Thursday, July 12, 2012
Lagi kejadian amuk.. kali ini di Pahang pula..
Lagi kejadian amuk dilaporkan berlaku.. bagaimanapun ianya bukanlah di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya dan Najib tak perlulah rasa takut untuk ke pejabatnya..
Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah 7 Eleven di bandar Temerloh, Pahang negeri asal Najib dimana seorang warga Indonesia dilaporkan telah masuk ke situ dan menyelerakkan barang-barang di dalam premis tersebut.
Lelaki tersebut dikatakan telah memasuki premis itu dengan membawa bersama sebatang kayu dan tindakannya menyelerakkan barang-barang dalam premis itu hanya mampu diperhatikan oleh pekerja yang ada kerana khuatir akan keselamatan mereka.
Dipercayai kejadian berlaku setelah lelaki itu hilang kewarasan akibat menghidu gam sebelum memasuki premis itu.
Tindakan lelaki warga Indonesia itu telah dihentikan oleh sekumpulan pemuda yang berada berhampiran premis itu..
0 orang berkata:
Post a Comment