Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Saifuddin Kata Demo Bersih bukan mahu guling kerajaan


SINGAPURA - sebuah akhbar versi online Singapura melaporkan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah, terus berbeza pandangan dengan anggota Umno lain apabila beliau secara terbuka mengatakan bahawa perhimpunan Gabungan bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 3.0 bulan lalu bukan bertujuan menggulingkan kerajaan sekarang atau berkaitan dengan komunisme.

"Saya tidak bersetuju kalau Bersih 3.0 dituduh sebagai dipengaruhi komunis atau ingin menjatuhkan kerajaan dengan demonstrasi jalanan.

"Jauh sekali kalau ia dianggap seakan-akan Arab Spring. Ini kerana faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya Arab Spring tidak wujud di sini.

"Kalaupun ada yang hendak dibandingkan, maka, ia mungkin berupa sedikit elemen anti-Marcos atau, yang terdekat, anti-Suharto.

"Tetapi, pokoknya bukan Arab Spring," kata Datuk Saifuddin, melalui kolumnya dalam akhbar Sinar Harian, semalam.

Menyusuli perhimpunan 'Duduk Bantah' Bersih 3.0 pada 28 April lalu, ramai pemimpin Barisan Nasional (BN), khususnya daripada Umno, telah mengutuk acara itu.

Malah, Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, sendiri mendakwa bahawa perhimpunan Bersih 3.0 itu bertujuan mahu menggulingkan kerajaan yang dipimpin beliau.

Pandangan Datuk Seri Najib itu dikongsi oleh mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan tiga bekas pemimpin kanan polis negara itu - bekas ketua polis negara Malaysia, Tun Hanif Omar, mendakwa pesimpati komunis turut terlibat dalam perhimpunan tersebut.

Datuk Saifuddin berkata beliau tidak menyokong Bersih 3.0 tetapi bersetuju dengan banyak tuntutannya dan berasa "amat teruja apabila Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPP) berhubung dengan penambahbaikan proses pilihan raya ditubuhkan".

"Kita perlu sedaya upaya mempunyai pandangan yang benar dan adil terhadap Bersih 3.0. Oleh itu, wajar meneliti pelbagai video, tulisan, maklum balas dan post mortem daripada pelbagai sumber, termasuk daripada pihak yang tidak sealiran dengan kita," tegasnya.

"Saya mengalu-alukan resolusi Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Peguam Malaysia. Begitu juga langkah Suhakam (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia) bagi mengadakan pendengaran awam.

"Saya tidak bersetuju kalau Bersih 3.0 dituduh sebagai dipengaruhi komunis atau ingin menjatuhkan kerajaan dengan demonstrasi jalanan," tambahnya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.