tengahari tadi bersama-sama Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifudin Nasution Ismail dan juga Setiausaha Sekretariat PR Mohamad Shabrimi Sidek bagi merintis mesyuarat gabungan parti pembangkang itu selepas tidak berjalan sekian lama.

Mustafa sebelum ini sendiri terlibat dengan perang media bersama pimpinan DAP, termasuk mencabar Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng untuk berdebat dengan beliau dalam isu pilihan raya hudud dan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Sehingga hari ini, Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang masih belum menjawab cabaran Mustafa.

Selepas itu Mustafa mencetuskan kontroversi dengan PKR pula apabila mengatakan PR akan menjadi lebih kuat sekiranya Anwar dipenjarakan pada 10 Februari nanti apabila Mahkamah Persekutuan membuat keputusan mengenai kes liwat terhadap bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Ini menyebabkan Saifuddin yang sebelum ini merupakan setiausaha agung PKR menggesa Mustafa agar tidak melupakan jasa-jasa Anwar sehingga PR berjaya menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional di Parlimen dalam Pilihan Raya Umum 2008 dan 2013.

Mustafa bagaimanapun memohon maaf dan berkata kenyataannya mengenai Anwar disalah tafsir wartawan yang membuat liputan.

Ketika ditanya mengenai hari ini, Mustafa berkata Anwar memberi jaminan isu-isu berbangkit di antara parti komponen PR akan dibincangkan pada 8 Februari nanti.

DAP hari ini memberikan komitmen akan menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan PR membincangkan isu-isu yang masih tidak selesai antara mereka sekiranya PAS juga memberikan komitmen yang presidennya akan menghadiri mesyuarat itu, kata Anthony Loke.

Bagaimanapun, setiausaha organisasi DAP itu berkata Lim tidak akan memohon maaf kepada Mustafa berhubung pertikaian di antara kedua-dua pemimpin itu sebelum ini.

"Soal mohon maaf tidak timbul, DAP akan hadir mesyuarat Majlis Pimpinan PR dengan kehadiran presiden PAS.

"Saya ingin menegaskan yang soal perlunya Lim Guan Eng memohon maaf kepada Mustafa tidak timbul sama sekali. DAP tidak akan dan tidak pernah tunduk kepada apa-apa tekanan daripada mana-mana pihak," kata ahli Parlimen Seremban itu dalam satu kenyataan hari ini.

Sekretariat PR dalam satu kenyataan malam ini mengesahkan tentang mesyuarat Ahad ini.

"Sekretariat percaya ini akan seterusnya mengukuhkan persepakatan semua parti dalam Pakatan Rakyat," kata Shabrimi.- TMI

Cameron Highland Dah Parah Kata Muhyiddin.

Masa BN perintah la kalo nak buat apapuuuuuun !

[EKSLUSIF] Bapa Syuhada Tampil Jelaskan Punca Tragedi


Jitra: Bapa kepada pelajar wanita yang maut akibat dikelar seorang lelaki semalam pernah membuat laporan polis mengenai anaknya yang sering diganggu lelaki itu sejak di Tingkatan Lima.
Johari Hashim berkata, pemuda berkenaan adalah rakan sekampung anaknya dan pernah meluahkan hasrat untuk menjalin hubungan serius dengan anaknya.

Namun beliau berkata, mereka sekeluarga menghalang hasrat pemuda itu kerana dia disyaki menagih dadah.

"Anak saya hanya berkawan biasa. Tetapi dia mahu mengadakan hubungan serius. Anak saya pernah beritahu kami, lelaki itu selalu mengganggunya. Saya pernah telefon dan hantar SMS kepada dia supaya jangan ganggu anak saya.

"Saya juga pernah membuat laporan polis empat tahun lalu. Apabila dia bekerja di Melaka, saya ingatkan dia sudah berhenti ganggu anak saya kerana anak saya tidak lagi bercerita mengenainya," katanya kepada pemberita.

