Lebuhraya rakyat, Umno makin gelisah
Abdul Aziz Mustafa, | 30 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR: Projek Lebuhraya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai adalah tamparan hebat kepada kerajaan Umno setelah sekian lama mendera rakyat Kelantan, kata Datuk Mahfuz Omar.
Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, jika dibandingkan, sudah 18 tahun Lebuhraya Utara-Selatan disiapkan dan sepanjang masa itu juga pelbagai lebuh raya dibuat di sana sini, tetapi di Kelantan ianya dinafikan.
"Sudah 55 tahun perintah negara, tetapi tetap tidak mahu buat lebuh raya untuk rakyat Kelantan.
"Bila kerajaan dan rakyat Kelantan berpadu tenaga hendak buat sendiri lebuh raya itu itu, Umno begitu sakit hati dan marah," katanya.
Mahfuz menyifatkan pelbagai ejekan Umno terutama oportunis-oportunis politiknya terhadap projek itu sebagai bukti bahawa mereka begitu marah dan gelisah terhadap projek itu.
"Buruk sungguh perangai mereka. Sudahlah begitu keras hati tidak mahu membina lebuh raya untuk kemudahan rakyat Kelantan, bila kerajaan negeri itu berpadu tenaga dengan rakyat mahu membinanya, mereka marah-marah pula dengan melemparkan pelbagai tuduhan dan kata-kata yang semakin membuktikan lagi akhlak buruk mereka," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Mahfuz melihat projek Lebuhraya Rakyat Kota Bharu - Kuala Krai itu menjadi tamparan yang lebih menyakitkan hati para pemimpin Umno apabila kosnya hanya RM1.8 bilion.
"Mereka meracau-racau dan mendakwa jumlah itu tidak cukup untuk membina lebuh raya sepanjang 73 kilometer itu.
"Maklumlah, projek kerajaan Umno hebat-hebat belaka harganya. Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) umpamanya, dari anggaran asal RM1.1 bilion melambung kepada RM12.5 bilion seperti kata PricewaterhouseCoopers (PwC)," kata beliau sinis.
"Itu belum lagi ambilkira projek Scorpene yang melambung luar biasa harganya sampai tak berani hadiri inkuiri mahkamah Perancis yang menyiasat urusniaga itu," katanya lagi.
Kerajaan PAS Kelantan terpaksa mengambil tindakan membina sendiri lebuh raya itu memandangkan cadangan pembinaan itu kepada kerajaan Pusat sejak Rancangan Malaysia ke 5 (1986-1990) sehingga sekarang belum dapat dilaksanakan.
Pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer yang bertaraf R5 dan R9 persimpangan bertingkat serta 2 buah kawasan Rehat dan Rawat (R&R) itu dijangka menelan kos antara RM1.5 hingga RM1.8 billion.
Bertentangan dengan dakwaan Umno yang memperlekehkan pembinaan lebuh raya tersebut, Jawatankuasa Teknikal dan Kewangannya telah menerima tawaran dan kertas cadangan dari lima syarikat.

0 orang berkata:
Post a Comment