Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Polis serbu hotel untuk tangkap peserta Bersih, kata saksi

July 30, 2012
 
KUALA LUMPUR, 30 Julai — Polis telah menyerbu Hotel Swiss Inn dan mengheret peserta Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) keluar, selepas air asid dan gas pemedih mata telah dilepaskan pada 28 April 2012 kata seorang saksi kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam). 
 
Goh Ban Huat, seorang guru dari Cheras, memberitahu bahawa pemimpin Bersih Datuk Ambigan Sreenevasan akan berada di Hotel Swiss Inn untuk memberi ucapan dan menyertai perhimpunan dari sana.

“Bila saya sampai sana, saya terdengar seseorang menjerit bahawa himpunan itu telah berjaya dan arahan untuk bersurai datang selepas itu.

“Tiba-tiba, gas pemedih mata dan air asid dari polis telah dihalakan kepada kami, menyebabkan kami berundur dan masuk ke dalam Swiss Inn,” kata Goh.

Guru itu mendakwa polis telah menendang pintu hotel dan mula menangkap orang ramai.
“Polis itu menjerit, ‘Tangkap semua,’ kata Goh lagi.

Goh juga berkata bahawa dia tidak nampak para penunjuk perasaan cuba untuk memecahkan halangan untuk masuk ke Dataran Merdeka atau menunjukkan percubaan untuk melakukan perkara sedemikian.

Goh menerima kecederaan kecil selepas dia ditendang dan dipukul oleh pegawai polis pada kejadian polis membaling gas pemedih mata itu.

Dia mendakwa dia telah dihantar ke Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak.
“Polis kelihatan sangat seronok memukul para penunjuk perasaan dalam kejadian itu.
“Polis di Pulapol melayan saya dengan baik.

“Saya telah ditawarkan untuk rawatan tapi saya menolak kerana kecederaan saya tidak serius,” katanya lagi.

Saksi kedua, Nasir Ghani, 39, seorang penolong pengurus di restoran A&W Cahaya Suria, polis telah mengepung premis dan menyoalsiasat pelanggan yang makan selepas perhimpunan tersebut.

“Polis ada yang berpakaian seragam dan ada berpakaian biasa, masuk dalam restoran kami selepas staf saya membuka pintu untuk membenarkan mereka masuk.

“Saya sengaja mengunci pintu supaya perniagaan kami tidak diganggu.

“Saya tak nampak apa-apa yang salah berlaku tetapi salah seorang dari pegawai tersebut menahan peserta yang berbaju kuning apabila mereka meninggalkan premis,” kata Nasir.

Dia mengaku dia tidak menyedari tindakan ganas yang dilakukan polis kerana dia sedang fokus melakukan kerja sebagai pengurus, walaupun berada di kaunter bila polis masuk ke dalam premis.

Dia juga menambah bahawa polis tidak bertanya siapa yang menguruskan premis pada hari itu atau bertanya tentang kehadiran polis di dalam premis.

Inkuiri yang bermula pada 5 Julai, adalah untuk memastikan ada keganasan menentang hak asasi manusia sama ada kepada individu atau mana-mana kumpulan semasa dan selepas perhimpunan.

Panel inkuiri yang diketuai oleh Naib Pengerusi Suhakam Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu oleh pesuruhjayanya Professor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen, yang akan menemubual 22 saksi dalam masa 22 hari.
 Inkuiri akan bersambung pada 1 Ogos 2012.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.