Polis akan pastikan perhimpunan 9 Julai tidak jadi, kata timbalan IGP
July 01, 2011
KUALA LUMPUR, 1 Julai — Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar hari ini menegaskan pihaknya menutup segala bentuk rundingan dengan mana-mana penganjur perhimpunan tidak sah yang akan diadakan pada 9 Julai ini.
Jelas Khalid, keputusan itu dibuat selepas kesemua penganjur iaitu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Pemuda Umno dan Perkasa tetap berkeras meneruskan perhimpunan haram itu sambil memberi amaran bersedia untuk berhadapan dengan tindakan undang-undang.
“Kami sudah memberikan penjelasan kepada mereka, memberi peringatan dan amaran tetapi mereka tetap tidak peduli. Kami akan memastikan perhimpunan ini tidak akan berlaku.
“Kami tidak akan mengadakan sebarang perbincangan lagi. Bersiap sedia berhadapan dengan tindakan undang-undang,” katanya.
Bercakap pada sidang media di Bukit Aman, Khalid berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas peserta-peserta perhimpunan itu. “Kami tidak akan bertolak ansur,” katanya.
Semalam Bersih meminta polis sendiri mencadangkan satu laluan yang pihak berkuasa rasa sesuai untuk mereka mengadakan perarakan tanpa gangguan kepada sesiapa pun.
Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan pasukan pemantau pilihan raya ini telah mengemukakan cadangan kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dengan harapan polis akan bersikap terbuka dan bekerjasama dengan gabungan tersebut. Bagaimanapun Ismail menolak cadangan Bersih itu.
Khalid berkata Ismail telah mengadakan pertemuan dengan semua penganjur yang akan mengadakan perhimpunan minggu depan dan memberitahu kerisauan polis.
“Kami sudah jelaskan kepada mereka tentang kebimbangan peniaga, pengusaha pelancong, pemandu teksi dan orang ramai yang membantah perhimpunan itu.
“Tetapi mereka tetap berkeras, jadi kami akan gunakan undang-undang yang ada,” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment