Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PRU 13 JOHOR DIRAMAL TINGGAL 6 KERUSI UNTUK BN

Mat Sabu: Pakatan boleh tapak di tujuh negeri, buat kejutan di Johor

July 02, 2011
KUALA LUMPUR, 2 Julai — Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yakin pengundi muda akan memilih Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13, untuk bertapak di tujuh negeri berbanding tiga tahun lalu. 

Beliau yang mesra dengan panggilan “Mat Sabu” berkata parti perikatan itu akan mempertahankan Kelantan, Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan menawan semula Perak. 

Mohamad (gambar) menambah Pakatan Rakyat turut memberi tumpuan untuk menawan Negeri Sembilan, Terengganu dan melakukan satu kejutan di Johor yang merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) dengan memenangi beberapa kerusi. 

“Orang muda adalah sahabat kami, pengundi muda lebih cenderung untuk melakukan perubahan. Semua kaum menyukai kami sekarang,” kata beliau dalam satu temu bual bersama The Malaysian Insider

Penceramah popular itu menegaskan sokongan yang “sangat hebat” diberikan golongan muda dalam program yang dianjurkan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan, Terengganu dan Johor. 

“Kami hanya memerlukan empat kerusi untuk menawan Negeri Sembilan... kami boleh menang sembilan kerusi lagi di Terengganu,” kata beliau. 

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, sebanyak 70 peratus daripada 4.2 juta yang masih belum mendaftar berumur antara 21 hingga 40 tahun dan 450,000 rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun layak untuk mendaftarkan diri mereka sebagai pengundi setiap tahun. 

Bilangan pengundi yang didaftarkan telah meningkat dan mencecah sehingga 12 juta pengundi baru ekoran khabar angin pilihan raya umum ke-13 akan diadakan awal tahun depan. Golongan muda adalah kunci kemenangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 2008. 

Pakatan Rakyat berjaya menawan lima negeri dan menafikan majoriti dua pertiga BN dalam Parlimen apabila memenangi 82 kerusi. 

Mohamad menegaskan kekalahan Pakatan Rakyat dalam beberapa siri pilihan raya kecil di Hulu Selangor, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau — tidak menggambarkan sokongan sebenar pengundi pada pilihan raya umum. 

“Ketika pilihan raya kecil, kami menentang jentera kerajaan. (Tapi) ketika pilihan raya umum perlawanan tertumpu kepada calon yang bertanding,” katanya. 

Beliau juga berkata kerajaan negeri Kelantan pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pemimpin berusia 80 tahun, akan tetap menjadi kubu kuat parti Islam itu. Mohamad mengatakan BN hanya boleh memenangi Selangor dengan melakukan penipuan dalam pilihan raya, ditambah pula dengan sokongan kerajaan untuk menawan semula negeri terkaya itu walau apa jua cara. Beliau juga yakin Pakatan Rakyat akan memecahkan kubu kuat BN di kawasan-kawasan Felda ekoran usaha PAS memperjuangkan hak peneroka yang selama ini disisihkan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.