Anaknya Nursyuhada, 20, penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang maut selepas dipercayai dikelar seorang lelaki di Kilometer 228.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang, Perak semalam.

Johari berkata, namun selepas itu, anaknya memberitahu lelaki berkenaan masih mengganggunya.

Beliau berkata, keluarga pemuda itu mengetahui kelakuannya yang pernah bertindak ganas memecahkan pintu rumahnya di Taman Hosba di sini.

Beliau berkata, pemuda berkenaan pernah melarikan anaknya dengan kereta sebelum ini tetapi mereka sekeluarga menemuinya semula.

"Saya sangat terkejut apabila rakan kelas anak saya menghubungi isteri saya dan memberitahu anak saya akan dicederakan sekiranya anak saya tidak mahu menaiki kereta lelaki itu.

"Isteri saya cuba menghubunginya anak saya beberapa kali, tetapi panggilan telefonnya tidak dijawab. Saya juga menghubungi ibu bapa pemuda itu meminta mereka menghubungi anak mereka untuk membawa pulang anak saya," kata Johari.

Beliau berkata, bapa lelaki itu kemudian menghubungi anaknya dan memaklumkan kepada Johari anaknya sudah mengelar leher Nursyuhada.

Beliau juga kesal kerana lelaki itu dilapor memberitahu pihak polis bahawa dia melakukan perkara itu kerana mengalami sakit mental.

Johari berkata, kali terakhir beliau bertemu anaknya ialah pada awal bulan lalu ketika menghantar anaknya di perhentian bas Shahab Perdana, Alor Setar untuk pulang ke kampus.

Nursyuhada yang meninggal di Hospital Kuala Kangsar dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cherok Mokkan pagi tadi -BERNAMA

Kenyataan Media: Usah Salahkan Peniaga Cina, Atasi Kelemahan dan Kemalasan Kerajaan


1. PAS menyatakan kekesalan terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di laman sosial Facebook yang menyeru seruan boikot kepada perniagaan kaum Cina. Kenyataan sebegini sungguh tidak bertanggungjawab dan berunsurkan perkauman yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia. Sungguh mengecewakan apabila kenyataan sebegini dikeluarkan oleh seorang pemimpin yang bertaraf menteri kabinet.

2. Adalah tidak wajar jika seruan boikot dibuat kepada peniaga kaum Cina sedangkan masalah harga barang yang tidak turun ini berpunca daripada kegagalan pihak kerajaan sendiri untuk menguatkuasakan undang-undang sedia ada. Usahlah kerana ingin menutup kelemahan sendiri, orang lain pula yang menjadi mangsa.

3. PAS menuntut pihak kerajaan sendiri yang menunjukkan contoh tauladan dalam menurunkan harga barang kawalan yang di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan iaitu harga gula, tepung gandum, minyak masak dan gas memasak. Seiring dengan itu, tarif elektrik dan tambang pengangkutan awam wajar diturunkan oleh pihak kerajaan kerana kos penjanaannya sudah turun.

4. Apabila barang kawalan ini diturunkan harga pasti ia dapat meringankan bebanan kos sara hidup yang ditanggung oleh sekalian rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Sehingga ke hari ini, kerajaan tidak pula menyatakan hasrat untuk menurunkan harga barang di bawah kawalan mereka. Adakah ini bermakna Datuk Seri Ismail Sabri ingin menyeru rakyat agar memboikot kerajaan Malaysia pula yang gagal menurunkan harga barang kawalan.?

5. Pihak kerajaan perlu bertindak dengan lebih proaktif,agresif dan bersepadu dalam menguatkuasakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010. Akta tersebut bertujuan untuk melindungi pengguna daripada peniaga yang menjual barang dengan harga yang tinggi dan tidak munasabah, dengan tujuan untuk mengaut keuntungan yang berlebihan. Peranan Majlis Penasihat Harga yang berfungsi untuk menasihati Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan perlulah diperkasakan lagi agar penilaian harga barang dapat dibuat mengikut keadaan semasa.

