Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Curi Balak di Perak Berleluasa ?

Salam

Oooo ! Bagi Zambry memerintah kerana nak mencuri balak ye !

APA SUDAH JADI DENGAN PEMERINTAHAN BN DI PERAK ? PANDAI SANGAT TADBIR NEGERI ATAU MENGHASILKAN PENYAMUN BALAK DI PERAK ? SIAPA MAHU JAWAB ?

Tidaklah salah jika kita katakan BN/UMNO mengambil alih kuasa di Perak ada tujuan untuk menggondolkan negeri Perak dari hasil hutan kayu balak, Karam Singh Warier mengapa sunyi sepi ? Zambry boleh tolong jelaskan ? Jika kerja menyamun balak kat kawasan Grik tu halal mengapa jabatan hutan nak sita kayu balak tu ?

Kerja siapa semua ini ? Pak Karamu tak percaya semua kerja ini di lakukan oleh agen-agen UMNO/BN sebab ramai blogger UMNO kata mereka ni baik-baik orangnya, mereka ikhlas, mereka telus dan merekalah yang kata jika PR memerintah nanti PR nak jual negeri dengan kominis dan entah apa lagi yang busuk-busuk

Sekarang boleh blogger UMNO/BN tolong jawab, jika tak jawab sah lah UMNO/BN yang suka membuat kerosakan di ats muka bumi ini


Lompat masuk DAP

Salam

BN Sarawak bertambah Tenat apabila Ahli Majlis Tertinggi SUPP Wong Chin Yong melompat dari Parti itu menyertai DAP/PR dan sekali gus menjadi ahli seumur hidup DAP serta menjelaskan yuran RM 100

Di Sarawak yang tidak berapa lama lagi akan mengadakan pilihanraya negeri tersentak dengan penyertaan Wong kedalam DAP/PR dan di beritakan ramai lagi yang akan menyertai DAP dalam waktu yang terdekat ini

Buat masa ini BN Sarawak begitu aktif menarik keahlian DAP/PR ke dalam BN namun apa yang berlaku adalah sebaliknya ini menyebabkan BN tersentak keciwa dengan sikap penduduk Sarawak dan BN Sarawak di katakan berada dalam kecemasan tambah lagi isu kalimah ALLAH yang menghantui BN keseluruhannya

Di Semenanjung ada berita yang mengatakan jika PR menang di sana maka BN/UMNO di semenanjung akan mengikut jejak Sarawak tambahan lagi pemuda UMNO dalam krisis dalaman dan mungkin mereka akan terus berpecah


APA YANG TELAH BERLAKU DI AFGHANISTAN ?

Salam

TERKINI


TERKINI APA YANG TELAH BERLAKU DI AFGHANISTAN ? BERAPA JUMLAH TENTERA AMERIKA DI BUNUH DAN BERAPA ORANG PULA MATI DI PEHAK TALIBAN ?

TOK PA KHIANATI RAKYAT KELANTAN

Salam

APABILA CERITA ROYALTY MINYAK TERBONGKAR MAKA TAHULAH KITA SIAPA YANG MENIPU RAKYAT KELANTAN SEBENARNYA, SAMPAI JUGA HATI ORANG MELAYU NI MENYEKSA ORANG MELAYU YEK !

SEMANGAT MELAYU HANYA ADA PADA ORANG UMNO YEK, BARU LA TAHU YANG ORANG UMNO NI MEMANG KUAT MENIPUUU ! TERIMA KASIH KU LI, TERIMA KASIH TUN SALEH ABBAS,

OH ! UMNO NIH JAHAT SUNGGUH !

Walaupun Exconya Tak Suka Tapi

Salam

KHAIRY PERDANA MENTERI MALAYSIA

Walaupun Khairy Jamaluddin tidak di sukai oleh Pemuda UMNO tapi sebenarnya dia di sukai oleh bahagian , cawangan , putra dan juga wanita JUGA putri UMNO, jadi jika dia mahu mengejar cita-citanya mahu jadi Perdana Menteri maka dari sekarang dia mesti bergerak dan mengatur rancangannya ke arah tersebut pokoknya ada fulus

Tengku Razaligh Akan Di Pecat ?

Salam

Katalah lagi kelantan macam-macam wahai cengkadak UMNO

KELANTAN NEGERI TERKAYA DALAM MALAYSIA, HA LOBANG SUDAH PECAH !

