Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RAFIZI NI PENJENAYAH YANG HEBAT KE ?

Rabu, 1 Ogos 2012

NFC : Pemimpin Pakatan kecam tahan & dakwa Rafizi

Pemimpin pelbagai parti dalam Pakatan Rakyat mengecam tindakan menahan dan mendakwa Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (Bafia) pagi ini.

Ketua Publisiti DAP Tony Pua berkata, tindakan itu memberi tamparan hebat kepada usaha membasmi rasuah yang mahu dilaksanakan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

NONE
"(Ia) melemahkan lagi prestasi yang lebih rendah mengenai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP)," kata Pua dalam kenyataannya hari ini.

Pua (
kiri) menyifatkan tindakan itu sebagai "membalas dendam" terhadap si pembocor maklumat.

Beliau mendakwa pendakwaan terhadap Rafizi juga bertentangan dengan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, yang bertujuan untuk menggalakkan orang ramai membantu memerangi rasuah.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali (
bawah) berkata, penahanan dan pendakwaan itu bukti jelas bahawa Umno dan BN terdesak akibat pendedahan skandal National Feedlot Corporation (NFC).

NONE
"PKR percaya Umno-BN sedang menggunakan pelbagai cara untuk menutup segala pekung penyelewengan dan salah guna kuasa daripada menjadi pengetahuan rakyat.

"Namun kita yakin, rakyat Malaysia akan terus bersatu untuk menolak rasuah dan salah guna kuasa demi kemaslahatan negara," katanya.

NONE
Sementara itu, Pemuda PAS beranggapan, penahanan bekas ketua eksekutif pejabat penasihat ekonomi Selangor itu menunjukkan kerajaan persekutuan tidak ikhlas dan telus dalam memastikan negara bebas daripada rasuah.

"Kerajaan sepatutnya melihat isu yang ditimbulkan oleh Rafizi jauh lebih utama dan penting berbanding tindakan tindakan beliau yang membocorkan maklumat, kata naib ketua dewan itu Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob (
kanan).

Raja Ahmad sebaliknya berkata, tindakan Rafizi itu wajar dipuji kerana bertujuan memastikan negara bebas daripada "penyangak rasuah".
Pemimpin Pakatan kecam tahan & dakwa Rafizi
1:53PM Ogos 1 2012  

0 orang berkata:

Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.