6. PAS turut menyeru agar pihak kerajaan dan para peniaga berusaha untuk melaksanakan kempen penurunan harga barang. Tatkala harga minyak petrol dinaikkan, harga barang turut dinaikkan atas faktor peningkatan kos pengeluaran dan pengangkutan. Jadi, mengapa pula ketika harga petrol sudah jatuh, harga barang masih kekal di paras yang sama.?

Dato’ Mahfuz Omar,
Ketua Penerangan PAS
Label GST haram: Adun buat laporan polis

  • Ketua Pembangkang Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid Ketua Pembangkang Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid
1 / 1
BUTTERWORTH - Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid hari ini membuat laporan polis terhadap seorang guru agama, yang didakwa menyatakan Sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah haram bagi orang Islam ketika menyampaikan kuliahnya di Masjid Bagan Lebai Tahir di sini pada Jumaat lepas.

Jahara yang juga AdunTeluk Air Tawar berkata, laporan polis itu dibuat di Balai Polis Teluk Air Tawar kerana kenyataan guru agama berkenaan pada kuliah Maghrib itu boleh menimbulkan kekeliruan mengenai pelaksanaan GST.

"Saya menerima aduan daripada seorang anggota kariah masjid itu yang mendakwa ustaz berkenaan dalam kuliahnya menyatakan CBP haram dikenakan ke atas orang Islam dan hanya boleh dikenakan ke atas orang bukan Islam.  
  
"Kuliah yang disampaikan ustaz itu bercanggah dengan penjelasan Hukum Islam mengenai GST yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengenai pelaksanaan GST di Malaysia," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
  
Jahara turut mendesak Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang menyiasat syarahan ustaz berkenaan dalam kuliah Maghrib itu.
  
"Saya mohon pihak berkuasa Agama Islam Pulau Pinang memastikan masjid dan surau di negeri ini tidak digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk menimbulkan kekeliruan dan keraguan dalam kalangan orang Islam," katanya. - Bernama

WOW BERANINYA DIA !

Tuesday, February 3, 2015

Padan muka kau Ketua Polis Negara !

“Is he warning all of us?

“For if he is, let me tell him, don’t play the fool with me. Don’t warn or threaten us,” Gobind said in a statement.

Padan muka kau Ketua Polis Negara.. Kau ingat rakyat bodoh macam menteri Umno? .. Kau ingat kau boleh buat rakyat macam kau.. jadi barua Umno BN? .. Kau jangan buat-buat tak tau, ramai yang pakai uniform polis tu .. SETAN..!  Kau ingat rakyat bacul macam kau? Hello Khalid, kes polis sial perasuah ni .. kenapa engkau buat buta macam bangkai..? Sorry la .. Kerajaan Rakyat dapat rasakan, kes pembunuhan Altanttuya ni.. Najib dan Rosmah terlibat sama.. itulah sebabnya Ketua Polis Negara takut sangat nak siasat.. dan kalau siasatpun .. ala kadar jer.. macam haramjadah !
PETALING JAYA: The MP for Puchong has taken on the Inspector General of Police for warning people against asking any more questions regarding police investigations into the murder of Altantuya Shaariibuu.

In a statement, Gobind Singh Deo said members of the public, as well as journalists, lawyers and even DAP elder Lim Kit Siang wanted to know the motive behind her murder, something that was never revealed yet resulted in the conviction of two men who have since been sentenced to death by hanging.

Saying Khalid Abu Bakar did not have the right to warn anyone from asking any more questions about the murder, Gobind added, “I am a Member of Parliament. It is my duty to question and Khalid can rest assured, I will continue to question.”

He also insisted, that as IGP, Khalid had to “learn to respect” the people’s right to know the truth, and as such was duty bound to answer.

“So I ask him to state again. Did the police probe motive for the killing of Altantuya Shaariibuu?

“If no, why not?. If yes, do the police know who directed her killing and why?” Gobind asked.

