Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Lajim Ukin dan Wilfred Bamburing, RAHMAT atau MUSLIHAT?

0
0
  
oleh: Cenangau

Boleh percaya ka dengan Lajim Ukin dan Wilfred Bamburing ni?
 
Kalau selama ni Sabah sentiasa dianggap sebagai ‘fix-deposit’ untuk Umno BN, untuk PRU13 nanti “MUNGKIN ” tak lagi!

Harakahdaily melaporkan:

TUARAN: Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing hari ini secara rasmi mengisytihar keluar Barisan Nasional (BN) dan menyatakan sokongan terhadap Pakatan Rakyat.

Beliau turut mengumumkan keputusannya untuk meletak jawatan daripada parti Upko.
“Maka pada hari ini saya dan rakan-rakan secara rasminya mengisytiharkan bahawa kami meninggalkan BN.

Harakahdaily juga melaporkan:

KUALA LUMPUR: Tindakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin (gambar) melepaskan semua jawatan dalam Umno disifatkam sebagai ‘sejarah baru’ politik Sabah.
Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling berkata, tindakan berani Lajim itu mampu mencetuskan momentum perubahan yang besar kepada rakyat negeri di bawah bayu itu.

Aku katakan “MUNGKIN” pasainya ahli politik Sabah ni bukan boleh dikira sangat, cukup senang nak berubah jadi katak. Sejarah masa PBS kuasai Sabah sebelum ni memang boleh dijadikan contoh dan bukti.
Tambah-tambah politik Sabah masih lagi ada ciri-ciri ‘warlord’, bukan macam politik di Semenanjung yang lebih kepada wala’ kepada parti.

Maksudnya, kalau pemimpin politik macam Lajim Ukin dan Wilfred Bamburing melompat biasanya hampir semua pengikut dia akan turut bersama dengan depa. Pasai tu lah bila Lajim Ukin letak jawatan sebagai hampir kesemua AJK Bahagian tu pun letak jawatan bersama dengan dia. Aku yakin macam tu jugak situasinya dengan Wilfred Bamburing.

Tak macam apa yang jadi di Semenanjung, semua yang melompat keluar parti tak bagi kesan kepada parti pasai yang ikut sikit sangat. Tara Dr. Hasan Ali yang pernah jadi Pesuruhjaya PAS Selangor pun bila dia dipecat ada kut sorang dua ja yang ikut dia.

Isunya sekarang ni, adakah Lajim Ukin dan Wilfred Bamburing akan dapat tarik lebih ramai lagi untuk sokong Pakatan Rakyat dan lawan UMNO BN ataupun depa pulak akhirnya nanti buat konar baring 180°  berpatah balik kepada BN menjelang PRU13?

Apa pun, dalam politik ni kadang-kadang kita tak payah nak fikir panjang-panjang, tak payah sangat fikir berlapis-lapis. Macam kes di Sabah sekarang ni, tak payah sangat fikir kalau nanti macam tu macamana dan kalai nanti macam ni macamana pulak. Jangan sampai terlalu berhati-hati satu kerja pun tak jadi.

Yang paling baik sekali pada aku, kita terima depa ni seadanya, tumpang kita boleh ‘perkuda’ depa ni untuk lawan Umno BN, kita perkuda saja la. Kalau pun depa buat konar baring 180° lepas ni takdak apa pun yang kita boleh buat.

Cumanya janganlah pulak letak 100% kepercayaan kat depa-depa ni, tinggalkan sikit perasaan prejudis supaya kita tak rasa kecewa sangat kalau dikhianati.

Bukan kata kat depa yang baru berpaling dari Umno BN saja kita kena ada sikit sikap prejudis tapi sebenarnya patut ada kepada semua pihak sebagai langkah berjga-jaga. Cumanya jangan pulak sikap prejudis tu sampai nak buat apa pun tak boleh.
lawati penulis di sini

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.