Yahudi: Kenyataan Hadi bersifat politik
$entry.content.caption.value

KUANTAN - Pertemuan dan perjumpaan (muzakarah) antara Umno dan Pas perlu kerap diadakan untuk kepentingan umat Islam di negara ini selain dapat merapatkan jurang antara kedua-dua pihak.

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman berkata, beliau turut senada dengan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria semalam yang kecewa dengan tindakan Pas mengenakan syarat melampau untuk bermuzakarah dengan Umno.

Abdul Rahman berkata, muzakarah adalah satu tindakan digalakkan dalam agama kerana ia dapat menjelaskan perbezaan yang wujud.

“Bukan mudah muzakarah dapat dilakukan dan kalau direalisasikan, ia dapat memberikan manfaat kepada umat Islam,” katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum itu, beliau pernah menyifatkan permintaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk bermuzakarah adalah pelik kerana mengenakan dua syarat iaitu tukar dasar kebangsaan dan Umno perlu menerima pakatan pembangkang.

Menurutnya, kedua-dua pihak tanpa mengira parti perlu memikirkan kepentingan ummah dan agama, bukan matlamat kepartian. Malah harus duduk semeja serta mengetepikan ideologi politik.