Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ALA MAK MACAM MANA AIR KELANTAN GI PAHANG ?

Di Pahang Ada Penduduk Terpaksa Guna Air Hanyir & Kekuniangan!

Kuantan - Penduduk di Kampung Sungai Pinang di sini masih menggunakan air telaga untuk kegunaan harian walaupun negara kini pesat membangun.

Air perigi itu berbau sedikit hanyir dan kekuningan, namun mereka tiada pilihan dan tetap menggunakannya untuk memasak dan mencuci pakaian.

Gambar: Melah menunjukkan air perigi yang keruh.

Mereka terpaksa menggunakan air telaga selepas pelbagai usaha dan rayuan dibuat kepada pihak bertanggungjawab tidak mendapat maklum balas positif.

Penduduk, Hawa Yunus, 62, berkata, dia tinggal di situ sejak 22 tahun lalu dan terkilan kerana terpaksa melalui keadaan itu sejak sekian lama.

Menurutnya, dia terpaksa menggunakan air tidak bersih untuk kegunaan harian kerana tiada pilihan lain.

“Saya sudah membuat rayuan ketika anak bongsu berusia 5 tahun. Sekarang anak saya sudah berusia 21 tahun, tetapi keadaan masih tidak berubah.

“Saya pernah mengisi borang untuk mendapatkan telaga tiub, tetapi diberitahu tiada peruntukan,” katanya.

Suri rumah, Melah Idris, 49, pula berkata, setiap hari dia akan menimba air perigi untuk kegunaan harian.

Satu-satunya perigi digunakan penduduk di Kampung Sungai Pinang.

“Kadangkala anak-anak malu untuk membawa air masak ke sekolah kerana tidak bersih dan berbau sedikit hanyir.

“Saya pernah menemui pihak bertanggungjawab, namun dimaklumkan memerlukan RM20,000 untuk proses pemasangan,” katanya ibu kepada lapan cahaya mata itu.

Seorang lagi penduduk, Maimun Mamat, 67, berkata, dia tinggal di situ sejak 43 tahun lalu dan keadaan tetap tidak berubah.

Menurutnya, setiap kali cucunya dari Kuala Lumpur pulang ke kampung, mereka akan membeli air mineral kerana tidak boleh menerima air perigi yang keruh dan hanyir.

“Sampai bila kami terpaksa melalui keadaan ini? Saya harap pihak bertanggungjawab dapat meninjau keadaan kami di sini. Tolonglah bantu kami mendapatkan bekalan air bersih,” katanya. -SH

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.