Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Rashdan Yusof letak jawatan dari MAS

May 29, 2012
KUALA LUMPUR, 29 Mei — Pengarah Eksekutif dan Timbalan Ketua Eksekutif MAS Mohammed Rashdan Mohd Yusof telah meletak jawatan, sembilan bulan selepas dilantik untuk memangku jawatan berkenaan di syarikat penerbangan nasional yang mengalami kerugian itu pertukaran saham dengan pesaing AirAsia diumumkan.

Akhbar bahasa Inggeris The SunDaily melaporkan bahawa Rashdan telah menghantarkan surat letak jawatannya kepada pengerusi MAS Tan Sri Md Nor Yusof petang semalam. Satu sumber dari MAS telah mengesahkan laporan ini.

“Perletakan jawatannya adalah tidak dapat dielakkan,” sumber dari MAS itu memberitahu The Malaysian Insider.

The Malaysian Insider mendapat tahu bahawa Rashdan (gambar) dan keluarganya telah mengalami tekanan sejak ada laporan timbul bahawa mereka telah melanggar larangan syarikat penerbangan itu dengan membawa anak kecil (toddler) mereka ke dalam kabin kelas pertama. Eksekutif senior dari Khazanah Nasional Berhad itu telah menafikan dakwaan itu dan satu siasatan dalaman telah mendapati beliau tidak bersalah.

“Beliau telah mengalami banyak tekanan keranan kejadian itu. To his credit, dia telah kekal berada (di MAS) untuk mengusahakan pengumpulan dana melalui sukuk untuk MAS,” satu sumber berkata, merujuk kepada satu rancangan sukuk bernilai RM2.5 bilion yang mempunyai tempoh matang 10 tahun untuk menambahkan permodalan asas syarikat itu di bawah satu pelan pengumpulan dana yang mempunyai tiga cadangan.

Pelan mengumpul dana ini adalah sebahagian daripada strategi syarikat penerbangan kebangsaan ini untuk kembali mendapat keuntungan lagi selepas mengalami kerugian bersih untuk suku pertama yang lebih rendah.

MAS juga telah berkata ia telah mendapat satu pinjaman bernilai RM 1 bilion dari satu bank komersial tempatan pada 30 Mac untuk memastikan baki tunai modalnya kekal memadai sehingga penerbitan bahagian pertama rancangan sukuk itu.

Semasa perkhidmatannya yang pendek di MAS, Rashdan bertanggungjawab untuk operasi jarak pendek, komersial, kewangan, kewangan korporat dan unit pembeliaan strategik. Ini termasuklah pembeliaan pesawat.

Tetapi bahagian operasi jarak pendek itu telah digugurkan apabila MAS memutuskan untuk menangguhkan pelan untuk penerbangan jarak pendek premium.

Perkhidmatan Rashdan yang terbaru di MAS ini adalah kali kedua beliau terlibat dalam penyusunan semula syarikat penerbangan kebangsaan ini dalam dekad ini.

Pada tahun 2002, syarikat BinaFikir Sdn Bhd yang dimiliki Rashdan memainkan peranan penting dalam penyusunan semula MAS di bawah skim Widespread Asset Unbundling (WAU). Pengasas Binafikir yang satu lagi adalah Pengarah Urusan Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.