Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Rafizi sangsi laporan polis Salleh nafi beli lapan hartanah projek KL Eco City

May 30, 2012
 
KUALA LUMPUR, 30 Mei – Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini menyatakan kesangsian terhadap satu laporan polis yang dibuat pengerusi National Feedlot Corporation (NFCorp) terhadapnya yang menyatakan Rafizi telah memfitnah beliau berhubung pembelian lapan unit hartanah dalam projek KL Eco City.

Rafizi yang dipanggil untuk memberi keterangan di Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini bagaimanapun menjelaskan, daripada dokumen bank yang diperolehinya menunjukkan Datuk Seri Salleh Ismail ada membuat pinjaman bank untuk membeli hartanah tersebut.

“Sewaktu saya disoal siasat oleh Bank Negara, ada beberapa laporan polis yang dibuat kepada saya, dan ada satu laporan polis yang dibuat oleh Datuk Salleh mengatakan saya telah memfitnah beliau apabila mendedahkan beliau ada membuat pinjaman bank untuk membeli hartanah dalam projek KL Eco City.

“Namun, dalam dokumen bank yang saya perolehi, ada butiran lengkap yang menyatakan beliau telah membuat pinjaman untuk pembelian tersebut. Itu yang menimbulkan konflik dan rasa curiga sama ada beliau telah membuat laporan polis palsu,” katanya kepada pemberita sejurus selesai sesi soal siasat tersebut.

Rafizi juga menjelaskan, daripada hasil soal siasat antara pihaknya dan Bank Negara, beliau hanya menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa sama ada untuk mengambil tindakan terhadapnya atau tidak.

“Saya telah memberikan kerjasama penuh sepanjang sesi tersebut. Terpulang kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan selanjutnya.

“Soalan yang dibangkitkan adalah bagaimana saya memperolehi dokumen bank NFCorp, dan saya hanya berkata benar kepada mereka (BNM),” tambahnya.

Sehubungan itu, Rafizi juga melihat pihak NFCorp seharusnya berani tampil kepada pihak BNM untuk memberikan penjelasan lanjut berhubung dakwaannya terhadap syarikat tersebut yang dikatakan telah melakukan pemindahan wang rakyat secara tidak sah ke luar negara.

“Sekarang kita lihat sama ada mereka berani tampil untuk memberikan keterangan berkenaan penggubahan wang haram, sebagai mana yang telah saya lakukan hari ini,” tambahnya.

Ditanya sama ada beliau dijadikan suspek dalam penyiasatan itu, peguam yang mewakili Rafizi, Latheefa Koya menjelaskan, “Bank Negara sendiri tidak dapat memutuskan sama ada Rafizi akan dijadikan suspek atau tidak. Kita tunggu tindakan selanjutnya.”

Sesi soal siasat tersebut bermula jam 3.30 petang dan tamat sejam kemudiannya.
Sebelum itu, Naib Presiden PKR, N. Surendran melihat tindakan BNM mengarahkan Rafizi untuk memberi keterangan berhubung pendedahan beliau ke atas pendedahan kes Pusat Fidlot Nasional (NFC) adalah pelanggaran terhadap peruntukan Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989.

Beliau menegaskan, arahan yang dikeluarkan oleh BNM itu adalah tidak sah kerana akta itu bukan digunakan untuk melindungi seseorang yang melakukan perbuatan jenayah.

“Arahan ini adalah tidak sah dan melanggar perlembagaan. Ini adalah penyalahgunaan Bafia itu sendiri kerana akta itu bukan digunakan bagi melindungi kegiatan jenayah.

“Rafizi telah melakukan pendedahan jenayah, dan suami menteri sendiri telah didakwa di mahkamah atas kesalahan yang dilakukannya.

“Bagaimana seseorang yang membuat pendedahan  penyelewengan NFC boleh dipanggil untuk memberi keterangan atas kesalahan jenayah?” soalnya lagi.

Turut mewakili Rafizi adalah Pengarah Guaman PKR, Latheefa Koya.
Rafizi boleh dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM3 juta jika di dapati bersalah di bawah peruntukan Akta Bafia tersebut.

“Ini adalah serius. Ia (Bafia) bukan untuk melindungi pesalah jenayah daripada menyalahgunakan dana awam.”

Rafizi yang ditemani Latheefa dan Surendran dilihat memasuki kawasan perkarangan Bank Negara sekitar jam 3 petang untuk memberi keterangan.

Rafizi sebelum itu di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya berkata, beliau telah menerima secara peribadi notis tuntutan untuk memberikan keterangan di bawah Seksyen 87(1)(a) Bafia 1989 hari ini.

Beliau turut menambah, pihaknya “menghormati arahan Bank Negara itu, namun khuatir jika diberikan tekanan terus-terusan terhadapnya dan juga Johari Mohamad, pemberi maklumat kepadanya berhubung skandal NFC.”

Malah, Rafizi berkata, beliau turut menyuarakan perasaan hairan mengapa BNM tidak menyiasat Pengerusi NFCorp, Datuk Seri Salleh Ismail dan keluarganya kerana terang-terangan telah melakukan pemindahan wang rakyat secara tidak sah ke Singapura dan Kazakhtan.

“Perkara ini diakui mereka, dan bukankah ini perlu disiasat oleh Bank Negara di bawah Akta Pengubahan Wang Haram?” soal Rafizi ketika sidang media di pejabat PKR sejam sebelum memberi keterangan dengan BNM.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.