He also said, “If the IGP cannot take the pressure of questions any longer, and if he thinks he can get me for asking, for carrying out my duties as MP, l dare him to come. I will take him on.”

Mongolian Altantuya was shot in the head, then blown up with C4 explosives in 2006. Her former lover Abdul Razak Baginda was acquitted without his defence being called and no motive was established or revealed as to why convicted killers, Chief Inspector Azilah Hadri and Corporal Sirul Azhar Umar of the Special Action Unit (UTK) would have wanted to see her dead.
 
Copy dari Kerajaan Rakyat
Askar Jepun bersembunyi selama tiga dekad

  • Onoda Onoda
1 / 1
BELIAU dikenali kerana sifat taat setianya berjuang untuk maharaja Jepun dan menjadi tentera terakhir yang bersembunyi di dalam sebuah hutan di Filipina walaupun Perang Dunia Kedua telah tamat. Hiroo Onoda bersama tiga lagi rakan seperjuangannya tetap mematuhi arahan pegawai atasannya selama hampir tiga dekad selepas dikerah ke Lubang pada 1944.
 
Kehidupan Awal

Onoda dilahirkan pada 19 Mac 1922 di perkampungan Kamekawa, daerah Kaiso di wilayah Wakayama, Jepun.

Beliau berasal daripada keturunan samurai dan bapanya pernah berkhidmat dalam unit tentera berkuda, namun terkorban dalam pertempuran di China pada 1943.

Ketika berusia 17 tahun, Onoda bekerja dengan syarikat perdagangan Tajima Yoko di Wuhan, China sebelum menyertai Tentera Infantri Imperial Jepun setahun kemudian. 

Dikerah ke Filipina

Onoda dilatih sebagai pegawai risikan di kelas komando Futamata sebelum dikerah ke Pulau Lubang di Filipina pada  26 Disember 1944.

Beliau diarahkan supaya menangkis serangan musuh termasuk memusnahkan landasan pesawat dan dermaga di pelabuhan di pulau tersebut.

Selain itu, beliau juga tidak dibenarkan menyerah diri dalam apa jua keadaan sekalipun.

Ketika tiba di pulau tersebut, Onoda menyertai sekumpulan tentera Jepun lain, namun beberapa pegawai dalam pasukan terbabit bertindak menghalang beliau daripada melaksanakan tugasnya.

Tindakan itu, bagaimanapun telah memudahkan misi Amerika Syarikat dan pasukan Komanwel Filipina untuk menawan pulau tersebut selepas mereka mendarat pada 28 Februari 1945.

Onoda yang telah dinaikkan pangkat sebagai leftenan bertindak mengarahkan anggotanya supaya lari bersembunyi.


Terus bersembunyi

Onoda bersama tiga anggotanya terus bersembunyi di kawasan hutan terbabit dan mereka melancarkan perang gerila selama beberapa tahun kerana masih tidak percaya peperangan telah tamat.

Kesemua mereka enggan menyerah diri walaupun telah diarahkan berbuat demikian menerusi beberapa risalah yang turut mengesahkan kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua pada 1945.

Pada Disember 1959, Tokyo akhirnya mengisytiharkan kesemua mereka sudah meninggal dunia selepas gagal mengesan Onoda bersama tiga anggotanya.

Bagaimanapun, pada 1972, beliau terlibat dalam insiden berbalas tembakan dengan tentera Filipina hingga menyebabkan rakan seperjuangannya maut, namun Onoda sekali lagi berjaya melarikan diri.

Serah diri selepas tiga dekad

Selepas bersembunyi selama tiga dekad, Onoda telah bertemu dengan seorang warga Jepun, Norio Suzuki yang berhasrat untuk menjejakinya pada Februari 1974.

Onoda masih enggan menyerah diri walaupun Suzuki sudah memujuknya dan menjelaskan bahawa peperangan sudah berakhir.

Beliau menegaskan hanya akan berbuat demikian jika menerima arahan daripada pegawai atasannya.

