AG: Kerajaan sementara perlu wujud apabila Dewan Rakyat bubar
7 April 2013
Abdul Gani Patail
PUTRAJAYA - Kerajaan sementara perlu wujud apabila terbubarnya Dewan
Rakyat bagi menasihati Yang di-Pertuan Agong dan berfungsi sebagai
kerajaan, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Beliau berkata Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntuk secara khusus
mengenai kerajaan sementara tetapi Perkara 43 (1) Perlembagaan
Persekutuan memperuntuk bahawa Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik
suatu Jemaah Menteri untuk menasihatinya dalam menjalankan fungsinya.
Katanya ini selaras dengan Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan yang
memperuntuk bahawa Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut
nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seorang menteri yang bertindak di
bawah kuasa am Jemaah Menteri.
"Kita juga harus melihat kes Abdul Ghani Ali v. Pendakwa Raya (2001),
apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa perkataan 'hendaklah'
dalam Perkara 43 (1) Perlembagaan Persekutuan menunjukkan bahawa Jemaah
Menteri perlu wujud pada setiap masa untuk menasihati Yang di-Pertuan
Agong walaupun Parlimen telah dibubarkan.
"Perlu ada sebuah kerajaan secara berterusan, tidak harus ada jurang.
(Patut sentiasa ada) sebuah kerajaan untuk menasihati Yang di-Pertuan
Agong.
Ini keputusan mahkamah. Jadi berdasarkan ini perlu ada sebuah kerajaan
sepanjang masa, maka penubuhan kerajaan sementara dibuat," katanya
kepada Bernama dalam temu bual di pejabatnya di sini baru-baru ini.
Abdul Gani berkata Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntuk secara
khusus mengenai kerajaan sementara dan fungsinya tetapi ia wujud melalui
konvensyen perlembagaan yang tersirat dalam peruntukan Perlembagaan
Persekutuan.
Katanya kerajaan sementara yang terdiri daripada barisan Jemaah Menteri
bermula apabila Dewan Rakyat dibubarkan dan akan tamat pada tarikh
pelantikan perdana menteri yang baharu selepas keputusan pilihan raya
umum atau sehingga bermula penggal baharu Parlimen, yang mana lebih
awal.
Beliau menjelaskan bahawa kerajaan sementara boleh menjalankan urusan
pentadbiran kerajaan yang tertakluk kepada batasan-batasan tertentu.
Katanya kerajaan sementara boleh mengadakan mesyuarat rasmi berhubung
urusan pentadbiran rutin agensi kerajaan tetapi tidak boleh membuat
apa-apa keputusan dan polisi yang besar, memberi implikasi kewangan dan
membebankan kerajaan baru yang bakal dibentuk.
Beliau juga berkata kerajaan sementara boleh membuat apa-apa keputusan
berhubung keselamatan, kestabilan dan ekonomi negara serta ketenteraman
awam yang sedang diancam.
Selain menjalankan tugasan rasmi yang rutin, Abdul Gani berkata
kerajaan sementara juga boleh meneruskan pelaksanaan dasar dan program
yang sedia ada dengan peruntukan kewangan telah disediakan seperti
projek perumahan rakyat termiskin, pinjaman mikro kredit dan pemberian
hak milik tanah.
Katanya kerajaan sementara boleh membuat apa-apa perjanjian, kontrak
dan aku janji dengan syarat peruntukan mengenainya telah diluluskan
kerajaan dan Parlimen khususnya di bawah Rancangan Malaysia Ke-10
(RMK10) dan Belanjawan 2013.
Katanya ini termasuk membuat apa-apa pembayaran yang diluluskan kerajaan sebelum Dewan Rakyat dibubarkan kerana tindakan itu merupakan antara perkara rutin yang menjadi tanggungjawab kerajaan sementara.
Katanya ini termasuk membuat apa-apa pembayaran yang diluluskan kerajaan sebelum Dewan Rakyat dibubarkan kerana tindakan itu merupakan antara perkara rutin yang menjadi tanggungjawab kerajaan sementara.
"Contoh, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sudah diputuskan, itu hak
rakyat untuk memperolehnya. Jadi apa pula timbul isu penyogokan?
Penyogokan hanya boleh digunapakai apabila seseorang itu tidak mempunyai
hak dan saya beri 'sebagai membalas budi'," katanya.
Beliau berkata anggota kerajaan sementara boleh mengadakan atau
menghadiri majlis-majlis rasmi dan mengadakan jamuan yang telah
dijadualkan bagi sesuatu projek, program atau atur cara yang ditetapkan
dengan menggunakan perbelanjaan kerajaan dan mematuhi arahan
perbendaharaan yang berkuatkuasa.
Abdul Gani juga berkata anggota kerajaan sementara boleh merasmikan sesuatu majlis sekiranya majlis berkenaan hanya sekadar melibatkan perasmian jalan raya, sekolah atau jambatan yang telah dijadualkan.
Abdul Gani juga berkata anggota kerajaan sementara boleh merasmikan sesuatu majlis sekiranya majlis berkenaan hanya sekadar melibatkan perasmian jalan raya, sekolah atau jambatan yang telah dijadualkan.
Katanya anggota pentadbiran juga boleh merasmikan apa-apa majlis di
kawasan beliau bertanding termasuk majlis bukan di bawah
tanggungjawabnya mengikut Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan
semasa Dewan Rakyat terbubar.
Selain itu, katanya, kerajaan sementara juga boleh menetapkan tarikh
permulaan kuatkuasa mana-mana undang-undang yang telah diluluskan
Parlimen.
"Pada asasnya, terdapat tiga perkara yang kerajaan sementara tidak
patut lakukan - membuat keputusan dasar-dasar utama yang mungkin boleh
menjadi komitmen atau membebankan kerajaan yang bakal dibentuk , membuat
pelantikan penting seperti melantik ketua hakim negara baharu oleh Yang
di-Pertuan Agong.
"Untuk menasihatkan sebarang pelantikan, tak boleh. Ketiga,
menandatangani mana-mana kontrak besar bagi pihak kerajaan," katanya.
Ditanya sama ada terdapat negara lain menggubal undang-undang khusus
mengenai kerajaan sementara, Abdul Gani berkata : "Setakat yang saya
tahu, tidak ada". - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment