Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KALUT

Panel Bersih sedia bersemuka dengan Majlis Peguam dan Bersih

May 28, 2012
 
PUTRAJAYA, 28 Mei – Panel penasihat bebas berkenaan perhimpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih hari ini menyatakan kesediaan untuk bersemuka dengan Majlis Peguam dan Bersih bagi menyatakan kesediaan bekerjasama dengan mereka secara sukarela.

Panel itu juga menegaskan mereka adalah satu badan alternatif buat pertubuhan yang menuntut untuk membersihkan sistem pilihan raya, malah, mereka juga sanggup berjumpa Majlis Peguam dan Bersih di pejabat masing-masing demi kebaikan bersama.

“Mengenai kebimbangan bahawa ada pihak yang tidak mahu bekerjasama seperti Majlis Peguam dan Bersih, saya menyatakan di sini panel ini adalah saluran alternatif untuk mereka sedia bekerjasama secara sukarela.

“Dalam hal itu, saya sanggup berjumpa mereka termasuk hadir ke pejabat mereka sendiri,” kata Pengerusi panel bebas tersebut, Tun Mohammed Hanif Omar (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.

Hanif sepatutnya mempengerusikan sidang media yang dijadualkan hari ini di pejabat Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, namun, sidang media itu dibatalkan atas sebab yang tidak diketahui di saat-saat akhir.

Jelas Hanif dalam kenyataan yang diserahkan pegawai pejabatnya kepada media sejurus pembatalan tersebut berkata, beliau telah mempengerusikan sidang pertama panel tersebut pada Jumaat, 25 Mei lalu di pejabat KDN.

“Dalam mesyuarat pertama tersebut, panel telah mengemukakan 10 terma rujukan (TOR) dan telah sebulat suara bersetuju selepas dibincangkan.

“Panel ini juga boleh menjadi saluran untuk pihak-pihak mengemukakan bahan bukti, bantahan, dan sebagainya berhubung perhimpunan tersebut,” tambahnya.

Panel ini juga jelas Hanif “telah diberikan kebebasan oleh kerajaan dari pelbagai aspek termasuk tempoh masa dan pihak yang berkenaan yang boleh dirujuk bagi membantu siasatan.”

Menteri Dalam Negeri  Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah mengumumkan enam panel yang ditugaskan untuk menyiasat dakwaan keganasan polis ketika perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu di Dataran Merdeka.

Selain Hanif, panel lain yang dilantik adalah bekas Ketua Hakim Borneo Tan Sri Steve Shim, Pengarah Urusan Sinar Harian Datuk Hussamuddin Yaacub, Penasihat Perundangan Antarabangsa Media Cina,  Liew Peng Chuan, Pengarah Komunikasi Korporat Petronas Datuk Medan Abdullah dan Profesor Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia Professor Dr Ruszmi Ismail.

“Adalah menjadi harapan saya panel ini diberikan ruang untuk menjalankan tugasnya tanpa sebarang prasangka dari mana-mana pihak. Saya juga menyeru kepada semua pihak untuk tampil menyalurkan maklumat berkaitan perhimpunan berkenaan,” kata Hanif lagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berkata ahli panel tersebut haruslah dilantik dari kalangan mereka yang “kredibel, berpengalaman, dan dihormati” bagi menyiasat insiden keganasan ketika Bersih 3.0.

Najib berkata, beliau dan juga kerajaan dan orang ramai akan memerhatikan penyiasatan tersebut terhadap keganasan ke atas wartawan, media tempatan dan antarabangsa sewaktu perhimpunan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.

Namun Najib telah menerima kecaman kerana melantik Hanif untuk mengetuai panel tersebut, dan beliau telah mendakwa perhimpunan itu adalah bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan.

Hanif juga turut didesak melepaskan jawatan sebagai pengerusi bebas tersebut daripada pembangkang kerana beliau telah memberikan kenyataan yang berunsur prejudis terhadap Bersih walaupun sebelum menyiasat insiden keganasan tersebut.

Kekecohan tercetus di jalan raya sekitar Kuala Lumpur pada petang 28 April sejurus jam 3 petang apabila pasukan polis bertempur dengan perusuh, dan turut melepaskan gas pemedih mata dan meriam air bagi menyuraikan perusuh.

Majlis Peguam juga mendapati keganasan yang dilakukan pihak polis sangat “mengejutkan” berbanding Bersih 2.0 pada 9 Julai tahun lalu.

Perhimpunan yang pada mulanya aman itu bertukar ganas setelah perusuh mula menceroboh kawasan Dataran Merdeka dan merobohkan penghalang yang didirikan pihak berkuasa.

Bagi mengawal keadaan, pihak polis anti rusuhan terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan meriam air ke arah perusuh memaksa mereka bersembunyi di lorong-lorong sekitar Kuala Lumpur

Sekitar 152 individu telah ditahan dalam insiden terbabit dan polis juga mula memburu mereka yang dipercayai terlibat mencetuskan keganasan sewaktu perhimpunan tersebut termasuk kereta polis diterbalikkan.

Kerajaan juga telah mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA 2012) dan telah mengemukakan saman terhadap 10 Jawatankuasa Pemandu Bersih termasuk pengerusi bersamanya, Datuk Ambiga Sreenevasan dengan nilai RM122,000 bagi gantirugi kerosakan kenderaan yang dialami pihak polis.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.