Suzuki kembali semula ke Jepun bersama beberapa keping gambar sebagai bukti dan kerajaan segera menjejaki bekas pegawainya, Mejar Yoshimi Taniguchi yang telah bersara dan menjadi penjual buku.

Taniguchi diterbangkan ke Lubang pada 9 Mac dan bertemu dengan Onoda untuk memenuhi janji yang telah dibuat pada 1944, ‘Walau apa jua berlaku, kami akan kembali mencari kamu’.

Onoda akhirnya menyerah diri dan beliau turut mendapat pengampunan daripada Presiden Filipina, Ferdinand Marcos.

Berhijrah ke Brazil

Beliau mendapat tumpuan banyak pihak dan namanya terus menjadi sebutan selepas Onoda kembali ke Jepun.

Pada April 1975, beliau memutuskan untuk mengikut jejak langkah abangnya yang berhijrah ke Brazil.

Onoda melangsungkan perkahwinan kira-kira setahun selepas itu dan menjadi pemimpin masyarakat Jepun di Terenos, Mato Grosso do Sul.

Bagaimanapun, beliau kembali semula ke Jepun pada 1984 susulan kes seorang remaja yang bertindak membunuh ibu bapanya dengan kejam pada 1980.

Susulan daripada kejadian menggemparkan itu, Onodoa menubuhkan kem pendidikan Onoda Shizen Juku yang dikhaskan untuk golongan remaja di beberapa lokasi di seluruh negara.

MUSTAFFA ENGGAN ULAS

Mustafa enggan ulas 'perang' antara Pas, DAP

  • Mustafa Ali Mustafa Ali
1 / 1
SHAH ALAM - Pas hari ini enggan mengulas mengenai kekeruhan perhubungan Pas dan DAP yang seakan menemui titik buntu dalam PR.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi Sinar Online berkata, buat masa sekarang pihaknya masih tidak boleh memberikan  penjelasan terhadap kekeruhan yang dialami Pas dan DAP.

Katanya, segalanya mungkin akan diselesaikan menerusi pertemuan ketiga pemimpin PR yang akan berlangsung tidak lama lagi.

“Apa yang penting, buat masa sekarang kami (Pas, DAP) masih berada dalam PR.

“Nantilah.. Bila semua (pertemuan) sudah selesai, baru kita boleh bercakap mengenai hal ini. Sekarang saya tak boleh cakap apa-apa lagi," katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Sebelum ini, Mustafa dalam satu kenyataan berkata, isu perbalahan antara pemimpin Pas dengan DAP berhubung pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang bakal diselesaikan dalam satu pertemuan.

Tambah Mustafa, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai 'orang tengah' untuk menyelesaikan perkara itu dalam masa terdekat.

[ARTIKEL BERKAITAN: Isu PBT: Mustafa mahu jumpa Anwar segera]

Mustafa juga enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai andaian NGO Ikatan Muslimim Malaysia (Isma) yang mendakwa DAP cuba menakluki seluruh negara menerusi PBT.

"Hal itu saya tak mahu komen. Itu hal dia (Isma) untuk keluarkan kenyataan. Kita tak ada kena mengena," tegasnya.

DI CULIK SEBELUM BUNUH

Susulan Kes Nur Syuhada: Keluarga Dakwa Beliau Diculik Sebelum Dibunuh


Kuala Kangsar - Pelajar sebuah IPTA yang maut dikelar didakwa diculik terlebih dahulu sebelum suspek membunuhnya, demikian Sinar harian melaporkan.

Salah seorang ahli keluarga dan rakan Nur Syuhada ada menghubungi ibunya, memaklumkan mangsa dilarikan lelaki berusia 25 tahun itu.

Ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, suspek menaiki kereta dan masuk ke kawasan kampus lalu menghunus pisau kepada mangsa serta memaksa mengikutnya kira-kira jam 11.00 pagi.