GARA-GARA BERSEKONGKOL DENGAN PAS ATAS MENYATAKAN KEBENARAN MAKA ADA KEMUNGKINAN DIA DI PECAT, ADAKAH TENGKU YANG PECAH LUBANG MENGATAKAN MINYAK DI SEMPADAN KELANTAN TRENGGANU SUDAH DIGERUDI DAN TELAH MENGELUARKAN HASIL BERBILON-BILION RM SEJAK TAHUN 84 LAGI

ADUUUUUS ! BANYAK JUMLAH YANG DI SAMUN TU, KALAU CAM TU KELANTAN LEBIH KAYA DARI TRENGGANU, HA BILA LAGI NAK TUNTUT, JANGAN CAKAP JE

Ha Ha Pemuda UMNO Bergolak

Salam

Di katakan Khairy Jamaluddin anti Najib, 75 % Exco Pemuda gesa Ketuanya Khairy Jamaluddin meletakkan jawatan, di katakan Timbalannya sendiri yang menggesanya dengan cara terus terang tanpa selindung supaya meletakkan jawatannya sebagai ketua Pemuda UMNO Malaysia

Dulu Pak Karamu dah bilang keliling Najib banyak onak dan duri, Haa ! ada skor lagi yang sangat bahaya, dia macam guntung dalam lipatan, sangat pandai bermuka-muka, ada ahli UMNO cop dia ular kepala dua, dia bagi nama Najib kelabu sebab buka rahsia hilang injin F5E

Tak habis-habis masalah politik orang melayu ni, dalam PAS ada hipokrit, dalam UMNO juga ada dalam PKR pun ada dalam blogger UMNO,PKR dan PAS juga ada itu sebab Pak Karamu nak cuba kali ketiga jadi caon lagi pada PRU 13 nanti, nak cari fulus kasi orang miskin makan

Rakyat Kelantan Bersatu ....

Salam

Berkata orang tua-tua apabila mereka sudah marah, jangan sampai mereka menadah tangan mengadu kepada Allah !

RAAYAT KELANTAN MENGADU KEPADA ALLAH

Rakyat Kelantan boleh bersatu dalam menuntut hak rakyat, cuma yang tak mahu bersatu adalah cengkadak-cengkadak yang sudah karat biru yang rakyat Kelantan belum lagi singkirkan secara menyeluruh, Kelantan yang di tindas kebiasaannya akan mengadu kepada Allah atas setiap kezaliman yang di lakukan oleh sesiapa saja dan kita tunggu apa pula bala yang akan sampai !!!

TAKUTLAH KAMU AKAN DO'A ORANG YANG DI ZALIMI

10 Hari Lagi Menentukan Perak

Salam

Tarikh 9 February adalah hari menentukan negeri Perak sama ada ia kekal sebagai negeri di bawah ketentuan mahkamah ataupun di bawah kuasa suara rakyat, di negara Malaysia hanya negeri Perak saja yang kuasa pemerintahannya di tentukan oleh mahkamah akibat peristiwa rampasan kuasa setahun lalu

9 February 2010 keputusan mahkamah persekutuan akan menentukan corak pemerintahan di negeri Perak sama ada mahu mengekalkan kuasa rakyat atau kuasa mahkamah, jika mengikut kehendak demokrasi maka DUN Perak wajib di bubarkan dan adakan semula pilihanraya untuk mendapatkan mandat rakyat

Negeri Perak tidak sepatutnya di sisihkan dengan corak pemerintahan cara demokrasi sebagaimana negeri-negeri lain di Malaysia kerana negeri Perak adalah sebahagian dari negeri-negeri dalam negara Malaysia dan tidak patut negeri Perak di jadikan negeri yang sumbang mengikut perlembagaan negeri dan negara

Andainya pembubaran DUN Perak tidak mendapat restu daripada perkenan sultan apabila ia di pohon oleh sesiapa juga pehak yang mahu mengembalikannya kepada sistem demokrasi maka negeri Perak boleh di anggap sebagai sebuah negeri yang amat malang di Malaysia dan ia di lihat sebagai negeri otokrasi dan menjijikkan

9 February adalah hari penentuan bagi Muhammad Nizar mengembalikan sistem demokrasi di negeri Perak andainya dia memenangi kesnya, dia tidak boleh membiarkan keputusan mahkamah untuk terus berkuasa seperti menteri Perak yang ada yang begitu bergantung harap kepada kuasa mahkamah untuk terus berkuasa

Buat masa ini negeri Perak MUNGKIN di nasihatkan supaya DUN tidak di bubarkan kerana sebab-sebab tertentu dan ia menselesakan bagi pehak-pehak yang tertentu namun ia telah merunsingkan pada pehak yang lain serta rakyat yang ingin sangat melihat negeri mereka aman dalam sebuah negeri demokrasi

Andainya nanti Muhammad Nizar yang menang dan DUN negeri Perak tidak di benarkan bubar maka ia juga di lihat sebagai tidak betul kerana suasana tidak berpuas hati tetap berterusan, dalam hal ini siapa pula akan di persalahkan ? Apa yang nyata ialah hanya kuasa sultan sahaja yang mampu membuat keputusan


Wang Ehsan RM 20 Juta ?

