Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MUZAKARAH ISU LAPUK

Pas dakwa Mufti Perak juga 'glulub'
Wartawan Sinar Harian
29 Mei 2012
Salahuddin Ayub
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub 
 
SHAH ALAM - Pas tidak akan melayan tuduhan-tuduhan dilemparkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, yang menyifatkan Pas sebagai ‘ghulup’ atau melampau ekoran pendiriannya syarat untuk bermuzakarah bersama Umno.

Menurut Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, pihaknya dapat melihat gambaran secara jelas yang Mufti Perak dipergunakan oleh Umno untuk menggunakan isu lapuk.


“Bagi saya, segala tuduhan ini sudah lali. Bagaikan 'lagu lama' yang diperdengarkan kembali. Jadi, tidak perlu buang masa lagi bercakap mengenai isu ini,” jelas beliau.


Beliau menambah, Harussani juga menunjukkan sifat yang melampau sebagai mufti kerana tidak wajar bagi seorang mufti bercakap perkara yang ada kaitan dengan politik.


“Perkara-perkara seperti ini, kita harus selesaikan dalam lingkaran parti politik sendiri, bukannya kita harus dengar tuduhan beliau,” kata beliau kepada Sinar Harian Online.


Dalam satu kenyataan semalam, Harussani menyifatkan Pas sebagai ‘ghulub’ ataupun melampau kerana mengenakan syarat untuk bermuzakarah bersama Umno hingga menyebabkan usaha itu tidak menjadi kenyataan.


Kecewa keadaan itu, beliau turut menyatakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat keras hati dan sukar dilembutkan apabila tetap mengulangi pendirian tidak dapat melupakan sejarah lampau parti itu bersama Umno.


Harussani berkata, sikap pemimpin Pas itu jelas menggambarkan mereka langsung tidak menghiraukan masa depan agama Islam dan bangsa Melayu kecuali kedudukan dan kepentingan politik semata-mata.


Malah katanya, beliau sendiri sentiasa bersedia menjadi orang tengah dalam memastikan muzakarah antara Pas dan Umno menjadi kenyataan dan ia demi kepentingan Islam.


“Saya sudah biasa bersemuka (dengan Pas), tapi kalau keras juga hati macam mana nak lembutkan. Saya juga sudah kemuka perkara ini (muzakarah) sekian lama dan minta jangan ada perpecahan orang Islam," katanya yang mengusahakan perundingan dan kerjasama politik Umno-Pas sejak Mac 2008.


Dalam pada itu, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula menyokong tindakan Nik Aziz mengenakan syarat muzakarah diadakan.


“Setiap benda yang kita lakukan perlu bersyarat, jika ingai solat pun mesti ada syarat. Tetapi jelas di sini yang isu ini sudah jadi isu lapuk,” katanya.


“Jelas di sini yang Mufti Perak itu dipergunakan bagi mempolitikkan isu lapuk oleh Umno dan muzakarah ini menjadi semakin ‘panas’ kerana Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin hampir,” tambah beliau.


Pihaknya menghargai pendapat yang dikeluarkan Harussani tetapi sebagai mufti beliau tidak layak campur tangan dalam politik.


“Beliau tidak memahami keadaan yang dialami dalam politik dan seharusnya beliau bersikap neutral tanpa menyebelahi mana-mana pihak,” kritik beliau.


Menurutnya, seorang mufti bersikap neutral dan lebih terbuka dalam segala isu yang berbangkit.


Tambah beliau, keputusan pas untuk membatalkan muzakarah bersama Umno adalah muktamad dan tidak perlu lagi membangkitkan isu ini.


Harussani juga sebelum ini membuat kenyataan yang sikap pemimpin Pas itu jelas menggambarkan mereka tidak menghiraukan masa depan agama Islam dan bangsa Melayu kecuali kedudukan dan kepentingan politik semata-mata.


Tuan Ibrahim juga menegaskan yang Pas ketika ini hanya menumpukan persiapan rapi bagi menghadapi PRU yang dijangkakan akan diadakan dalam masa terdekat tanpa mengambil kira isu lapuk ini.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.