“Rakan-rakan melarangnya mengikut lelaki itu tetapi mungkin semasa kejadian dia berfikir boleh menenteramkan suspek,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar, semalam.

Munurut laporan akhbar, Nur Syuhada yang juga pelajar tahun satu Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, telah disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar kira-kira jam 2 petang semalam selepas dia dipercayai dikelar di bahagian leher dipercayai teman lelakinya dalam kejadian di Kilometer 228.2 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan di Bukit Gantang.

Seorang saksi, Md Ikhbal Ahmad berkata, dalam kejadian jam 11.55 pagi itu, dia yang dalam perjalanan dari Pokok Assam ke Ipoh telah melihat sebuah kereta jenis Proton Perdana warna hitam diletakkan di bahu jalan lebuh raya.

Menurutnya, kelihatan seorang perempuan telah keluar dari kereta terbabit melalui pintu pemandu dan kemudian jatuh ke jalan.

“Dalam masa yang sama, kelihatan seorang lelaki turut keluar dari kereta berkenaan dan menarik mangsa ke bahagian tepi besi penghadang jalan.

“Namun selepas itu, lelaki berkenaan bertindak melarikan diri dan masuk ke hutan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Tambahnya, dia kemudian memberhentikan motosikal ditunggang dan melihat ramai orang awam turut berhenti menyaksikan kejadian terbabit.

“Ketika itu, kelihatan terdapat kesan leher mangsa telah dikelar dan tidak lama selepas itu kelihatan lelaki berkenaan muncul semula dan terus membuka pintu kereta dan mengambil sebuah telefon bimbit.

“Kedengaran lelaki berkenaan telah menelefon seseorang dan berkata, “minta maaf dan dia telah buat silap”,” katanya.

Mengulas lanjut, saksi berkenaan berkata, dia juga agak terkejut selepas mendengar lelaki berkenaan mengeluarkan kata-kata ‘’Dia tak mampus lagi ke?”

“Orang ramai yang berada di tempat kejadian juga mula curiga dengan lelaki berkenaan dan bertindak memukulnya lalu menyerahkannya kepada polis peronda yang sampai di tempat kejadian,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.

“Siasatan awal mendapati suspek berusia 25 tahun itu disyaki mempunyai masalah mental dan telah berkawan dengan mangsa.

“Dalam masa yang sama, polis turut menjumpai sebilah pisau lipat yang dibuang mangsa di bawah bukit tepi lebuh raya.

“Suspek telahpun ditangkap dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.




LIM GUAN ENG BOLEH DIANGGAP MENGHINA MB KELANTAN

Guan Eng bersikap 'tak manis'
  • Dr Azman Dr Azman
1 / 1
KUALA TERENGGANU – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersikap ‘tidak manis’ terhadap Kerajaan Pas Kelantan berhubung dakwaannya yang disifatkan merendah-rendahkan kredibiliti kerajaan negeri itu dalam isu pengurusan bencana banjir yang melanda negeri yang digelar Serambi Makkah itu baru-baru ini.

Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pas Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, bukan itu sahaja, dakwaan Guan Eng bahawa Kerajaan Kelantan tidak pandai buat kerja boleh dipersoalkan kerana tiada sebarang pertemuan atau perbincangan dibuat antara beliau dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berhubung isu banjir tersebut.

“Setakat dimaklumkan, dia tidak jumpa menteri besar tetapi jumpa NGO. Sepatutnya untuk dapatkan maklumat secara terperinci dia perlu berjumpa dengan rakan sejawat. Kalau ada cadangan kukuh, terus kepada Kelantan.

“Bagi saya tidak manis ketua kerajaan merendah-rendahkan kerajaan yang lain. Sepatutnya dapatkan maklumat terperinci lagipun kedua-dua kerajaan itu sama-sama PR,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Dalam laporan sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menganggap kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terhadapnya yang dianggap tidak pandai buat kerja dalam menangani krisis banjir baru-baru ini sebagai tuduhan berat.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.