Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SABOTAJ ?

MB Kedah kesal 3 Exco PKR letak jawatan
ROSLINDA HASHIM
1 Mei 2013
Azizan Abdul Razak
Azizan Abdul Razak
 
ALOR SETAR - Pas Kedah melahirkan rasa dukacita dengan apa yang berlaku dalam kepimpinan PKR negeri itu, apabila tiga Exco Kedah daripada PKR melepaskan semua jawatan dalam parti itu berkuat kuasa serta-merta, kelmarin.
Pesuruhjayanya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pihaknya berharap ketiga-tiga Exco berkenaan tetap setia bersama PKR, walaupun tidak lagi menjawat jawatan penting dalam parti.

“Itu urusan PKR, saya tak boleh mencampuri urusan rumah tangga parti lain. Namun saya agak kesal dengan apa yang berlaku kerana mereka sememangnya masih layak menyandang jawatan masing-masing,” katanya.

Kelmarin, Datuk S Manikumar, Lim Soo Nee dan Tan Chow Kang melepaskan kesemua jawatan dalam parti kerana mendakwa dikhianati oleh kepimpinan tertentu dalam parti.

Ketiga-tiga mereka tidak dicalonkan semula pada PRU13, sebaliknya diganti dengan muka baru, Dr N Krishnamoorthy (Bukit Selambau), Chu Mau Nian (Kulim) dan Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam).

Manikumar merupakan Naib Pengerusi III PKR Kedah, yang juga Timbalan Ketua PKR Cabang Merbok manakala Chow Kang adalah Naib Pengerusi Perhubungan PKR Kedah yang juga, Naib Pengerusi Cabang Sungai Petani serta Ketua Pasukan Keadilan untuk Bangsa Tionghua Kedah/Perlis, manakala Soo Nee ialah Ketua Biro Aduan PKR Kedah.

Bagaimanapun, ketiga-tiganya mengumumkan kekal sebagai ahli PKR, namun tidak akan mencampuri urusan parti, termasuk menghadiri mesyuarat parti.

Azizan yang juga Menteri Besar berkata, khidmat mereka masih diperlukan dalam Pakatan Rakyat (PR) dan meminta ketiga-tiga Exco itu tidak lompat parti.

“Walaupun mereka kecewa namun saya harap jangan keluar parti. Jangan terpengaruh dengan pujukan pihak tertentu untuk khianat parti, termasuk umpan pihak luar yang cuba sabotaj PR. Mereka masih diperlukan dalam memantapkan PR,” katanya.

Menurutnya, pihaknya yakin kedudukan PR khususnya PKR tidak terjejas dengan tindakan mereka itu, kerana rakyat akan memberi sokongan kepada parti untuk menang dalam PRU13, dan bukan memilih individu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.