Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Malaysia cadang menteri pertahanan Asean bincang tuntutan bertindih Laut China Selatan

May 29, 2012
 
PHNOM PENH, 29 Mei ― Malaysia mencadangkan agar Menteri-Menteri Pertahanan Asean membincangkan soal berkaitan tuntutan bertindih di Laut China Selatan dalam mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan Asean (ADMM) yang diadakan di sini, hari ini. 

Hal demikian dinyatakan Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengadakan perbincangan dengan Menteri Pertahanan Kemboja, Jeneral Tea Banh, semalam.

Dr Ahmad Zahid meminta Menteri Pertahanan Asean membuat pendirian bahawa  tuntutan bertindih di Laut China Selatan hendaklah diselesaikan dengan kerjasama diplomatik dan bukan kegiatan ketenteraan.

Menurutnya, Menteri Pertahanan Kemboja menyatakan dalam perbincangan awal dengan Menteri Pertahanan China Jeneral Lieong Guang Lei, mengakui pendekatan serupa wajar diketengahkan negara berkenaan.

"Saya akan mendengar sendiri komitmen yang akan diberikan dalam perbincangan kami nanti," katanya kepada wartawan Malaysia di sini. Dr Ahmad Zahid berkata, negara Asean mestilah ada rasa kebersamaan dalam menghadapi isu-isu tertentu termasuk kerjasama industri pertahanan masing-masing.    

Beliau yakin negara terbabit turut serta menghantar delegasi syarikat pembuat aset dan kelengkapan ketenteraan masing-masing sempena ADMM kali ini.

Katanya, Menteri Pertahanan China akan hadir dalam mesyuarat ADMM kali ini kerana menganggap negara Asean penting kepadanya selain kuasa besar lain di dunia.

Menurutnya, Menteri Pertahanan China itu menunjukkan komitmen tinggi terhadap mesyuarat ADMM apabila beliau turut hadir dalam mesyuarat sama di Bali, Indonesia, tahun lalu.

Dr Ahmad Zahid berkata Malaysia berpendirian bahawa negara Asean mestilah bebas daripada konflik negara-negara  kuasa besar dunia.

Beliau juga berkata kawasan yang mahu dieksplorasi daripada segi pembekalan hidro karbon mestilah dilakukan secara perkongsian kerana Malaysia Berjaya membuktikan langkah itu sesuai apabila melakukannya dengan Thailand, Vietnam dan Brunei walaupun negara terbabit berbeza tanggapan. ― Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.