Salam

Wah wah ! rakyat Kelantang akan hidup mewah dengan wang ehsan petrolium, hu hu hu nasib kamu lah Kelantang Ooooi ! Banyok pitih tu ! Demikian kenyataan menteri JUARA RAKYAT

Terkini Kepala Babi ? Provokasi ?

Salam

TERKINI

DUA MASJID DI PJ DI LONTAR KEPALA BABI, ADAKAH DIA PROVOKASI ? Masjid tersebut adalah masjid Taman Dato Harun PJ dan masjid Al Imam Al Termizi Taman Sentosa

Juara Rakyat Tak Menjadi

Salam

UMNO DIKATAKAN JUARA RAKYAT TAPI TAK MENJADI, IA SATU SLOGAN YANG BASI LAGI HANCING

Sebagai juara rakyat, Apakah yang UMNO telah buat sekarang ? Tidakkah UMNO memahami bahawa rakyat sekarang sudah gelisah dengan menanggung berbagai bebanan hidup, Apakah UMNO tidak dapat merasakan kegelisahan rakyat yang semakin tertekan hidup mereka dengan berlbagai barang harian naik mendadak, kemudahan pelajar sekolah merunsingkan ibu bapa, di tambah lagi harga minyak yang akan naik menjadikan sara hidup akan melambung tinggi sedangkan pendapatan mereka tetap tidak berubah

UMNO Juara rakyat ? Apakah yang sedang dan akan di lakukan oleh UMNO untuk keselesaan hidup rakyat, nampaknya sekarang tidak ada apa-apapun, tak nampak bayangpun, malah pemimpin UMNO telah di tempelak oleh blogger UMNO kerana kebodohan mereka membuat kenyataan yang tidak kena tempat sebagai pemimpin juara rakyat ? Apakah orang-orang UMNO sendiri dapat menerima slogan juara rakykhlak bertambah merunsingkan, gejala sosial tidak terkawal, kemiskinan bertambah, sakit mental di kalangan rakyat kerana mengenangkan masalah kehidupan yang semakin menekan perasaan rakyat mendadak dengan kadar yang amat tinggi, di Trengganu di katakan gejala sosial bertambah dengan hebatnya sedangkan negeri itu kaya dengan minyak namun rakyat terus tertekan, inikah juara rakyat ?

Di negeri Perak sejak UMNO/BN mengambil alih kuasa dari PR , Pengangguran bertambah, pencuri penyamun bertambah, gejala sosial tidak terkawal, kehidupan rakyat tidak tenteram dan juara rakyat tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat tapi UMNO mengaku sebagai juara rakyat, tidakkah UMNO merasa malu mengakui yang mereka sebagai juara rakyat ?


Pas Perak Mula Bergerak ....

Salam

Pas Perak mula di gerakkan untuk menghadapi pilihanraya negeri apabila mahkamah akan membuat keputusannya nanti pada 9 Feb 2010, BN/UMNO juga di katakan sedang bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya kali ini dan mereka yakin penuh akan memperolehi menang besar dan seterusnya terus memerintah negeri Perak

UMNO/BN juga di katakan sedang mengemaskinikan berbagai rancangan termasuk menyemak daftar pengundi dan mengenalpasti pengundi di atas pagar selain mula berbaik-baik dengan kaum cina dan india (terutama Makkal sakti)

ISU PILIHANRAYA

Isu hangat di jangkakan adalah berkaitan dengan ekonomi negara, Perpaduan dalam PR, kalimah Allah dan pembakaran gereja (isu ini mungkin agak sensitive) Pengangguran, harga barangan kesan kenaikan petrol dan gula dan akhlak kepimpinan

9 FEB 2010 keputusan mahkamah

Salam

9 February Mahkamah akan putuskan sama ada Zambry menteri besar Perak yang sah atau Muhammad Nizar
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.