Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ADEEEEH ! MENJUNAM !

Selasa, 31 Julai 2012

Perkembangan terkini saham Felda FGVH?

Aku bukan orang ekonomi, dan jugak bukan kaki saham. Jadinya memang tak layak nak ulas pasai saham termasuk saham FGVH yang kontoversi tu.

Masa mula-mula nak senaraikan saham tu di Bursa Malaysia memang nampak betapa gahnya Najib cakap besar pasai keuntungan yang bakal peneroka Felda terima hasil penyenaraian saham FGVH tu.


Lagi bertambah panas bila Kerajaan Kedah pimpinan Ust Azizan rupa-rupanya ada jugak beli saham tu melalui PKNK. ANAK di bawah Lajnah Tanah PAS Pusat menentang penyenaraian FGVH, PKNK di bawah KerajaanNegeri Kedah pulk beli saham FGVH.


Bukan saja puak-puak penchachai sedap belasah Ust Azizan, penyokong Pakatan Rakyat pun tumpang sama belasah.

Masa tu pun sebenarnya saham FGVH dah mula turun balik dah bila meningkat. Kat bawah ni saja aku salin tampal kedudukan terkini harga saham FGVH.


[Sumber: Bursa Malaysia]
Kalau bentuk graf macam ni, sapa pun boleh faham, dan istilah yang cukup sesuai cuma MENJUNAM TERUK.

Apa pun, aku bersimpati dengan peneroka Felda yang selama ni tertipu dengan mulut manis Najib Rosmah dan Isa Samad. Terutama sekalli yang tertipu pasai percaya yang Najib tentu sebaik ayah dia Razak yang mengujudkan Felda.

Moga-moga saham FGVH ni naik balik sekurang-kurangnya masa depa dijadualkan boleh jual saham yang depa dah terbeli tu.
cenangau

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.